August 29th, 2016

Kurang daripada sebulan lagi, pelakon Saharul Ridzwan bakal bergelar suami kepada Deena Emir. Saharul akui beliau tidak boleh tidur lena dan berdebar menguruskan persiapan perkahwinan beliau yang bakal berlangsung pada 16 September ini.

Menurut Saharul, beliau merencana untuk mengadakan dua buah majlis perkahwinan dimana satu adalah untuk keluarganya serta sahabatnya di Dewan Sri Siantan, Presint 3, manakala sebuah majlis lagi akan diadakan khas buat peminat beliau dan rakan media.

Ini bukan perkara main-main dan tidak keterlaluan untuk saya katakan, debarannya melebihi dari memikirkan untuk majlis akad nikah.

InsyaAllah, saya merancang untuk adakan dua buah majlis di mana untuk majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrjaya akan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat, manakala sebuah lagi majlis saya adakan khas untuk peminat dan rakan media di sebuah lokasi yang akan saya umumkan kelak.

Pada masa yang sama, Saharul memberitahu beliau tidak akan meninggalkan dunia lakonan meskipun sudah berkahwin nanti. Walaubagaimanapun, Saharul akui beliau ingin mula melangkah dalam bidang perniagaan pula selepas ini.

Berhenti berlakon itu tidak kerana ia menjadi keghairahan saya namun saya mempunyai perancangan untuk lebih aktif dalam lapangan perniagaan selepas ini seperti mengusahakan perniagaan berkonsepkan pemakanan atau protein, namun semuanya itu masih dalam perancangan.

Bukan mudah untuk menguruskan persiapan perkahwinan tetapi segala penat lelah itu akan hilang selepas sah diijabkabulkan. Tidak sabar untuk melihat Saharul dan pasangannya bersading di atas pelamin, harap segalanya berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : mStar Online

August 9th, 2016

Saharul Ridzwan nama yang agak popular didalam industri lakonan tanah air dan tentu sekali ada beberapa pihak tampil untuk menaja perkahwinan beliau dengan Deena Emir yang bakal berlangsung pada 16 September depan.

Walaubagaimanapun, Saharul mendedahkan beliau sudah  menolak beberapa tajaan besar secara baik dan lebih selesa untuk menggunakan wang beliau sendiri buat majlis perkahwinannya nanti.

Saharul mahu mengadakan satu majlis yang sederhana sahaja tetapi pada masa yang sama beliau dan sanak saudara tetap dapat merasakan kemeriahannya.

Alhamdulillah ada beberapa tajaan utama yang saya terima untuk majlis saya nanti namun saya menolak secara baik kerana ingin merasai nikmat persiapan majlis itu tanpa terlalu bergantung kepada pihak lain.

Seperti kita tahu besar pahalanya memberi makan kepada orang lain dan saya mahu hidangan yang disediakan pada majlis itu nanti adalah daripada hasil titik peluh saya sendiri.

Majlis itu nanti bukanlah secara besar-besaran dan ikut sekadar kemampuan saya sahaja dan paling penting baik meraikan bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Berbicara mengenai tarikh perkahwinannya itu yang jatuh pada hari Jumaat, Saharul sebenarnya tidak pernah merancang apa-apa. Ia cuma satu kebetulan dan beliau ingin mengambil keberkatan penghulu segala hari itu.

Pada masa yang sama, Saharul memberitahu beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami meskipun hatinya ada sedikit berdebar menanti saat untuk diijabkabulkan bersama Deena Emir.

Pada tahap sekarang banyak persiapan mental dan jasmani yang saya lakukan sebelum melangkah ke alam perkahwinan kerana ia bukan mudah sebenarnya. Besar tanggungjawab saya dan perlu bersiap sedia selain masih banyak perkara yang perlu saya pelajari.

Melangkah ke alam perkahwinan memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat selain perlu memupuk hati dengan penuh kesabaran. Kami doakan agar Saharul Ridzwan dan Deena Emir kekal bahagia sehingga ke anak cucu. InshaAllah.

Sumber Berita : mStar Online

August 9th, 2016

Sejak Saharul Ridzwan mengumumkan beliau bakal bernikah dengan Deena Emir yang merupakan pemilik Wrap Boutique,  ramai yang menyangka wanita itu adalah bekas kekasihya.  Walaubagaimanapun, semua itu cuma satu salah faham.

Menurut Saharul, meskipun mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain dan pernah membawa haluan masing-masing untuk seketika, beliau dan Deena tidak pernah melabelkan hubungan mereka sebagai pasangan bercinta pada waktu berkenaan. Mereka sekadar teman rapat sahaja.

Namun, kasih sayang yang lebih mula timbul apabila mereka bertemu semula dan merasakan wujud juga keserasian antara mereka.

Ketika perkenalan berlangsung, kami hanya berkawan rapat. Tak adalah sampai tahap bercinta. Lagipun, waktu itu kami masih muda. Selepas kembali bertemu Januari lalu, barulah kami dapat rasakan ada keserasian lalu membuat keputusan untuk berkahwin. Hubungan kami sekarang pun bukan seperti pasangan kekasih yang lain. Kami tidak pernah pun melafazkan ungkapan cinta.

Tambah Saharul, beliau dan bakal isteri lebih selesa untuk mencari erti sebenar cinta selepas mereka berkahwin nanti. Apa yang penting buat mereka adalah tanggungjawab yang bakal dipikul selepas mendirikan rumah tangga.

Kami berjumpa selepas masing-masing dalam fasa matang. Biarlah cinta datang kemudian kerana apa yang lebih penting buat kami adalah tanggungjawab itu sendiri.

Saharul Ridzwan dan Deena Emir bakal bernikah dalam satu majlis tertutup pada 16 September depan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Majlis resepsi perkahwinan mereka juga akan diadakan pada hari yang sama bertempat di Dewan Seri Siantan, Presint 3.

Sumber Berita : BH ONLINE