Written by shahzeeq | April 27th, 2019

Pasti ramai di kalangan pembaca BeautifulNara yang teringin bercuti ke Hong Kong tetapi ragu-ragu kerana takut tiada makanan halal. Siap ada yang penuhkan beg dengan berpuluh-puluh bungkus mee segera kerana takut kelaparan sepanjang berada di sana. Ish, ish, ish. Kebimbangan anda itu semuanya tidak berasas sama sekali.

1

Sebenarnya, Hong Kong dipenuhi dengan makanan halal yang lazat, unik dan authentik. Kesemua restoran-restoran ini pula dekat dengan lokasi tarikan pelancongan utama. Jadi, perut anda akan sentiasa terisi. Jadi sekiranya anda teringin nak bercuti ke Hong Kong, inilah masa terbaik kerana kini AirAsia sedang mengadakan promosi tambang dari RM199 untuk ahli Air Asia dan RM204 untuk yang bukan ahli ke Hong Kong dari Kuala Lumpur! Memang cukup berbaloi. Maklumat lanjut mengenai tambang yang cukup berpatutan ini, anda wajib baca di SINI Untuk mendalami lebih dalam tentang keunikan Hong Kong, anda boleh lawati LINK INI .

Di bawah adalah antara restoran-restoran halal yang anda boleh cuba apabila menjejakkan kaki ke Hong Kong nanti:-

1. Islamic Centre Canteen

2

Dikenali sebagai tempat untuk menikmati dim sum halal paling lazat, anda boleh sampai ke Islamic Centre Canteen selepas berjalan kira-kira 10 minit dari stesen MTR Causeway Bay. Terletak di dalam sebuah masjid, pelbagai jenis dim sum disediakan untuk anda cuba. Selain itu, ada juga masakan Cina seperti nasi goreng, telur dadar, mee goreng dan sayur-sayuran pada harga yang amat berpatutan. Pastikan anda datang awal kerana menu dim sum tidak dihidangkan selepas jam 3 petang.

3

Waktu Operasi: 10 pagi – 3 petang (dim sum) , 6 petang – 9 malam (masakan Cina sahaja)
Alamat: Tingkat 5, Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong
Tunjuk Arah: Pintu keluar A Stesen MTR Causeway Bay. Jalan kaki selama 10 minit.

2. Wai Kee

4

Mengambil masa hanya 7 minit berjalan kaki dari stesen MTR Causeway Bay, Wai Kee merupakan salah satu restoran itik panggang halal yang paling popular di Hong Kong (bukan Muslim pun suka makan di restoran ini). Dibuka pada jam 10 pagi sehingga 6 petang, restoran ini turut menyediakan menu lain seperti ayam kari, sup, kari lembu dan mee kari. Tapi korang WAJIB cuba nasi itik mereka. Lazat sangat-sangat!!!

5

Waktu Operasi: 10 pagi – 6 petang
Alamat: Shop 5, Bowrington Road Cooked Food Centre, 1/F, Bowrington Road Market, 21 Bowrington Road, Wan Chai
Tunjuk Arah: Pintu keluar A – Times Square stesen MTR Causeway Bay. Berjalan 7 minit kea rah Bowrington Road Market. Restoran ini terletak di tingkat 2.

3. Chrisly Café

6

Turut terletak di sekitar Causeway Bay, Chrisly Café adalah sebuah kedai roti yang menyediakan tart telur, roti nenas (bo lao bao) dan pelbagai jenis roti yang halal. Walaupun tidak berstatus halal sepenuhnya, tempat penyediaan roti halal Chrisly Café adalah diasingkan daripada dapur utama. Malah kesemua bahan mentah yang digunakan juga dipastikan halal untuk memastikan roti mereka boleh dinikmati oleh pengunjung Muslim.

7

Waktu Operasi: 7 pagi – 7 malam
Alamat: Shop 3018, 3/F, Shun Tak Centre, 168-200 Connaught Road Central
Tunjuk Arah: Ambil bas nombor 54 atau 91 dari Shun Tak Centre ke Star Ferry Pier (Victoria Harbour)

4. Happy Cow

8

Kiosk pencuci mulut Happy Cow menyediakan ‘milkshakes’ dan aiskrim yang diiktiraf mempunyai status halal. Mempunyai banyak pilihan perasa seperti Ying Yang Sesame, Raspberry dan Pina Colada, kanak-kanak pasti menyukai tempat ini. Paling best, Happy Cow terletak bersebelahan dengan Hong Kong Observation Wheel. Jadi anda boleh makan aiskrim sambil menikmati pemandangan pulau yang cukup indah ini.

