Rezeki Mencurah-Curah! Bella Astillah Dapat ‘Job’ 3 Kontrak Drama Daripada A.Aida – “Ruhainies Minta Maaf Pun Saya Tetap..”

Hiburan

Rezeki Mencurah-Curah! Bella Astillah Dapat ‘Job’ 3 Kontrak Drama Daripada A.Aida – “Ruhainies Minta Maaf Pun Saya Tetap..”

Pengarah dan penerbit drama terkenal, Datuk A.Aida dilaporkan telah menyerahkan tiga skrip drama baharu buat aktres Bella Astillah dan bakal memulakan penggambaran April nanti.

Serah tiga skrip buat Bella

Maklum A.Aida, tindakannya itu sebagai tanda sokongan buat pelakon kecil molek itu dan ia juga dapat membantu wanita itu meneruskan kerjaya seni.

Advertisement

Dia sebelum ini mengumumkan telah menyenaraihitam pelakon Ruhainies gara-gara kes khalwat bersama  pelakon Aliff Aziz yang merupakan suami Bella Astillah.

Saya tak sangka dia tergamak buat begitu. Apa yang saya tahu Ruhainies dan Bella kawan baik, tapi dalam diam-diam rupanya ada hubungan dengan Aliff.

Selepas saya buang nama Ruhainies, kami ada berbincang bersama pasukan produksi dan kami terus terfikir tentang Bella. Saya sendiri yang hubungi Bella dan beri tawaran berlakon.

Bukan satu, tapi tiga skrip saya berikan sekaligus. Saya juga membuka peluang buat Bella untuk terlibat dalam program saluran Salam HD milik saya.

Tidak berkompromi dengan artis bermasalah

Ujar A.Aida lagi, jika Ruhainies tampil memohon maaf pun dia tetap tidak akan menerimanya untuk berlakon lagi malah mana-mana artis bermasalah pun enggan lagi diberikan peluang untuk beraksi dalam naskah arahannya.

A.aida bellas

Manakala Bella yang ditemui berkata peluang yang diberikan itu adalah satu langkah untuk dia mengukuhkan lagi nama dalam bidang seni.

Saya kena kuat untuk diri sendiri dan anak. Mungkin dengan kembali bekerja ini dapat membantu saya melupakan sedikit masalah berlaku.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ruhainies
1 month ago

Hantaran Instagram Ruhainies Dikecam Gara-Gara Tuntutan Cerai Bella - "Berhenti Guna Nama Allah, Stop Play Victim!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...