Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saharul Ridzwan Tolak Tajaan Besar, Ingin Guna Wang Sendiri Untuk Kahwin

Saharul Ridzwan nama yang agak popular didalam industri lakonan tanah air dan tentu sekali ada beberapa pihak tampil untuk menaja perkahwinan beliau dengan Deena Emir yang bakal berlangsung pada 16 September depan.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Saharul mendedahkan beliau sudah  menolak beberapa tajaan besar secara baik dan lebih selesa untuk menggunakan wang beliau sendiri buat majlis perkahwinannya nanti.

Saharul mahu mengadakan satu majlis yang sederhana sahaja tetapi pada masa yang sama beliau dan sanak saudara tetap dapat merasakan kemeriahannya.

Alhamdulillah ada beberapa tajaan utama yang saya terima untuk majlis saya nanti namun saya menolak secara baik kerana ingin merasai nikmat persiapan majlis itu tanpa terlalu bergantung kepada pihak lain.

Seperti kita tahu besar pahalanya memberi makan kepada orang lain dan saya mahu hidangan yang disediakan pada majlis itu nanti adalah daripada hasil titik peluh saya sendiri.

Advertisement

Majlis itu nanti bukanlah secara besar-besaran dan ikut sekadar kemampuan saya sahaja dan paling penting baik meraikan bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Berbicara mengenai tarikh perkahwinannya itu yang jatuh pada hari Jumaat, Saharul sebenarnya tidak pernah merancang apa-apa. Ia cuma satu kebetulan dan beliau ingin mengambil keberkatan penghulu segala hari itu.

Pada masa yang sama, Saharul memberitahu beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami meskipun hatinya ada sedikit berdebar menanti saat untuk diijabkabulkan bersama Deena Emir.

Pada tahap sekarang banyak persiapan mental dan jasmani yang saya lakukan sebelum melangkah ke alam perkahwinan kerana ia bukan mudah sebenarnya. Besar tanggungjawab saya dan perlu bersiap sedia selain masih banyak perkara yang perlu saya pelajari.

Melangkah ke alam perkahwinan memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat selain perlu memupuk hati dengan penuh kesabaran. Kami doakan agar Saharul Ridzwan dan Deena Emir kekal bahagia sehingga ke anak cucu. InshaAllah.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top