Bermula sebagai model, pengacara dan pelakon di Asia sahaja, kini jejaka tampan Henry Golding sudah berjaya mencipta sejarah dalam dunia perfileman Hollywood. Berdarah kacukan Iban- Inggeris dan dilahirkan di Sarawak, nama Henry mula melonjak naik menerusi watak Nick Young dalam filem sulung lakonannya, Crazy Rich Asian.
Henry mula mendapat perhatian dan hangat diperkatakan rakyat Malaysia apabila beliau muncul sebagai tetamu rancangan bual bicara popular, The Ellen DeGeneres Show dan The Tonight Show Starring Jimmy Fallon. Iyalah, bukan calang-calang orang yang hadir ke rancangan tersebut dan biasanya antara artis Hollywood terkenal sahaja.
Berikut kami sertakan pula biodata Henry :-
Nama : Henry Ewan Golding
Tarikh Lahir : 5 Februari 1987
Tempat Lahir : Betong, Sarawak
Tinggi : 187cm
Status : Sudah mendirikan berkahwin dengan seorang gadis berdarah kacukan Itali-Taiwan pada Ogos lalu.
Untuk pengetahuan anda, Henry membesar di England selama 15 tahun sebelum kembali menetap di Malaysia dan seterusnya Singapura.
Henry pada awalnya mencipta nama sebagai pengacara 8tv Quickie, Welcome To The Railworld Japan (8TV) dan Surviving Borneo (Discovery Channel Asia) sebelum berjaya menembusi pasaran Hollywood.
Tentunya pencapaian beliau kini membuatkan rakyat Malaysia berbangga. Semoga beliau terus berjaya dan dapat terus mengharumkan nama negara.

otak bebal
September 12, 2018 at 2:43 pm
melayu ke…bukan melayu ke..
mmg mereka ni takkan suka.
biasa lah otak melayu kan penuh dengan hasad dengki..
ke sana ke sini dengki dengan kejayaan orang.
bila mereka sendiri Berjaya pula..bukan main ke sana ke sini menunjuk.
well…nama pun dah melayu.
tak caya?? pergi tengok cermin .. you!
Anonymous
September 13, 2018 at 5:36 am
Org kafir selagi tak kacau akidah org Islam n menentang org Islam kenapa nk dihina?????
Anonymous
September 12, 2018 at 8:59 am
nasib baik bukan warga kelantan haha
Anonymous
September 12, 2018 at 8:57 am
Sarawak banyak wajah exotic..even if xda kacukan pon..sabah pun sma ..wajah2 exotic..