Kes Bunuh Di Taiwan Mencetuskan Protes Besar-Besaran Di Hong Kong Sehingga Kini

Kehidupan

Kes Bunuh Di Taiwan Mencetuskan Protes Besar-Besaran Di Hong Kong Sehingga Kini

Seperti yang diketahui semua, protes di Hong Kong masih lagi berlangsung dan masih belum menemui jalan penyelesaian yang terbaik. Yang terbaru pula, larangan pakai topeng muka ketika protes dikuatkuasakan di Hong Kong.

Untuk anda yang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan macam mana protes ini semua bermula, kami kongsikan ringkasan insiden yang mencetuskan protes besar-besaran di Hong Kong ini.

Advertisement

Rang undang-undang ekstradisi

Semuanya bermula apabila satu kes jenayah dilakukan oleh penduduk Hong Kong di Taiwan. Pada tahun 2018, pasangan kekasih rakyat Hong Kong, Chan Tong Kai dan Poon Hiu Wing bercuti menyambut Hari Valentine di Taiwan.

Menurut rakaman CCTV hotel, hanya teman lelakinya sahaja yang pulang selepas sembilan hari di sana. Sebulan kemudian, Chan mengaku telah membunuh teman wanitanya semasa di Taiwan. Yang menjadi masalahnya, Hong Kong tidak boleh mendakwa Chan kerana jenayah itu dilakukan di Taiwan.

bendera hong kong

Majlis penyerahan Hong Kong pada tahun 1997

Hong Kong juga tidak boleh menghantarnya ke Taiwan untuk dihukum kerana kedua negara ini tidak mempunyai perjanjian ekstradisi. Ekstradisi ni maksudnya pengembalian penjenayah ke negara tempat jenayah dilakukan.

Satu negara dua sistem

Disebabkan masalah daripada kes jenayah tu, Hong Kong cadangkan satu rang undang-undang ekstradisi untuk selesaikan masalah. Tetapi cadangan ini tak disambut baik oleh rakyat Hong Kong. Secara teknikalnya, Hong Kong terletak dalam negara China tetapi mereka mengamalkan konsep ‘satu negara dua sistem‘.

Dan ini akan melibatkan China, negara yang sewenang-wenangnya penjarakan rakyatnya jika mereka tidak menyukai kerajaan. Rakyat Hong Kong juga tidak mahu China mempunyai kuasa pada rakyat mereka. Di situ lah bermulanya protes besar-besaran rakyat Hong Kong.

protes

Kredit: VOX

protes hong kong

Kredit: VOX

Protes besar-besaran

Berdasarkan perjanjian, konsep ‘satu negara dua sistem‘ tidak akan kekal sampai bila-bila. Pada tahun 2047, Hong Kong dijangkakan menjadi sebahagian dari China secara sepenuhnya. Tapi Hong Kong ingin melambatkan proses itu dari berlaku.

protes hong kong

Kredit: Birdy Chu

protes hong kong

Kredit: Birdy Chu

Jika rang undang-undang ini diluluskan, rakyat Hong Kong berasakan ini adalah langkah China untuk mempercepatkan penaklukan pada Hong Kong. Dan disebabkan masih tiada kata putus, protes masih lagi berlanjutan.

Kalau anda nak tahu lebih lagi tentang protes ini, boleh baca kronologi protes yang dilakukan di artikel berkaitan Protes Hong Kong 2019.

Sumber: VOX

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...