February 21st, 2019

Henry Golding, pelakon kelahiran Sarawak yang semakin popular di Hollywood dikatakan bakal memegang watak James Bond. Desas-desus ini semakin bertiup kencang selepas kontrak Daniel Craig selaku James Bond bakal tamat tidak lama lagi. Walaupun belum diketahui kebenaran desas-desus ini, namun khabar angin sudah cukup untuk mengujakan dan membanggakan rakyat Malaysia.

henry golding james bond

Secara jujurnya, bentuk fizikal Henry Golding memang sangat sesuai untuk membawakan watak James Bond. Akan tetapi Henry telah mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak memberikan sebarang ulasan tentang perkara ini. Kata Henry Golding:-

Saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai hal itu

henry golding james bond

Selepas membintangi filem Crazy Rich Asians dan A Simple Favor, saham Henry Golding sedang naik mencanak-canak di Hollywood. Semoga desas-desus ini akan menjadi kebenaran. Bangga gila kot kalau James Bond adalah dari Malaysia.

September 21st, 2018

Sudah lama Henry Golding, pemuda kacukan Inggeris dan Iban mencipta nama di Malaysia melalui bakat pengacaraan dan peragaan walaupun dia tidak begitu banyak produk lakonan di Malaysia. Namun begitu, kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu.

Berjaya menjadi pelakon utama filem adaptasi dari novel, Crazy Rich Asians, bakat lakonan Henry mendapat perhatian khalayak Hollywood. Filem itu kini mencecah kutipan USD 152 juta di Amerika Syarikat sahaja.

Terbaru, Henry memberitahu di  Instagram bahawa dia akan berlakon dengan pelakon jelita yang mencipta nama melalui watak Daenerys Targaryen  siri televisyen popular, Game of Thrones, iaitu Emilia Clarke.

Henry akan berlakon dengan Emilia dalam filem ‘Last Christmas’ yang akan diarahkan oleh Paul Feig.

Ini dianggap kemajuan yang memberangsangkan untuk Henry yang semakin mendapat tempat di hati peminat filem antarabangsa kerana bakat lakonannya dalam Crazy Rich Asians. Emilia sebelum ini menjadi pelakon utama beberapa buah filem, antaranya Terminator: Genisys dan Me Before You. – beautifulnara.com

September 10th, 2018

Bermula sebagai model, pengacara dan pelakon di Asia sahaja, kini jejaka tampan Henry Golding sudah berjaya mencipta sejarah dalam dunia perfileman Hollywood. Berdarah kacukan Iban- Inggeris dan dilahirkan di Sarawak, nama Henry mula melonjak naik menerusi watak  Nick Young dalam filem sulung lakonannya, Crazy Rich Asian.

Henry mula mendapat perhatian dan hangat diperkatakan rakyat Malaysia apabila beliau muncul sebagai tetamu rancangan bual bicara popular, The Ellen DeGeneres Show dan The Tonight Show Starring Jimmy Fallon. Iyalah, bukan calang-calang orang yang hadir ke rancangan tersebut dan biasanya antara artis Hollywood terkenal sahaja.

Berikut kami sertakan pula biodata Henry :-

Nama : Henry Ewan Golding

Tarikh Lahir : 5 Februari 1987

Tempat Lahir : Betong, Sarawak

Tinggi : 187cm

Status : Sudah mendirikan berkahwin dengan seorang gadis berdarah kacukan Itali-Taiwan pada Ogos lalu.

Untuk pengetahuan anda, Henry membesar di England selama 15 tahun sebelum kembali menetap di Malaysia dan seterusnya Singapura.

Henry pada awalnya mencipta nama sebagai pengacara 8tv Quickie, Welcome To The Railworld Japan (8TV) dan Surviving Borneo (Discovery Channel Asia) sebelum berjaya menembusi pasaran Hollywood.

Tentunya pencapaian beliau kini membuatkan rakyat Malaysia berbangga. Semoga beliau terus berjaya dan dapat terus mengharumkan nama negara.

December 29th, 2014

Abang Nara dah tahu lama dah yang si Emma Maembong ini memang cun. Untunglah Zizan dapat bakal isteri yang termasuk di dalam senarai The 100 Most Beautiful Faces of 2014 yang dikeluarkan oleh portal hiburan dalam talian, TC Candler. Bukan calang-calang juga kedudukan Emma Maembong. Pelakon ini berada di tempat ke 71. Power!!!

emma maembong

Antara yang ditewaskan oleh Emma Maembong ialah bintang-bintang Kpop seperti IU, Yoona, Mila Kunis dan juga Scarlet Johansson. Selain daripada Emma Maembong, Henry Golding turut sama tersenarai di tangga ke 67 di dalam senarai 100 Most Handsome Faces of 2014 yang dikeluarkan oleh portal hiburan yang sama. Hanya mereka berdua sahaja dari Malaysia yang tersenarai di dalam senarai yang ke-25 tahun sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1990
emma maembong

Tahniah diucapkan kepada Emma Maembong dan Henry Golding. Semoga tahun depan akan lebih ramai selebriti tanah air yang masuk dalam senarai. Kecantikan dan kehenseman rakyat Malaysia sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Tahniah!!!

P.S: Panduan ketika banjir