Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Fahrin Ahmad Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Fahrin Ahmad dan isterinya kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka.

Advertisement

Isteri Fahrin, telah melahirkan anak lelaki mereka secara normal pada jam 4.15 petang  semalam di KPJ Damansara Specialist Hospital.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Fahrin sendiri bersama peminat di Instagram.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah… Baby boy selamat dilahirkan secara normal, 1615 hrs… Khamis, 29 September 2016.. tq to our motherly and sweet Gynae Toh Puan Dr. Maziah Ahmad assisted by Sister Susana, Irene & Stephanidah.. and also to Encik Zaidi & all for the pleasant birthday surprise for elena & the baby.. tq #kpjdamansara !! Dan terima kasih atas doa dan sokongan semua.. syukur… to my @elenaeleas well done, you are a warrior queen! #fahrinelena

Semoga dengan kehadiran cahaya mata sulung ini akan mengeratkan lagi kasih sayang Fahrin Ahmad sekeluarga dan memberikan sinar baharu didalam hidup mereka.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top