August 15th, 2019

Walaupun sudah beberapa bulan pelakon Fathia Latiff membuat keputusan untuk membuka tudung, sehingga hari ini dia masih menerima kecaman daripada netizen.

fathia latiff

Meskipun dirinya terus dikecam, Fathia berkata dia akan tetap mengekalkan imej tidak bertudung demi mengejar cita-citanya untuk bergelar seorang penyanyi antarabangsa.

Tidak dinafikan saya masih mendapat komen negatif daripada masyarakat, namun saya anggap mereka berkata demikian kerana sayangkan saya. Apa yang boleh saya katakan ialah ini karakter sebenar saya demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi antarabangsa.

fathia latiff Fathia sedar apa yang dia lakukan itu salah disisi agama, namun mungkin satu hari nanti dia akan bertemu dengan bakal suami yang dapat membimbingnya ke arah yang lebih baik.

Saya faham apa yang saya lakukan adalah salah disisi agama, saya akui diri ini jahil. Namun siapa tahu saya bakal menemui calon suami yang dapat membimbing diri ini ke arah yang lebih baik suatu hari kelak.

fathia latiff bakal suami bimbing

Kita doakan sahaja agar satu hari nanti pintu hati Fathia akan terbuka dengan ikhlas untuk berhijab kembali.

Sumber Berita : mStar Online


20 responses to “Diri Ini Jahil, Mungkin Nanti Bertemu Bakal Suami Yang Boleh Bimbing Saya – Fathia Latiff”

  1. Hijabster says:

    Nak go international – tgk yuna. Yuna has her own class; dia berjaya kat Malaysia and kemudian terkenal juga di america. And yuna still maintain her hijab. Sheila Hamzah; popular in Malaysia & China. And Still maintain her hijab.So jgn salahkan hijab yg buatkan diri tak boleh pergi jauh. Nilai diri sendiri. Dan jgn harapkan org lain utk mengubah diri jika diri sendiri tak mau berubah.

  2. Anonymous says:

    Kau ni mmg pompuan tak boleh pakai
    Kaki dadah

Loading...