“Kami Tolak Maksiat, Apa Saja Melibatkan Dia” – Netizen Saran Boikot Festival Raya Ifa Raziah Gara-Gara Ruhainies?

Hiburan

“Kami Tolak Maksiat, Apa Saja Melibatkan Dia” – Netizen Saran Boikot Festival Raya Ifa Raziah Gara-Gara Ruhainies?

Ruangan Instagram pelakon dan usahawan Ifa Raziah baru-baru ini dihujani dengan komen daripada netizen apabila aktres itu ada menampilkan Ruhainies sebagai salah seorang selebriti yang akan memeriahkan acara festival raya ‘Star Vendor’ tidak lama lagi.

Netizen nak boikot ‘Star Vendors’ anjuran Ifa Raziah?

“Alhamdulillah si cantik manis Ruhainies juga ada di Starvendors nanti” tulis Ifa di bahagian kapsyen hantaran tersebut.

Advertisement

Namun begitu, promosi acara temasya jualan sempena hari raya itu tidak dapat diterima ramai pihak apabila ada yang menentang dan ingin memboikot acara tersebut.

Sorry lah, kita boikot terus orang yang normalize kan benda tak sepatutnya. Starbuck pun rakyat Malaysia mampu boikot apatah lagi Ruhainies yang suam-suam payau ni.

Boikot STARVENDORS. Berani lagi guna muka ni untuk marketing. Wahai netizen jalankan tugas anda.

Sebelum ini, nama Ruhainies dan Aliff Aziz meniti di bibir netizen gara-gara penangkapan khalwat kedua-dua mereka di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Berita itu kemudiannya menjadi gempar dan isteri Aliff, aktres dan penyanyi Bella Astillah dilaporkan sudah pun membuat tuntutan cerai terhadap suaminya itu susulan kes tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

A aida bella astillah
2 months ago

Rezeki Mencurah-Curah! Bella Astillah Dapat 'Job' 3 Kontrak Drama Daripada A.Aida - "Ruhainies Minta Maaf Pun Saya Tetap.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...