October 19th, 2020

Personaliti TV dan juga penyanyi, Ifa Raziah baru-baru ini ada memuat naik foto memaparkan dirinya berniqab menerusi ruangan Instagram miliknya pada Jumaat lalu.

Berikutan dengan perkara itu, peminat mula membuat spekulasi bahawa Ifa kini sudah berhijrah dengan menutup aurat secara sepenuhnya.

Malah, ketika meninjau ruangan komen, ramai pengikut Instagram selebriti ini mula mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa gembira melihatkan perubahan tersebut.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berpendapat bahawa ‘Diva’ Ifa Raziah kini telah mengikut jejak langkah hos dan pelakon terkenal, Neelofa yang kini berniqab.

Namun, Ifa dilihat telah memuat naik foto memperlihatkan dirinya berpakaian seperti biasa seperti sebelum ini. Dia yang ditemui media kemudiannya tampil menjelaskan kekeliruan yang mungkin dialami netizen terhadap penampilannya.

View this post on Instagram

Happy Sunday?? . Jangan lupa SHAKE SHAKE Soliddiva boleh minum sejuk2 plus buah buah ? boleh pilih nak buat Hot chocolate atau Shake dengan Soliddiva , yang penting kurus . Dapatkan shaker bottle Soliddiva . IBU HAMIL pun boleh minum tau!! SAKIT JANTUNG pun boleh minum tau!! Penyakit Darah Tinggi , Kencing Manis ,Kanak Kanak yg Obesiti pun boleh minum tau!! . Cara Pengambilan consume pada waktu pagi, dan selepas 6 jam bancuh satu sachet lagi, 2 sachet dalam sehari? . . WOW!! CANTIK CANTIK CANTIKNYA dgn SOLIDDIVA . . ? WS no dibawah untuk pembelian wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975 . . #ifaraziah #missdiva #serifabeauty #soliddiva #solidmolid #solidbeauty #solidberry #missdivaglow #diet #missdivashine #slimming #detox #stokistwanted #agentwanted #dropshipwanted #kuruscantiklentik #viral #fyp #malaysiaonlineshop #onlineshopping #Shopee #tiktok #ceo #trending #skincare #beautiful #pukpukpukk #malaysia #singapore

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

Menurut Ifa, dia masih belum mahu berpenampilan menutup aurat sepenuhnya dan turut menafikan perkongsiannya pada Jumaat lalu itu telah dipengaruhi oleh kisah penghijrahan Neelofa.

Tambahnya, dia sebelum ini sering saja berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari Jumaat dan berhijab sepanjang bulan Ramadhan.

View this post on Instagram

SALAM JUMAAT ? . Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT. . . Siapa lagi nak jadi team *SOLIDMOLID* *SOLIDBERRY* *SOLIDDIVA* Kita bersatu membantu ramai orng diluar sana yang ingin menurunkan berat badan mereka bukan itu saja malah kita buat income bulanan berganda-ganda okay Team SERIFA BEAUTY ? Bila kita ada banyak duit, boleh la pergi travel, hantar mak ayah pergi umrah, berikan pendidikan yg terbaik utk anak2 & bantu keluarga jugak. . . . ? WS no dibawah untuk pembelian wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975.. . . #ifaraziah #missdiva #serifabeauty #soliddiva #solidmolid #solidbeauty #solidberry #missdivaglow #diet #missdivashine #slimming #detox #stokistwanted #agentwanted #dropshipwanted #kuruscantiklentik #viral #fyp #malaysiaonlineshop #onlineshopping #Shopee #tiktok #ceo #trending #skincare #beautiful #pukpukpukk #malaysia #singapore

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

“Perkongsian itu tidaklah mengikut Neelofa, tetapi kepada mereka yang sedia maklum mengikuti saya di media sosial, tentu mereka tahu yang saya selalu berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari jumaat. Selain itu, saya juga akan bertudung pada setiap bulan Ramadhan hingga 10 Syawal, ataupun sepanjang saya pergi umrah saya akan berhijab,”

Meskipun dia kini tidak lagi berhijab sepenuhnya, Ifa berkata dia masih mahu menghormati hari dan bulan yang mulia iaitu hari Jumaat dan bulan Ramadhan.

Dalam pada itu, Ifa turut menyatakan dia kini dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik. Tambahnya lagi, sebagai manusia biasa, tiada orang yang tidak ingin berubah ke arah kebaikan dan dia turut memohon doa daripada orang ramai supaya mendoakan yang terbaik.

