Written by Bella | August 15th, 2019

Walaupun sudah beberapa bulan pelakon Fathia Latiff membuat keputusan untuk membuka tudung, sehingga hari ini dia masih menerima kecaman daripada netizen.

fathia latiff

Meskipun dirinya terus dikecam, Fathia berkata dia akan tetap mengekalkan imej tidak bertudung demi mengejar cita-citanya untuk bergelar seorang penyanyi antarabangsa.

Tidak dinafikan saya masih mendapat komen negatif daripada masyarakat, namun saya anggap mereka berkata demikian kerana sayangkan saya. Apa yang boleh saya katakan ialah ini karakter sebenar saya demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi antarabangsa.

fathia latiff Fathia sedar apa yang dia lakukan itu salah disisi agama, namun mungkin satu hari nanti dia akan bertemu dengan bakal suami yang dapat membimbingnya ke arah yang lebih baik.

Saya faham apa yang saya lakukan adalah salah disisi agama, saya akui diri ini jahil. Namun siapa tahu saya bakal menemui calon suami yang dapat membimbing diri ini ke arah yang lebih baik suatu hari kelak.

fathia latiff bakal suami bimbing

Kita doakan sahaja agar satu hari nanti pintu hati Fathia akan terbuka dengan ikhlas untuk berhijab kembali.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | February 8th, 2019

Mempunyai wajah cantik, pelakon Fathia Latiff menjadi idola ramai sebelum ini, namun kini bintang ini sudah hilang sinarnya.

Satu demi satu kontroversi yang menghimpit dirinya membuatkan Fathia dikecam dan ada yang sudah bosan untuk membantu beliau berubah menjadi seorang yang lebih baik. Ibarat beliau mensia-siakan peluang kedua yang diberi.

Memuat naik foto terbaru di Instagram, ramai yang perasaan perbezaan raut wajah Fathia. Tidak dinafikan amat berbeza antara dulu dan sekarang. Dari luaran, boleh lihat beliau seakan memendam seribu satu rasa dan masalah. Nampak tua dari usia sebenar.

Rata-rata netizen merindui Fathia yang dahulu dan mereka berharap satu hari nanti beliau akan kembali seperti dahulu.

Tiada apa yang boleh dikatakan melainkan doa yang baik-baik sahaja untuk Fathia. Siapa tahu, satu hari nanti beliau akan bangkit daripada segala dugaan serta ujian dan berubah ke arah yang lebih baik.

Written by Bella | April 2nd, 2018

Kontroversi menari seakan orang sedang “mabuk” dengan pakaian seksi di Bigo Live merupakan detik paling hitam dalam hidup pelakon Fathia Latiff. Sehingga hari ini, beliau masih menerima kecaman daripada masyarakat.

Meskipun pada luarannya Fathia kelihatan sudah “move on” daripada insiden itu, hakitkatnya beliau masih lagi dihantui kesilapan lalu. Bercerita mengenai apa yang terjadi, Fathia mengakui hidup dan kariernya hancur gara-gara tersilap pilih kawan.

Saya mudah rapat dengan orang yang baru dikenali, tidak kira sesiapa. Saya terlalu naif untuk menilai hati budi seseorang. Sudahnya, saya terjunam dengan kesilapan. Paling membuatkan saya tersentak, apabila seorang teman yang sangat saya sayang sanggup berbuat khianat. Kejadian itu membuatkan saya sedar perlu segera berubah dan kembali mencari diri.

Orang lihat saya masih mampu tersenyum, tetapi hakikatnya saya sedang menderita. Saya sangka mampu bertahan, tetapi silap percaturan. Satu persatu keselesaan yang saya miliki terlepas dari genggaman. Kerjaya lakonan saya hancur kerana masalah disiplin. Saya selalu fikir orang boleh menerima cara saya. Saya tidak bersyukur.

Gara-gara terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidupnya, Fathia mengalami tekanan yang teruk sehigga terpaksa bertemu pakar psikiatri untuk menenangkan jiwanya yang memberontak.

Membawa diri ke London pada Disember tahun lalu, Fathia akhirnya sedar beliau harus bangkit dan daripada lamunannya.

Di sana, Allah SWT menjentik saya, membuatkan saya mula terfikir satu persatu kesilapan yang pernah dilakukan. Mengingati semua kesilapan itu, saya malu dengan diri sendiri. Selepas kejadian itu, saya terus ke Ireland bertemu adik, Fasiha Latiff. Di sana, saya bermuhasabah diri dan mula dekatkan diri dengan-Nya.

Sudah insaf dan tekad untuk meninggalkan segala perbuatan lalu, Fathia saat ini hanya pinta orang ramai memberikan beliau peluang kedua untuk beliau memperbetulkan kesilapannya dan menjadi seorang insan yang lebih baik.

Sumber Berita : BH AHAD

Written by Bella | December 28th, 2017

Artis yang tidak lekang dengan kontroversi pada tahun ini, Fathia Latiff memuat naik foto bersama dua orang lelaki berkemeja hitam di akaun Instagramnya. Fathia juga mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan dan kebaikan yang diberikan oleh dua orang individu terbabit.

Kalau anda lihat, pakaian seragam tersebut selalunya dipakai oleh pengawal peribadi.  Peminat Fathia beranggapan Fathia mungkin sudah mempunyai pengawal peribadinya sendiri selepas insiden beliau trauma diserang oleh seorang lelaki yang mengugut mahu mencederakan dirinya sekiranya Fathia terus membicarakan soal politik di Twitter.


Jika benar Fathia sudah ada pengawal peribadi ia memang satu keputusan yang baik buat dirinya. Maklumlah, nama Fathia sekarang memang hangat diperkatakan sehingga sampai tahap ada orang hendak cederakan dirinya. Lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri.