Written by Bella | July 4th, 2019

Sekali lagi nama pelakon Maya Karin dikaitkan dengan seorang ahli politik, namun kali ini tuduhan yang dilemparkan kepadanya amat mengejutkan dan menjadi bualan hangat netizen sehingga timbul pelbagai spekulasi liar.

Maya didakwa menjadi punca keruntuhan rumah tangga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang baru sahaja bercerai dengan Dr Imaan Abdul Rahim pada 2 Julai lalu, selepas 14 tahun berkahwin.

Menurut Maya, dia memang mengenai ahli politik itu tetapi tidak bermakna dia menjadi orang ketiga dan punca perceraian Nik Nazmi. Hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar kenalan biasa.

Saya berkawan dengan ramai ahli politik. Pada usia saya sekarang, saya lebih selesa untuk berkenalan dan berbincang dengan golongan tersebut, dan ya, saya kenal dia (Nik Nazmi).

Tetapi saya tidak tahu dari mana datangnya cerita ini dan kenapa saya dikaitkan. Saya berharap mereka (Nik Nazmi dan bekas isteri) dapat menghadapi dugaan itu dan teruskan menjalani kehidupan.

Sudah lali dihimpit pelbagai gosip berkaitan ahli politik sebelum ini, Maya bagaimanapun memberitahu dia sedikit pun tidak melatah dengan dakwaan yang mengaitkan dirinya itu sehingga dituduh sebagai perampas.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | January 25th, 2019

Pernah rasa cemas berlebihan sehingga merasa tertekan? Itu lah tanda-tanda apabila seseorang itu menghidapi Anxiety Disorder ataupun serangan perasaan gemuruh. Sering ianya terjadi tanpa alasan yang kuat dan di Malaysia sendiri masih ramai yang sedang berjuang untuk melawan gangguan ini.

Malah, pelakon Maya Karin juga mengakui pernah berdepan detik mencemaskan apabila diserang Anxiety. Memang sukar untuk bernafas dan tangannya boleh menggigil secara tiba-tiba.

Macam ni la perasaan saya 30 saat sebelum nak buat persembahan dekat Maharaja Lawak Mega 2018 dengan Shiro.

Tapi terpaksa terjun. I’m trying to conquer my general anxiety problem yang dah semakin lately, over simple things.  Omg I felt like I’m gonna die. Tak boleh bernafas. Severe anxiety is a weird thing. Tiba-tiba my hands can shake walaupun jalan-jalan kat mall sahaja.

Perkongsian Maya itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen termasuklah mereka yang mempunyai masalah yang sama.

Mungkin ada yang merasakan gangguan ini tidaklah seteruk mana tetapi penyakit ini mampu sahaja menganggu aktiviti seharian seseorang. Bukan mudah untuk melawan Anxiety kerana ia tidak boleh dijangka.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | September 2nd, 2016

Maya Karin antara artis wanita yang bukan sahaja jelita tetapi kata orang “beauty with brains”.  Mempunyai jumlah pengikut yang agak ramai, mereka semua teringin sekali melihat Maya bahagia dan sering tertanya tidakkah beliau teringin untuk bercinta lagi.

Sudah enam tahun bercerai, Maya akui ada kenalan beliau yang mahu menjadikan beliau teman istimewa.

Saya tidak menafikan ada kenalan yang cuba mendekati, Januari lalu, dan mahu kami mencuba fasa hubungan yang lebih serius.  Jujurnya, saya sendiri sukar untuk bercerita mengenainya, tetapi tidak salah kalau berkawan.

Namun, Maya tidak mahu berkongsi lebih lanjut mengenai jejaka berkenaan dan hanya memberitahu lelaki itu bukanlah daripada industri tempatan.

Dia tiga tahun lebih tua daripada saya dan bukan daripada kalangan orang industri.

Mungkin mereka masih dalam fasa untuk mengenali hati budi masing-masing dengan lebih baik. Doakanlah yang terbaik buat Maya, siapa tahu kali ini beliau dipertemukan dengan lelaki yang sesuai buat dirinya. Setabah mana pun seorang wanita, jika ada lelaki yang istimewa memberikan kasih sayang pasti sebuah kehidupan itu akan menjadi lebih indah.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | March 21st, 2016

Berkongsi foto percutian beliau di Jepun menerusi akaun Instagramnya, satu foto Maya Karin bersama seorang jejaka menarik perhatian peminatnya.

Malah, ada peminat sempat mengusik beliau dan bertanya adakah ini teman baharu Maya?

Tidak melatah dengan pertanyaan peminat, Maya hanya membalas komen mereka menggunakan emoticon senyum. Cool giler kan Maya?

Masih lagi berteka-teki, apakah benar Maya Karin sudah bertemu dengan kekasih baharu? Kalau betul Alhamdullillah dan pastinya ramai yang mendoakan agar Maya bahagia.

Apa-apa pun kita tunggu sahajalah pengumuman daripada tuan empunya badan nanti.