9

Waktu Operasi: 11 pagi – 9 malam
Alamat: Booth 3, Man Kwong Street, Hong Kong Observation Wheel
Tunjuk Arah: Pintu keluar A2 stesen MRT Hong Kong atau pintu keluar A stesen MTR Central

5. Hung’s Chinese Restaurant

10

Bersaiz kecil tetapi selesa, Hung’s Chinese Restaurant terletak di dalam bangunan Chungking Mansion. Sekiranya anda seorang penggemar ayam, memang wajib datang ke restoran ini kerana ia amat popular dengan menu ayam panggangnya. Memang rangup!!! Selain itu ada juga hidangan seperti nasi goreng dan daging masak lada hitam yang cukup menyelerakan.

11

Waktu Operasi: 11 pagi – 11 malam
Alamat: Chungking Mansion, chungkin, 36-44 Nathan Rd, Tsim Sha Tsui, Hong Kong
Tunjuk Arah: Pintu keluar D1 stesen MTR Tsim Sha Tsui. Berjalan selama 4 minit ke Chungking Mansion

6. Mee Daging Halal Lanzhou

12

Percutian anda ke Hong Kong tidak akan lengkap sekiranya tidak mencuba makanan authentik penduduk pulau ini iaitu mee daging Lanzhou. Dijual di gerai-gerai sekitar The Mills, anda boleh memilih sama ada ingin menikmati mee daging ini secara berkuah atau secara kering. Kedua-duanya pun sedap, murah dan memang mengenyangkan!!!

13

7. Restoran Explorer’s Club dan Tahitian Terrace di Hong Kong Disneyland

14

Salah satu tempat wajib dilawati di Hong Kong tidak lain tidak bukan ialah Hong Kong Disneyland. Anda tak perlu risau untuk menghabiskan masa sehari suntuk di taman tema ini kerana terdapat 2 buah restoran yang menyediakan makanan halal iaitu Restoran Explorer’s Club di kawasan Mystic Point dan Tahitian Terrace di kawasan Adventureland. Antara menu-menu yang popular di nasi ayam, nasi goreng Malaysia, shabu shabu, roti canai dan banyak lagi.

15

BONUS: Kafe Panda Food To Go & Café Ocean di Ocean’s Park

16

Sekiranya anda bercadang untuk meluangkan masa di Ocean’s Park, taman tema tertua di Hong Kong, anda tidak perlu risau bab makanan. Kafe Panda Food To Go diiktiraf halal dan mempunyai pelbagai pilihan menu seperti nasi ayam Hainan, nasi kukus Beef Ball, roti hotdog dan banyak lagi. Anda boleh makan sepuas-puasnya!!!

17

Terbaru, sebuah kafe yang telah mendapat pengiktirafan halal telah pun dibuka di taman tema Ocean’s Park ini. Dikenali sebagai Café Ocean, kafe ini menyediakan pelbagai menu kegemaran rakyat Malaysia seperti nasi ayam, sate ayam, kari ayam, nasi goreng dan Penang char kway teow. Tengok gambar pun selera dah naik. Confirm sedap punya!!!

18

Jadi tunggu apa lagi? Tempahlah penerbangan anda ke Hong Kong hari ini juga di www.airasia.com. Anda tidak perlu risau bab makanan lagi selepas ini kerana banyak sangat pilihan halal yang anda. Selamat bercuti!!!



Written by Bella | April 18th, 2019

Hong Kong adalah satu lokasi percutian menarik yang mempunyai banyak lokasi tersembunyi yang boleh diterokai dan dinikmati oleh para pelancong. Sekiranya anda seorang pelancong yang suka menyelusup ke celah lorong-lorong, selalu mencuba ‘street food’, aktif berjalan pada waktu malam, seorang pencinta seni atau gemar melakukan aktiviti ‘outdoors’, maka Hong Kong adalah tempat terbaik untuk anda.

