Written by Bella | October 3rd, 2018

Sudah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang cukup comel dan baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran anaknya, Khalifah Fahrel yang kedua, pelakon Fahrin Ahmad akui beliau dah isteri sudah bersedia untuk menimang cahaya mata lagi. Pasangan ini bagaimanapun menyerahkan soal itu kepada rezeki.

Memang saya bekerja sendiri, kena jaga pendapatan dan ekonomi sendiri. Tapi kalau dari segi itu, saya sudah bersedia. Khalifa pun dah dua tahun. Saya beruntung kerana ada isteri yang menjaga anak ketika saya keluar bekerja. Anak seni memang tidak tetap jadualnya, tapi apa pun keluarga diutamakan.

Fahrin mendirikan rumah tangga dengan Elena Hani Elias pada  9 Mei 2015 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 29 September 2016.

Semoga hasrat Fahrin dan isteri untuk menambah zuriat lagi akan termakbul dan pastinya ia akan menyerikan lagi keluarga kecil mereka.

Sumber Berita : Utusan Online

Kredit Foto : Hare Studio

Written by Bella | September 30th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Fahrin Ahmad dan isterinya kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka.

Isteri Fahrin, telah melahirkan anak lelaki mereka secara normal pada jam 4.15 petang  semalam di KPJ Damansara Specialist Hospital.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Fahrin sendiri bersama peminat di Instagram.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah… Baby boy selamat dilahirkan secara normal, 1615 hrs… Khamis, 29 September 2016.. tq to our motherly and sweet Gynae Toh Puan Dr. Maziah Ahmad assisted by Sister Susana, Irene & Stephanidah.. and also to Encik Zaidi & all for the pleasant birthday surprise for elena & the baby.. tq #kpjdamansara !! Dan terima kasih atas doa dan sokongan semua.. syukur… to my @elenaeleas well done, you are a warrior queen! #fahrinelena

Semoga dengan kehadiran cahaya mata sulung ini akan mengeratkan lagi kasih sayang Fahrin Ahmad sekeluarga dan memberikan sinar baharu didalam hidup mereka.

Written by Bella | April 15th, 2016

Berdasarkan satu kapsyen di Instagram Fahrin Ahmad semalam, ramai yang mengatakan beliau bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Sorry la sayang @elenaeleas .. @aididmarcello Kidnap i nak suruh i kerja… -hmm.. tak la happy sangat pun.. gonna miss my… u and a half..

Malah, ruangan komen di foto tersebut sudah dipenuhi dengan ucapan  tahniah daripada peminat yang sudah tidak sabar untuk menantikan berita gembira tersebut diumumkan oleh Fahrin sendiri.

Jika benar isteri Fahrin sedang hamil, tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua. Alhamdullilah, ada rezeki untuk mereka menimang cahaya mata yang akan menceriakan lagi rumah tangga mereka berdua. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja komen Fahrin mengenai khabar angin ini.