November 9th, 2017

Sudah lebih setahun bergelar isteri kepada Hanif Zaki, pelakon Anzalna Nasir bagaimanapaun tidak begitu tertekan mengenai soal cahaya mata dan menikmati kebahagiaan hidup berdua. Kata Anzalna, beliau dan suami setiap hari dalam mood berbulan madu.

Saya gembira dengan hidup saya, pendek kata hari-hari kami boleh honeymoon dan tiada apa yang perlu dipeningkan. Orang sebenarnya sudah jemu bertanyakan soalan sama kepada saya, cuma bagi saya selagi usia perkahwinan belum memasuki angka 10 tahun, saya tidak rasa tertekan pun.

Kami baru lagi berkahwin dan kedua-dua belah keluarga pun menyarankan kami ‘enjoy’ dahulu, pergi melancong dan nikmati masa berdua.

Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016. Benar kata Anzalna, selagi ada masa berdua bersama suami, nikmatilah. InsyaAllah, satu hari nanti pasti akan rezeki untuk mereka memiliki cahaya mata.

Sumber Berita : Astro Awani

November 7th, 2017

Melihat wajah jelita pelakon Anzalna Nasir, ramai juga wanita yang ingin sekali mengetahui rahsia kecantikan beliau. Kalau namanya artis, tentu kos penjagaan kulit wajah mereka mencecah harga ribuan ringgit.

Jangan terkejut, Anzalna sebenarnya tidak mempunyai sebarang rahsia kecantikan tersendiri dan mengakui hanya menggunakan produk penjagaan kulit wajah dengan harga bawah RM 50 dan mengamalkan diet pemakanan sahaja.  Pasti ramai yang tidak percaya bukan?

Saya akui memang saya seorang yang kedekut dan kurang mengambil berat soal penjagaan kulit wajah. Produk yang saya beli pun kurang RM50 dan biasanya sekadar pencuci muka sahaja. Kadang-kadang saya tidur pun tanpa mencuci muka sampailah pori-pori kulit saya tersumbat kerana lapisan alat solek yang saya pakai seharian.

Malangnya, selepas pulang daripada bercuti di London pada bulan April lalu kulit muka saya dipenuhi dengan jerawat dan masalah itu semakin teruk ketika penggambaran drama bersiri Dendam Aurora.

Saya terpaksa mendapatkan rawatan spa wajah dan berjumpa doktor pakar kulit untuk penyelesaian kerana masalah kulit muka saya ketara kalau dilihat dalam rakaman kamera.

Walaubagaimanapun, kini Anzalna sudah menyesal kerana kedekut kepada diri sendiri dan tidak mementingkan penjagaan wajah secara menyeluruh.

Sumber Berita : Astro Awani

March 23rd, 2017

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon berwajah jelita, Anzalna Nasir? Beliau sudah lama bergelar pelakon dan mempunyai jumlah peminat yang agak ramai. Terus-terang, Anzalna akui beliau tidak sangka beliau masih akan bertahan didalam industri hiburan tanah air sehingga hari ini.

Anzalna juga memberitahu, beliau tidak mahu lagi mengejar populariti memandangkan namanya sudah dikenali dan kariernya agak stabil.

Saya tak nak fikir fasal kejar popular atau siapa lebih terkenal dalam industri sebab saya selesa dengan keadaan sekarang. Bukanlah nak kata nama saya sudah dikenali ramai tetapi cukuplah sekadar jika lakonan saya mampu buat orang terkesan dan ingat sampai bila-bila.

Dalam pada itu, Anzalna juga tidak merasa tergugat dengan lambakan pelakon baru yang kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan didalam industri lakonan.

Jujurnya saya langsung tak rasa tercabar apabila ramai artis baharu muncul dalam dunia lakonan. Saya tidak perlu berebut dengan mereka untuk dapatkan tawaran kerana bagi saya secara peribadi, biarlah beri peluang kepada mereka untuk menempatkan nama dalam industri.

Kami respek dengan pemikiran positif Anzalna yang tidak iri hati dengan kehadiran pelakon baru. Harapnya, rezeki Anzalna dalam bidang lakonan akan semakin bertambah.

Sumber Berita : Utusan Online