Perkara paling penting, jangan lupa untuk enjoy pertunjukan A Symphony of Lights setiap hari pada jam 8 malam di Victoria Harbour

Untuk memudahkan anda, hari ini kami akan berkongsi 7 tempat ‘awesome’ di Hong Kong yang wajib anda lawati untuk menghayati, menikmati dan menghargai pulau ini seperti seorang penduduk tempatan.

  1. Tai Kwun

Tai Kwun adalah sebuah balai polis pada era kolinial yang telah diubah menjadi sebuah pusat Warisan dan Seni. Kini ia telah dibuka hari ini di Hong Kong.

Tai Kwun sebuah projek terbesar oleh arkitek Herzog de Meuron. Apa yang menariknya semua ruang ini dihubungkan dengan laluan pejalan kaki yang elegan dengan tangga konkrit. Bangunan ini berkonsepkan seni binaan lama yang dibarukan berlatar belakang bangunan pencakar langit menjadikan ia nampak istimewa di mata peminat seni.

  1. The Mills

Merupakan tarikan tradisi terkini di Hong Kong, The Mills yang dulunya merupakan sebuah kilang kain sekitar tahun 1960 telah pun ditukarkan kepada hub rekaan yang mengumpulkan segala hasil kreatif komuniti pereka di Hong Kong. Mempunyai segalanya dari kedai-kedai, restoran, ‘rooftop’ untuk tempat melepak dan pelbagai bahan bersejarah yang disimpan, The Mills menjanjikan satu pengalaman menarik dan tidak boleh dilupakan untuk para pengunjungnya.

Anda pasti terkejut melihat transformasi yang telah dialami oleh The Mills yang memang amat menakjubkan. Siapa sangka sebuah kilang kain dapat ditukar menjadi hub rekaan yang pastinya meningkatkan lagi daya kreativiti penduduk Hong Kong.

  1. Avenue of Stars

Avenue Of Stars merupakan sebuah tarikan di Hong Kong yang bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada mereka yang telah banyak menyumbang untuk menjadikan Hong Kong sebagai ‘Hollywood of the East’. Sekiranya anda seorang pencinta filem Hong Kong, ini memang tempat wajib untuk anda lawati. Banyak gambar dengan selebriti kegemaran anda boleh dirakam di sini.

Antara tarikan yang terdapat di sini adalah plak tapak tangan 20 orang selebriti terkenal, pameran dan mural yang menggambarkan babak-babak dalam movie klasik seperti Bruce Lee, Anita Mui, Jet Li, Andy Lau dan ramai lagi.  Terbaru, pelakon kelahiran Malaysia iaitu Dato’ Michelle Yeoh juga telah diabadikan di Avenue of Stars ini. Bangga kan?

  1. Ant-Man and The Wasp : Nano Battle

Peminat-peminat filem Marvel pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai sendiri tarikan terbaru di Hong Kong Disneyland iaitu Ant-Man and The Wasp : Nano Battle. Baru dibuka pada 31 Mac lalu, anda boleh merasai sendiri kehebatan pertarungan yang berlaku di dalam filem Ant Man and The Wasp apabila mencuba tarikan ini.

Paling syok, anda akan terasa seperti diri anda dikecilkan kepada saiz seekor semut dan bertarung mempertahankan data-data S.H.I.E.L.D daripada dicuri oleh orang jahat Hydra. Alang-alang dah sampai ke Hong Kong Disneyland tu, pastikan mencuba pelbagai tarikan lain seperti Iron Man, Toy Story, bergambar dengan karekter Disney dan macam-macam lagi!!!

  1. Dragon’s Back & untuk pencinta alam semulajadi!

Jika anda merupakan seorang yang gemarkan “hiking”, Dragon’s Back adalah tempat untuk melepaskan gian “hiking” anda di Hong Kong. Ia telah dinobatkan sebagai “best urban trail” di Hong Kong. Anda tidak akan rasa penat kerana pemandangan sepanjang mendaki Dragon’s Back akan membuatkan anda terpukau. Pastinya anda akan berasa puas apabila tiba di puncak dan dapat melihat Shek O, Tai Long Wan, Stanley, Tai Tam dan Laut China Selatan.

