October 3rd, 2018

Sudah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang cukup comel dan baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran anaknya, Khalifah Fahrel yang kedua, pelakon Fahrin Ahmad akui beliau dah isteri sudah bersedia untuk menimang cahaya mata lagi. Pasangan ini bagaimanapun menyerahkan soal itu kepada rezeki.

Memang saya bekerja sendiri, kena jaga pendapatan dan ekonomi sendiri. Tapi kalau dari segi itu, saya sudah bersedia. Khalifa pun dah dua tahun. Saya beruntung kerana ada isteri yang menjaga anak ketika saya keluar bekerja. Anak seni memang tidak tetap jadualnya, tapi apa pun keluarga diutamakan.

Fahrin mendirikan rumah tangga dengan Elena Hani Elias pada  9 Mei 2015 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 29 September 2016.

Semoga hasrat Fahrin dan isteri untuk menambah zuriat lagi akan termakbul dan pastinya ia akan menyerikan lagi keluarga kecil mereka.

Sumber Berita : Utusan Online

Kredit Foto : Hare Studio


13 responses to “Fahrin Ahmad Dan Isteri Sedia Tambah Cahaya Mata Kedua”

  1. Anonymous says:

    kalau nak tambah bini oklaa jgk buat statement.. takat anak.. hmmmmm

  2. Mia says:

    Sama bday anak fahrin dgn anak saya.. comel sgt anak fahrin.. semoga dimurahkn rezeki utk tambah zuriat.. aamiin..

  3. Bawang v.1 says:

    Kadang-Kadang teringin nak tanya SOP wartawan media hiburan ni.

    Boss, takde cerita menarik lah minggu ni Boss.

    Takpe, kau ada banyak contact artis kan, Kau call sorang sorang tanya nak tambah anak lagi ke tak. Kalau ada, kau buatlah posting.

  4. Anonymous says:

    wife dia junior kat LLB kat uitm tu..tapi mm jrg jarang senyum

  5. mak cute says:

    muka wife dia cm che puteh yg dlm citer kiah pekasam tu je…

Loading...