Henry Golding Bakal Bergandingan Dengan Emilia Clarke Dalam Projek Terbaru

Hiburan

Henry Golding Bakal Bergandingan Dengan Emilia Clarke Dalam Projek Terbaru

Sudah lama Henry Golding, pemuda kacukan Inggeris dan Iban mencipta nama di Malaysia melalui bakat pengacaraan dan peragaan walaupun dia tidak begitu banyak produk lakonan di Malaysia. Namun begitu, kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu.

Berjaya menjadi pelakon utama filem adaptasi dari novel, Crazy Rich Asians, bakat lakonan Henry mendapat perhatian khalayak Hollywood. Filem itu kini mencecah kutipan USD 152 juta di Amerika Syarikat sahaja.

Advertisement

Terbaru, Henry memberitahu di  Instagram bahawa dia akan berlakon dengan pelakon jelita yang mencipta nama melalui watak Daenerys Targaryen  siri televisyen popular, Game of Thrones, iaitu Emilia Clarke.

Henry akan berlakon dengan Emilia dalam filem ‘Last Christmas’ yang akan diarahkan oleh Paul Feig.

Ini dianggap kemajuan yang memberangsangkan untuk Henry yang semakin mendapat tempat di hati peminat filem antarabangsa kerana bakat lakonannya dalam Crazy Rich Asians. Emilia sebelum ini menjadi pelakon utama beberapa buah filem, antaranya Terminator: Genisys dan Me Before You. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...