Buat pencinta pulau-pulau pula, anda perlu singgah sebentar ke Lantau Island. Sesungguhnya Lantau Island yang cukup panjang dan indah ini memang kaya dengan tarikannya yang tersendiri. Jangan lupa beli ole-ole ataupun berjalan-jalan di sekitar Lantau Island.

  1. Sham Shui Po

Pasar jalan terbuka di Sham Shui Po sedang melihat kemunculan kedai-kedai baharu yang hip, kreatif dan menarik. Namun begitu ia masih merupakan satu tempat yang dipenuhi kedai-kedai misteri yang mempunyai pelbagai jenis barangan unik. Kedai-kedai ini hanya boleh ditemui sekiranya anda menjelajah ke jalan-jalan kecil dan juga liku-liku yang berselirat di sepanjang Sham Shui Po ini.

Jangan lupa untuk mencuba makanan Hong Kong yang sebenar kerana terdapat pelbagai restoran tempatan yang amat popular di Sham Shui Po ini. Abadikan juga saat-saat di sini dengan mengambil gambar di mural-mural menarik. Kalau upload ke Instagram confirm dapat banyak LIKE punya. Pastikan smartphone anda di’charge’ sepenuhnya sebab banyak sangat tempat yang “Insta-worthy” di sini.

  1. Old Town Central

Di Old Town Central, anda akan melihat sebuah kawasan di mana budaya Timur dan Barat bertemu. Dengan bangunan yang dibina pada zaman koloni British, kedai-kedai yang dihias dengan kreatif tetapi tetap mempamerkan ciri tradisional, restoran bertaraf antarabangsa, Old Town Central menzahirkan kehebatan Hong Kong di mata para pelancong. Anda pasti akan mengkagumi kreativiti yang ditunjukkan di Old Town Central ini.

Luangkan masa untuk menerokai kedai-kedai yang penuh keunikan, duduk minum secawan kopi di kafe yang amat selesa atau cuma perhatikan gelagat orang ramai yang memenuhi Old Town Central ini. Pastikan anda mempunyai masa yang cukup kerana Old Town Central ini disempadani Wyndham Street, Caine Road, Possession Street dan Queen’s Road Central dan direntasi Hollywood Road, antara jalan raya pertama yang terbina di Hong Kong. Maksudnya memang banyak tempat-tempat best yang WAJIB diterokai di sini!!!

Semua ini dan banyak lagi tempat-tempat menarik untuk anda terokai di Hong Kong dengan terbang menggunakan AirAsia. Dari Kuala Lumpur, kini AirAsia sedang mengadakan promosi tambang dari RM199 untuk ahli Air Asia dan RM204 untuk yang bukan ahli ke Hong Kong! Memang cukup berbaoloi. Maklumat lanjut mengenai tambang yang cukup berpatutan ini, anda wajib baca di SINI  Untuk mendalami lebih dalam tentang keunikan Hong Kong, anda boleh lawati LINK INI .

Selamat terbang dan selamat menerokai bandar penuh tarikan ini.



Written by AbangNara | June 19th, 2017

Abang Nara sudah 2 kali membawa keluarga bercuti di Hong Kong.

hong kong airasia

tahun lepas siap sambut anniversary perkahwinan di Hong Kong Disneyland

First time merancang percutian ke Hong kong, perkara pertama bermain di minda ialah “ada ke makanan halal nie”. Cuak juga takut kelaparan terpaksa makan roti, biskut dan minum air je di sana. Kang tak pasal-pasal kebuluran pulak.

hong kong air asia

jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan malam Hong Kong dengan Symphony of Lights Hong Kong Harbor Night Cruise

Rupa-rupanya memang banyak restoran halal yang ada di Hong Kong. Malah di destinasi pelancongan seperti Hong Kong Disneyland disediakan beberapa restoran halal untuk memudahkan para pengunjung beragama Islam. Memang sepanjang percutian kami di Hong Kong, tiada kerisauan langsung bab makanan. Sesungguhnya Hong Kong memang muslim friendly.

hnog kong air asia

bangunan-bangunan di Hong Kong pun banyak yang unik dan menarik. Paling penting penuh dengan sejarah

Jadi sekiranya selama ini anda membatalkan hasrat untuk terbang ke Hong Kong kerana takut tiada makanan halal, silalah buang ketakutan anda itu. Untuk menambahkan keyakinan anda, Abang Nara kongsikan 5 restoran halal di Hong Kong yang popular, sedap dan confirm menjilat jari.

