August 9th, 2016

Sejak Saharul Ridzwan mengumumkan beliau bakal bernikah dengan Deena Emir yang merupakan pemilik Wrap Boutique,  ramai yang menyangka wanita itu adalah bekas kekasihya.  Walaubagaimanapun, semua itu cuma satu salah faham.

Menurut Saharul, meskipun mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain dan pernah membawa haluan masing-masing untuk seketika, beliau dan Deena tidak pernah melabelkan hubungan mereka sebagai pasangan bercinta pada waktu berkenaan. Mereka sekadar teman rapat sahaja.

Namun, kasih sayang yang lebih mula timbul apabila mereka bertemu semula dan merasakan wujud juga keserasian antara mereka.

Ketika perkenalan berlangsung, kami hanya berkawan rapat. Tak adalah sampai tahap bercinta. Lagipun, waktu itu kami masih muda. Selepas kembali bertemu Januari lalu, barulah kami dapat rasakan ada keserasian lalu membuat keputusan untuk berkahwin. Hubungan kami sekarang pun bukan seperti pasangan kekasih yang lain. Kami tidak pernah pun melafazkan ungkapan cinta.

Tambah Saharul, beliau dan bakal isteri lebih selesa untuk mencari erti sebenar cinta selepas mereka berkahwin nanti. Apa yang penting buat mereka adalah tanggungjawab yang bakal dipikul selepas mendirikan rumah tangga.

Kami berjumpa selepas masing-masing dalam fasa matang. Biarlah cinta datang kemudian kerana apa yang lebih penting buat kami adalah tanggungjawab itu sendiri.

Saharul Ridzwan dan Deena Emir bakal bernikah dalam satu majlis tertutup pada 16 September depan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Majlis resepsi perkahwinan mereka juga akan diadakan pada hari yang sama bertempat di Dewan Seri Siantan, Presint 3.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...