“Nak Bergerak Pun Sesak..” – Ifa Raziah Sangkal Dakwaan Starvendors Festival Hambar Dan Tak Cukup Sambutan

Hiburan

“Nak Bergerak Pun Sesak..” – Ifa Raziah Sangkal Dakwaan Starvendors Festival Hambar Dan Tak Cukup Sambutan

Pelakon dan usahawan, Datuk Ifa Raziah selaku penganjur Starvendors Mega Raya Festival 2024 menafikan tidak mendapat sambutan yang meriah daripada orang awam dan sendu.

Sambutan sangat meriah

Menurut Ifa, dakwaan yang tular itu berkemungkinan timbul apabila pengunjung datang ke Starvendors itu pada awal pagi ketika orang ramai masih tidur atau bekerja. Katanya, jika mahu lihat kejadian yang meriah, haruslah datang pada waktu kemuncak.

Advertisement

Macam sendu atau hambar itu tengok pada waktu datang di Starvendors, kalau datang pukul 7 atau 8 pagi memanglah sendu. Orang sedang tidur dan bekerja.

 

Tetapi kalau datang selepas waktu berbuka puasa, lihatlah seramai mana pengunjungnya. Nak bergerak pun memang sesak, itu terbukti sambutan sangat meriah.

 

Dakwaan hambar tidak benar sama sekali. Kena datang baru tahu meriahnya macam mana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah)

Artis beri hadiah

Tambahan pula, pelakon ini turut memberitahu pada hari kemuncak iaitu pada 1 April, akan ada acara pemberian hadiah kepada pengunjung yang bertuah. Antaranya akan mendapat sebanyak dua buah kereta dan wang tunai bernilai RM100,00.

Pada 1 April sehingga jam 12 tengah hari iaitu hari penutup, Shuib akan berikan duit raya sehingga RM100,000 kepada pemenang-pemenang bertuah yang membeli barangan Shuib iaitu Beesociety.

 

Ada juga yang bakal membawa pulang sebiji kereta dan lima buah telefon daripada Shuib. Selain itu, Sugarbomb juga akan berikan kereta Alza kepada pemenang yang bertuah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah)

Sekadar info, Starvendors Mega Raya Festival 2024 telah diadakan di Hall 4 & 5 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula pada 29 Mac lalu hingga 1 April ini dan dibuka 24 jam.

ruhainies
2 months ago

"Tak Mahu Perniagaan Orang Lain Terjejas.." - Ruhainies Tarik Diri Dari Festival Jualan, Ifa Raziah Enggan Pilih Kasih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...