1. Islamic Centre Canteen

Salah satu perkara yang wajib dilakukan apabila menjejakkan kaki ke Hong Kong ialah mencuba dim sum halal di Islamic Centre Canteen.hong kong air asia

Kalau tak silap Abang Nara, inilah satu-satunya tempat di mana anda boleh mendapatkan dim sum halal di Hong Kong. Dan berdasarkan review di Internet, kelazatan dim sumnya memang tidak terperi. Lagi best sebab banyak jenis dim sum yang disediakan. Pening kepala nak memilih.

hong kong air asia

antara jenis-jenis dim sum yang disediakan di Islamic Centre Canteen

Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 9 malam, alamat penuh Islamic Centre Canteen ini ialah 5/F, Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Yat Sin St, Wan Chai, Hong Kong. Nasihat Abang Nara, pastikan perut anda kosong ketika menuju ke sini. Bolehlah makan dim sum banyak-banyak.

2. Restoran Wai Kee

Antara makanan paling popular di hong Kong sudah tentu itik panggang. Boleh meleleh air liur melihat kerangupan kulitnya, kesegaran dagingnya dan juga aroma bau yang cukup menggiurkan.

hong kong air asia

kalau pergi Hong Kong tak cuba roasted duck memang tak lengkap percutian anda

Restoran Wai Kee menyediakan itik panggang halal yang sangat-sangat sedap untuk dinikmati oleh Muslim. Tengok gambar pun dah terliur dibuatnya. Insya Allah percutian kali ketiga ke Hong Kong nanti Abang Nara nak pergi makan itik panggang di Wai Kee.

hong kong air asia

sedapnyaaaaaaaaaaaa

Banyak juga menu halal lain yang disediakan di sini seperti ayam kari, sup, kari lembu dan mee kari. Dibuka pada jam 10 pagi sehingga 6 petang, Restoran Wai Kee beroperasi di alamat No 5, Cooked Food Centre, 1st Floor, Bowrington Road Market, Wanchai, Hong Kong.

3. Restoran Ebeneezer’s Kebab & Pizzerria Tsim Sha Tsui

Sekiranya tiba-tiba anda teringin nak makan kebab, nasi beriani, shawarma atau pizza ketika berada di Hong Kong, maka teruslah pergi ke restoran ini. Berdasarkan review-review yang ditulis, kebab yang disediakan di sini memang sedap tak ingat. Satu tak cukup, mesti kena order dua.
hong kong air asia

Kepelbagaian menu di restoran ini cukup menarik kerana ia menyediakan makanan dari Middle East dan juga India. Confirm puas hati. Alamatnya ialah Shop G01C, G/F, Astoria Building, 24-38 Ashley Road, Tsim Sha Tsu, Hong Kong.

4. PappaRich Malaysian Delights
hong kong air asia

Kebiasaannya apabila kita berada di luar negara, keinginan untuk memakan makanan Malaysia akan muncul secara tiba-tiba. Membuak-buak tak boleh tahan. Sekiranya anda berada di Hong Kong, tak perlu risau kerana PappaRich ada di sana. Yeah!!!!

hong kong air asia

hong kong air asia

hong kong air asia

Adui terus terasa nak pergi makan PappaRich. Jadi sekiranya anda berada di Hong Kong, ini alamatnya 4/F, The L. Square, 459-461 Lockhart Road, Causeway Bay, Hong Kong.