July 4th, 2020

Setelah berubah penampilan menjadi lebih kurus dari sebelum ini, penyanyi Ifa Raziah kesal apabila dituduh membuat pembedahan Bariatrik, atau dalam kata mudah, pembedahan memotong usus untuk mencapai berat idaman.

Ifa Raziah yang ditemui Astro Gempak meluahkan rasa kekesalan apabila ramai netizen seolah menyimpan hasad dengki terrhadap dirinya sedangkan dia tidak pernah mengambil tahu perihal orang lain.

“Kenapa la hitam sangat hati tu? Saya tak pernah kacau hidup orang lain selama ini. Yang ramai fitnah saya tuduh saya buang usus itu mungkin ada masalah dengan diri sendiri,”

View this post on Instagram

*PANAS HATI TGK MISS DIVA??PANAS PANAS?* . Kenapa nak cemburukan MISS DIVA?? Sbb semakin Muda & semakin Jelita, KURUS , SYANTIK & LENTIK? . Dalam Hidup Kita diberikan PILIHAN .. Mahu jadi GEMOK atau jadi KURUS?? Tepuk Dada tanya selera .. kalau korang masih taknak berubah menjadi sesorg yg SIHAT & CANTIK.. so korang boleh teruskan Hidup dgn cara skrg dan tidak ada seorg pun dlm dunia ni boleh memaksa korang.. ???? KEPUTUSAN HANYA DI TANGAN ANDA? . . Tapi kalau masih berada di tahap hidup yang sama, sampai bila-bila tak kan terbina keyakinan diri tu. . . JANGAN LAH RISAU! Consume Solidmolid je Uolss takyah susah-susah nak kene pakai banyak produk. Solidmolid je dah boleh buat anda . ? KAWAL nafsu makan ? Jadi AWET MUDA ? BAKAR LEMAK 10x ganda ? MENEGANGKAN kulit ? MENCERAHKAN kulit ?sentiasa BERTENAGA sepanjang hari ? MENGURANGKAN selulit ? MENGAWAL hormon badan . . . . . BARU LA KURUS CANTIK LENTIK UOSLSS. . . ? WS no dibawah untuk pembelian wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975.. . . #ifaraziah #pukpukpukk #solidmolid #solidberry #solidmolidbyifaraziah #stokistwanted #agentwanted #detox #kuruscantiklentik #malaysiaonlineshop #onlineshopping #missdiva2020 #viral #ltiktok #ShoppeeMY #lebihhavoc #pastimantap #ceo #missdiva #starvendors #covid19 #trending #starvendorsmegarayafest2021

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

Ifa juga memberitahu, dia pernah menceritakan mengenai suka duka perjalanannya untuk menjadi kurus seperti yang dilihat sekarang ini. Ifa turut mengakui dahulunya dia  tidak makan nasi dan sangat menjaga pemakanan ketika fasa awal proses menguruskan badan.Kini, Ifa Raziah sudah mula menjamah nasi tiga kali seminggu, itupun hanya satu kali sehari.

View this post on Instagram

Miss Diva nak ajar cara pengambilan Rangkaian Produk *SERIFA BEAUTY* . . SOLIDMOLID bertindak sebagai pembakar Lemak di minum ketika bersarapan di waktu pagi shj caranya amik 1 sachet & dibancuhkan dgn air panas minum sehari sekali shj.?? SOLIDBERRY bertindak sebagai detox di mkn ketika sebelum tidur amik 1 sachet hanya sehari sekali shj.?? . . . PROMO PKPP MASIH ONZZZZ! ?? Jom grab stok promo Solid Molid sekarang!!!! Beli 4 kotak Solid Molid PERCUMA Beg Xclusive SERIFA BEAUTY & FACE MASK SOLIDMOLID ? Free Postage hanya dr @solidmolidhq . . Jom kuruskan badan untuk beribadah kerana ia adalah HIJRAH. Lakukan amalan dan niat yang mulia ? SIHAT KURUS CANTIK LENTIKKK wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975 . . #ifaraziah #pukpukpukk #solidmolid #solidmolidbyIfaraziah #solidberry #kuruscantiklentik #malaysia #singapore #onlineshopping #covid19 #lebihhavoc #ShoppeeMY#ifaraziah #ceo #missdiva #tiktok #starvendors #trending #tiktokviral #tiktokmalaysia #detox #starvendorsmegarayafest2021

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

Tambahnya lagi, apa yang membuatkan dirinya sedih dan kesal kerana ada sesetengah netizen menuduhnya menjalani prosedur menguruskan badan secara ekspress iaitu dengan menjalani pembedahan membuang usus, dan kemudiannya menjual produk kurus iaitu Solid Molid yang didakwa mereka adalah palsu.

