“Aku Jadi Penjahat Lah, Takkan Hero Pula” – Rosyam Nor Kongsi Pembabitan Dalam Filem Hong Kong

Hiburan

“Aku Jadi Penjahat Lah, Takkan Hero Pula” – Rosyam Nor Kongsi Pembabitan Dalam Filem Hong Kong

Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor baru-baru ini berkongsi tentang pembabitannya dalam filem terbaharu, G Storm yang turut dibintangi pelakon Hong Kong, Louis Koo.

Rosyam Nor
2 years ago

Rosyam Nor Akui Bukan Mudah Bergelar Juri MLM2021, Pegang Prinsip Amanah & Tak Pilih Kasih

Advertisement

Rosyam berkongsi mengenai wataknya dalam filem tersebut iaitu sebagai ketua penjenayah perdagangan manusia bernama King menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.

Jadi, aku pula jadi jahatlah. Takkan hero pula.

Menurut Rosyam, ia merupakan pertama kali dia berlakon filem Hong Kong dan filem aksi tersebut menceritakan tentang satu pasukan pencegahan rasuah sama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kalau di Malaysia.

Tambah Rosyam lagi, ia sememangnya satu pengalaman yang berharga buatnya apabila dapat bekerjasama dengan produksi dan pelakon antarabangsa.

Rosyam Nor

Bukan itu sahaja, Rosyam memaklumkan yang berlakon dengan syarikat produksi antarabangsa sememangnya berbeza dari segi cara kerja dan sebagainya termasuklah waktu bekerja hanya lapan jam sahaja setiap hari.

Dalam hantaran yang sama, Rosyam turut memuat naik sebuah potongan video beberapa babak dalam filem tersebut yang membabitkan dirinya.

Sekadar info, G Storm adalah filem arahan pengarah, David Lam dan menjadi filem sekuel kepada filem P Storm yang pernah ditayangkan pada tahun 2019.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...