5. Restoran Explorer’s Club di Hong Kong Disneyland

Seperti yang Abang Nara katakan di awal artikel ini, memang banyak restoran halal dan makanan halal yang disediakan di dalam Hong Kong Disneyland. Jadi anda tak perlu risau untuk menghabiskan masa sehari suntuk di sini. Lapar je boleh pergi makan. Salah satu yang -cukup popular ialah Restoran Explorer’s Club.

hong kong

salah satu restoran halal di HK Disneyland, Explorer’s Club

Antara menu-menu yang popular di nasi ayam, nasi goreng Malaysia, Shabu shabu dan banyak lagi. Siap boleh pening kepala nak memilih. Yang penting semuanya sedap-sedap belaka.

hong kong

antara menu-menu yang ada di Explorer’s Club

Selain Restoran Explorer’s Club, ada juga restoran yang menyediakan makanan halal di Tahitian Terrace. Malah sekiranya anda tinggal di Disney’s Hollywood Hotel atau Hong Kong Disneyland Hotel, anda juga boleh mendapatkan makanan halal dengan mudah.
hong kong air asia

Sudah pasti anda sekarang dah tiada sebarang kerisauan dan ketakutan untuk terbang ke Hong Kong kan? Dah ready nak cuba makan makanan halal di sana? Sekiranya anda dah ready, Abang Nara ada berita baik untuk anda. Air Asia sekarang sedang mengadakan promosi terbang ke Hong Kong dari Kuala Lumpur dengan hanya RM229 sahaja (all in fare). Inilah masa untuk anda menikmati keindahan, kemodenan dan keunikan Hong Kong pada harga yang berbaloi-baloi. Tempah sekarang dan terbang sehingga 23 November 2017 di www.airasia.com sebelum terlewat. Selamat menikmati keindahan dan kelazatan makanan halal di Hong Kong.

Written by serenity | October 6th, 2015

Semalam, gambar Ridzuan Hashim bersama teman wanita Hans Wong yang menggunakan nama Carmen Emirda di Instagram dan artis hot Fara Mendoza telah menjadi viral kerana orang ramai mempersoalkan mengapa Ridzuan meraikan ulangtahun kelahiran wanita itu di kelab malam memandangkan usianya.
 photo redzuan-has-2.jpg

Hari ini melalui mStar Online, Ridzuan menjelaskan bahawa dia tidak kenal Carmen dan Fara dan hanya bergambar atas permintaan mereka sebagai peminatnya.

Saya ke kelab kerana mahu berjumpa dengan penerbit antarabangsa di sana. Ketika berada dalam kelab terbabit, dua wanita itu memanggil saya kerana mahu bergambar.

Mereka bergambar sebagai peminat. Saya pun tak kenal siapa mereka. Tetapi lain pula jadinya apabila foto itu menjadi viral di internet.

Ridzuan juga menjelaskan orang ramai tidak sepatutnya menjatuhkan hukum bahawa individu yang berada di kelab malam bertujuan untuk berfoya-foya.

Tidak semestinya orang ke kelab malam itu jahat. Saya ke sana pun sekiranya ada urusan-urusan tertentu. Bukan mahu berseronok, apatah lagi saya mempunyai anak-anak yang sudah besar.

Sementara itu, Ridzuan memberitahu yang dia ditawarkan menjalani uji bakat bagi membintangi filem Hong Kong sebagai seorang gengster.

Untuk filem itu saya perlu jadi gengster yang tahu tiga bahasa iaitu Thailand, Myanmar dan Kantonis. Agak mencabar, tetapi saya akan cuba juga.

Selain itu, ada juga beberapa penerbit negara luar mahu saya terlibat dengan filem terbitan mereka namun semua itu masih lagi dalam perbincangan.

Rupanya itulah yang sebenarnya terjadi. Kapsyen yang dimuat naik oleh Carmen telah menimbulkan salah faham dan mungkin kerana itu dia memadam gambar tersebut. Sepatutnya dia memberitahu bahawa dia mengajak Ridzuan bergambar sebagai peminat, bukan begitu?

Ridzuan yang pada masa kini diingati dengan watak ketua gengster bernama King dalam filem ‘KL Gengster’ telah berjaya menarik minat penerbit antarabangsa untuk membintangi filemnya. Diharap Ridzuan akan berjaya terpilih untuk membawakan watak mencabar tersebut. Bersama kita doakan.

Jom saksikan Bangsawan 'Anak Raja Anak Papa' pada 9-11 Oktober 2015 di Auditorium DBKL. Maklumat lanjut sila hubungi 03-26148200/8262 atau fb: mysenibudaya atau layari www.jkkn.gov.my #mysenibudaya #jkknhq

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 30 September 2015