January 5th, 2018

Penyanyi Indah Ruhaila, 30, sah bergelar isteri kepada Ahmad Shariff Ahmad Taufik dengan sekali lafaz pada pada 24 Disember lepas. Majlis pernikahan dan perkahwinan mereka dilangsungkan secara tertutup, tanpa menjemput pihak media untuk menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

Untuk pengetahuan anda, kisah cinta Indah dan Shariff seperti drama Korea Oh My Venus, kerana perkenalan Indah dan Shariff pada mulanya ialah menggunakan khidmat pemuda 36 tahun itu sebagai jurulatih peribadinya di gimnasium milik Shariff.

Mereka bercinta tidak lama sebelum membuat keputusan melangsungkan pernikahan.

Ikuti gambar-gambar bulan madu Indah dan Shariff di Belanda dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Nampak romantik sekali pasangan ini. Tahniah diucapkan kepada Indah dan Shariff semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. – beautifulnara.com

December 26th, 2017

Penyanyi Indah Ruhaila, sah bergelar isteri kepada Ahmad Shariff Ahmad Taufik hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah tertutup yang diadakan di Bizmillah Wedding Centre, Subang Jaya pada 24 Disember lepas.

Majlis resepsi pasangan itu berlangsung pada sebelah malam di tempat yang sama. 

Indah memilih untuk melaksanakan majlis pernikahan dan persandingan secara tertutup, dengan hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Tahniah diucapkan buat Indah sempena perkahwinannya dengan Shariff, semoga berkekalan hingga ke syurga diucapkan.

Kredit gambar: CST Production, Indah Ruhailamadaboutcake_officialglamboxphotobooth

December 25th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Indah Ruhaila yang kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Ahmad Shariff Ahmad Taufik hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah tertutup yang diadakan di Bizmillah Wedding Centre, Subang Jaya semalam.

Difahamkan, Indah menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat terdekat sahaja.

Indah  dalam satu kenyataan meluahkan rasa syukur kerana semua perancangan pernikahan berjalan dengan lancar. Pada masa yang sama, beliau memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup atas pemintaan keluarga.

Saya perlu menghormati permintaan kedua kedua-dua pihak. Tiada niat untuk menyembunyikan apa-apa. Saya harap semua memahami keputusan ini. Terima kasih kerana terus menyokong karier saya.

Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Indah dan pasangan, semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan dilimpahi dengan kebahagiaan serta kekal sehingga ke jannah.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Seth & Luna Studio

June 20th, 2017

Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan penyanyi Indah Ruhaila sedang intim dengan seorang jurulatih peribadi ketika bergelar tunangan orang.  Kemudian, berita putus tunang Indah mula tersebar dan ramai yang mendakwa ia berpunca daripada Indah yang dikatakan berlaku curang.

Tidak mahu kontroversi terus menghimpit dirinya, Indah menafikan dakwaan beliau curang dan menjelaskan hubungan beliau dengan jurulatih tersebut tidak lebih daripada kawan biasa.

Gosip yang mengaitkan saya dengan PT (personal trainer) itu tidak benar dan ia tidak ada kena mengena dalam hal hubungan saya dengan tunang. Kalau nak diceritakan dari mula apa yang terjadi dengan hubungan ini (tunang), ia takkan habis.  Orang boleh cakap apa saja mengenai saya, tetapi, lebih baik saya berdiam diri. Kebenarannya akan terjawab juga nanti, namun, bukan sekarang.

Tertekan dengan apa yang berlaku, Indah meminta agar orang ramai memberikan beliau sedikit ruang untuk menyelesaikan isu tersebut.

Apabila perkara seperti ini terjadi, ia membuatkan saya sangat tertekan. Orang selalu tanya mengenai pengakhiran pertunangan kami dan saya takut nak beri sebarang komen kerana orang akan cepat jatuhkan hukum.  Jadi, jalan terbaik adalah dengan saya berdiam diri dulu. Saya perlukan sedikit ruang untuk selesai masalah ini. Saya tak boleh cerita semua dan itu pun kalau ada yang percaya.

Indah masih tidak berputus asa dan ingin cuba menyelamatkan pertunangan beliau. Harapnya Indah dapat menyelesaikan segala masalah dengan baik.

Sumber Berita : BH ONLINE