“Saya jual produk Solid Molid kerana saya kurus dengan bantuan produk saya sendiri. Jadi saya kongsi kepada umum untuk kebaikan bersama. Salah ke? Habis tu sebelum-sebelum in testimoni yang berjaya kurus, turunkan berat bada dengan Solid Molid tu semua potong usus ke?

 Walau bagaimanapun, dia kini hanya berserah kepada Yang Maha Esa setiap kali mendengar lontaran fitnah daripada masyarakat terhadap dirinya. Dia juga berharap orang di luar sana yang tidak senang duduk melihat kejayaan dia ketika ini sehingga sampai ingin menjatuhkan reputasi produknya itu supaya menghentikan fitnah terhadap diri dan perniagaannya.

Sumber: Astro Gempak

June 12th, 2020

Menanggung kerugian sebanyak RM82,000 sekitar Mac lalu, penyanyi dan pengacara popular Ifa Raziah memaafkan seorang jururawat yang difahamkan telah menipunya.

ifa raziah ditipu

Kata Ifa, dakwaan berkenaan telah diselesaikan di luar mahkamah terhadap jururawat yang juga salah seorang daripada stokis produk keluarannya SolidMolid.

Menurutnya, wanita berkenaan telah menyesal akan perbuatannya dan membayar ganti rugi yang telah ditetapkan.

“Lagipun saya pernah cakap dulu, kalau dia bayar balik wang yang dilarikan itu saya akan gugurkan tuduhan terhadap dia.”

ifa raziah ditipu

Tambah Ifa, beliau tidak sanggup mengenakan apa-apa tindakan terhadap wanita tersebut kerana tidak sampai hati mengenang anak-anak wanita terbabit dan keluarga.

Meskipun akui mulutnya lantang bersuara, namun Ifa berkata hatinya mudah tersentuh dan cepat berasa kesian orang.

ifa raziah ditipu

Terdahulu, Ifa mendakwa dirinya ditipu salah seorang daripada stokisnya yang menyebabkan kerugiaan sebanyak puluhan ribu ringgit.

Dalam pada itu, Ifa bertindak mendedahkan isu tersebut di laman Instagramnya dan Facebook sekitar bulan Mac lalu, malah turut membuat laporan polis terhadap wanita berkenaan.

Sumber: Gempak

December 17th, 2019

Selepas beberapa minggu berentap dan cuma selangkah sahaja lagi untuk mara ke peringkat akhir GV6, bagaimanapun rezeki tidak memihak kepada penyanyi Noorshila Amin apabila dia tersingkir pada konsert separuh akhir Ahad lalu.

ifa raziah shila amin

Rata-rata netizen mula meletakkan kesalahan kepada Ifa Raziah yang dikatakan terlalu ‘over’ ketika membuat persembahan duet bersama Shila Amin. Menyalahkan penyanyi itu sebagai punca peserta GV6 itu tersingkir.

Ifa Raziah ‘over’, tenggelamkan Shila Amin

ifa raziah overifa raziah over

“Penghibur Versatil bukan penyanyi berdiri kaku”

ifa raziah overifa raziah punca shila amin tersingkir

Memberikan respon terhadap isu tersebut, Ifa berkata, sebagai seorang penyanyi dia mempunyai cara tersendiri untuk menghiburkan orang ramai. Seorang penghibur yang versatil dan bukanlah seorang penyanyi yang tidak bertenaga dan hanya berdiri kaku.

Dia sudah melakukan yang terbaik bagi memastikan persembahan pada malam tersebut berjalan lancar.

“Jangan salahkan saya”

ifa raziah punca shila amin tersingkir

Ifa meminta orang ramai khususnya peminat supaya tidak menyalahkan dirinya sebagai punca Shila Amin tersingkir.

ifa raziah punca shila amin tersingkirMenyanyikan lagu Dialah Di Hati nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza, duet Shila Amin dan Ifa Raziah dikatakan gagal oleh juri. Nyanyian mereka tidak harmoni dan seakan menjadi ‘battle song’ pula.