July 22nd, 2014

Abang Nara rasa ‘valid’ juga teguran dan persoalan yang telah dikemukakan di Facebook Imam Muda Hassan ini. Abang Nara pun ada tertanya-tanya benda yang sama. Apabila menemuramah ahli keluarga mangsa nahas MH17, soalan wajib para wartawan ialah “ada perubahan sikap tak”. Walaupun si ahli keluarga dah cakap tak ada, soalan yang sama diulang beberapa kali. Sedih jugak tue.

imam muda hassan

Secara jujur, Abang Nara memang rasakan soalan tersebut tiada faedah. Namun daripada segi kewartawanan, tak tahulah pulak kan. Mungkin mereka mahu mencari cerita yang menarik untuk menyedapkan lagi cerita. Tak boleh salahkan wartawan juga lebih-lebih dengan persaingan yang sengit sekarang. Namun mungkin di masa hadapan, bolehlah ‘slow-slow’ kurangkan soalan-soalan sebegini.
imam muda hassan

Apa-apa pun, kesian Imam Muda Hassan sampai terpaksa meminta maaf kerana persoalannya telah membuatkan para wartawan sentap, tersinggung dan bengang. Rasanya apa yang ditegur di Facebook Imam Muda Hassan tak adalah sampai merendahkan kredibiliti dan skil para wartawan. Kali ini, Abang Nara setuju dengan Imam Muda dalam hal ini. Apa pula kata anda?

P.S: 10 lokasi sekatan JPJ sempena Hari Raya

March 7th, 2014

Nampaknya kisah Hanez Suraya mendapat perhatian luas terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Menariknya Imam Muda Hassan, juara program Imam Muda 2 turut dilihat mengeluarkan status di Facebooknya yang seolah-olah menegur perbuatan Hanez Suraya dan Romie yang pergi bercuti di Bangkok. Walaupun tidak menyebut secara nyata nama pelakon tersebut, memang siapa yang makan cili akan terasa pedasnya dengan kata-kata Imam Muda Hassan.

imam muda hassan

Berikut ialah status Facebook Imam Muda Hassan yang sewajarnya dijadikan panduan untuk kita semua:-

Bercuti Dengan Bukan Mahram?

Lagi-lagi kisah percutian ‘pasangan’ yang belum mempunyai ikatan yang sah.

Bercuti dengan bukan Mahram tetapi ditemani oleh orang lain bukanlah satu ‘excuse’ untuk menghalalkan apa yang haram. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Walaupun ditemani orang lain, tetapi adegan pegang tangan bersama tidak akan memungkinkan ia menjadi Halal.

Tak kisahlah kalau percutian anjuran syarikat sekalipun, jika batas-batas tidak dijaga, lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan, ia tetap haram.

Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja…lepas tu nak bawak naik Gunung Everest sekalipun, tiada siapa yang halang.

Jangan cuba menghalalkan yang haram!

hanez suraya imam muda hassan

Abang Nara yakin akan lebih ramai selebriti yang akan mengeluarkan pendapat mereka mengenai kontroversi yang sedang hangat ini. Imam Muda Asyraf juga sebelum ini sempat membuat memberi komentar kelakar mengenai isu ini di Twitternya yang bertulis “Press Conference ptg ni bersama Hanez Suraya dll.. Isteri sy pesan.. “Abg jaga mata”.. Hehe“. Apa kata anda?

P.S: Koleksi foto burung yang mengkagumkan

February 27th, 2012

Abang Nara tahu ramai yang tak sabar untuk melihat lebih banyak gambar majlis resepsi Lisa Surihani dan Yusry, namun diharap anda dapat bersabar untuk sementara waktu. Abang Nara sedang menunggu gambar-gambar daripada official photographer majlis resepsi Lisa dan Yusry. Dan untuk tidak mengecewakan anda yang refresh berpuluh kali, Abang Nara kongsikan beberapa keping gambar majlis resepsi Imam Muda Hassan yang telah berlangsung kira-kira 2 minggu yang lepas.

gambar majlis resepsi imam muda hassan

Dan Abang Nara paling suka dengan video yang diambil oleh Studio Mukmin selepas pasangan ini sah bergelar suami isteri. Sangat terserlah malu-malu pada pengantin perempuan. Comel je ~~

Cute kan? Lagi beberapa keping gambar majlis resepsi Imam Muda Hassan dan Ulfah dengan membaca entri ini sepenuhnya. Ucapkan terima kasih kepada Studio Mukmin yang sudi berkongsi gambar ekslusif ini dengan LIKE Facebook Studio Mukmin.

gambar majlis resepsi imam muda hassan

gambar majlis resepsi imam muda hassan

gambar majlis resepsi imam muda hassan

gambar majlis resepsi imam muda hassan

gambar majlis resepsi imam muda hassan

gambar majlis resepsi imam muda hassan

gambar majlis resepsi imam muda hassan

gambar majlis resepsi imam muda hassan

gambar majlis resepsi imam muda hassan

gambar majlis resepsi imam muda hassan

February 18th, 2012

Semalam, Imam Muda Hassan telah pun selamat bergelar suami kepada Fardatul Ulfah. Abang Nara dapat rasakan suasana yang meriah sepanjang majlis pernikahan IM Hassan apabila menonton video di bawah. Simple but so sweet gitu ~~

Dan Imam Muda Hassan sempat mengambil beberapa keping gambar pra perkahwinan sebelum bergelar suami kepada Ulfah. Dan anda semua tak perlu risau, berbeza dengan apa yang orang kita biasa lakukan, gambar pra perkahwinan IM Hassan hanya dilakukan seorang diri. Tenang jiwa Abang Nara melihat gambar-gambar yang diambil oleh Studio Mukmin di Sabak Bernam ini.

gambar perkahwinan im hassan

Lagi beberapa keping gambar pra perkahwinan IM Hassan dengan membaca entri ini sepenuhnya. Jutaan terima kasih kepada Studio Mukmin yang sudi berkongsi gambar dan informasi terkini tentang perkahwinan IM Hassan dengan pembaca BeautifulNara semua.

gambar perkahwinan im hassan

gambar perkahwinan im hassan

gambar perkahwinan im hassan

gambar perkahwinan im hassan

gambar perkahwinan im hassan

gambar perkahwinan im hassan

gambar perkahwinan im hassan

gambar perkahwinan im hassan