Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(FOTO) Kad Jemputan Perkahwinan Saharul Ridzwan & Deena Emir : Sah Nikah 16 September Ini

Mengumumkan bakal berkahwin selepas Aidilfitri, pelakon Saharul Ridzwan sah akan berkahwin dengan pasagannya Deena Emir pada 16 September ini.

Advertisement

Perkara itu disahkan oleh portal Astro Gempak dimana mereka telah menerima kad undangan perkahwinan Saharul.

Difahamkan majlis perkahwinan mereka akan diadakan di Dewan Seri Siantan, Presint 3, Putrajaya.

Untuk pengetahuan anda, Deena Emir merupakan pemilik butik Wrap Boutique House dan juga “insta famous” yang mempunyai lebih 60 ribu pengikut di Instagram.

Saharul dan Deena sudah lama berkenalan sejak Saharul belum aktif di dunia hiburan lagi.Walaubagaimanapun, hubungan mereka pernah putus seketika dan mula kembali bergelar pasangan kekasih baru-baru ini.

Advertisement

Tahniah kami ucapkan kepada Saharul dan Deena, tentu sekali ia adalah majlis perkahwinan yang dinanti-nantikan oleh peminat Saharul.

Semoga segala perancangan perkahwinan mereka berjalan dan lancar. Kami doakan mereka berdua akan bahagia sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top