Written by Bella | July 6th, 2018

Dikatakan sudah lama rancang untuk menggunakan isu depresi sebagai gimik bagi mempromosikan lagunya, penyanyi Haqiem Rusli yang dikecam teruk oleh netizen yang merasa tertipu tampil menjelaskan perkara sebenar dalam satu sidang media khas yang diadakan malam semalam.

Haqiem menegaskan beliau tidak pernah menipu berhubung masalah kemurungan yang dialaminya meskipun beliau belum pernah berjumpa ataupun mendapat pengesahan berhubung sakit itudaripada doktor. Ini bukanlah gimik seperti yang disangka ramai.

Sejujurnya, saya mengalami kemurungan ringan seperti insomnia, kerja berlebihan dan berat badan tidak stabil. Sejak populariti lagu Tergantung Sepi lagi, saya berdepan banyak kecaman. Setiap hari, beribu-ribu orang mengkritik dan mengutuk, mengatakan muka saya tak kacak, berjerawat dan menyanyi tidak sedap.

Orang beranggapan, apa yang saya lakukan ini gimik sepenuhnya. Ia bukan gimik kerana berdasarkan pemahaman sendiri, memang saya alami tekanan. Saya juga merujuk kepada rakan yang pernah berdepan masalah ini dan kata mereka, saya alami ‘mild depression’.

Haqiem juga turut membuat permohonan maaf atas segala kontroversi yang berlaku susulan tindakan beliau yang mengumumkan keputusan untuk berhenti menyanyi sebelum ini.

Malah, Haqiem meminta rakyat Malaysia memberikannya peluang kedua dan tidak lagi mengecam dirinya. Tambahnya, beliau akan berjumpa dengan pakar psikiatri untuk menjalani pemeriksaan lanjut berhubunga isu kemurugannya itu.

Sumber Berita & Video : BH ONLINE

Kredit Foto : Astro Awani

Written by Bella | July 5th, 2018

Belum lagi reda dengan isu gimik depresi yang sengaja dirancang dan membangkitkan kemarahan ramai, kini Haqiem Rusli didakwa mencuri idea penyanyi Sufie Rashid untuk menghasilkan single terbarunya.

Menurut Sufie, Haqiem tidak mendapatkan keizinannyas sebagai penyusun muzik asal  untuk menggunakan ‘intro’ lagu barunya Selamat Tinggal Sayang. Difahamkan, Sufie hanya membuat demo untuk penyanyi remaja itu sekitar tahun lalu dan tidak sangka Haqiem akan menggunakannya untuk lagu tersebut.

Sufie bukanlah mahu sengaja mahu meraih publisiti ataupun menuntut bayaran tetapi hanya ingin Haqiem meminta izinnya dengan mengikut prosedur yang betul.

Apabila ramai yang berkongsi lagu itu di media sosial, saya pun dengarkannya. Memang tak sangka susunan muzik yang saya buat dalam bentuk demo untuknya, dijadikan ‘intro’ untuk lagu baru itu. Sebelum dia menempa nama seperti hari ini, selalunya dia akan buat demo dengan menggunakan gitar. Satu hari, dia beritahu saya yang dia nak buat demo yang lebih ‘proper’, jadi saya susun semula lagu itu dan mainkan dengan piano.

Saya tak tahu sama ada ini salah Haqiem sendiri atau pihak pengurusannya. Kalau dia minta izin untuk gunakan demo yang saya buat itu atau kredit nama sebagai penyusun, tak jadi masalah. Ini tidak. Murah sangatlah kalau sekadar curi idea orang lain dan kredit nama sendiri.

Lepas satu isu timbul pula isu lain melibatkan Haqiem Rusli. Tak silap kami sebelum ini Haqiem pernah terlibat dengan kontroversi tuduh Asfan ciplak lagunya, harini beliau pula dituduh sedemikian.  Harapnya beliau tidak hanya berdiam diri dan tampil menjelaskan perkara sebenar. Betul ke curi idea orang lain untuk hasilkan lagu baru,ataupun kali ini anda masih tidak tahu apa yang berlaku juga macam kes program FB Live beberapa hari lalu? Hmmph..

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | July 4th, 2018

Mengalami masalah tekanan perasaan gara-gara kecaman yang dilemparkan kepada dirinya, penyanyi Haqiem Rusli sebelum ini mengumumkan keputusannya untuk berhenti dari bidang nyanyian.

Ketika itu ramai juga rakan artis yang memberikan kata-kata semangat agar Haqiem tidak mudah mengalah kerana baru sahaja ingin menapak dalam industri muzik.

Terbaru, Haqiem menerusi akaun Twitternya memberitahu beliau sudah membuat keputusan untuk meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi selepas mendapat sokongan yang luar biasa daripada pemiantnya.  Beliau turut memohon maaf atas kenyataannya sebelum ini yang mencetuskan pelbagai spekulasi.

Harapnya Haqiem selepas ini akan memperbaiki dirinya dan tidak mudah membuat keputusan berdasarkan emosi lagi. Semoga terus sukses.

Written by Bella | June 22nd, 2018

Penyanyi yang masih muda dan sedang meningkat naik namanya, Haqiem Rusli baru-baru ini mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan bakal bersara daripada bidang seni selepas mengalami kemurungan yang teruk.

Tidak cukup dengan isu itu, muncul pula seorang individu yang mendedahkan sikap serta perangai buruk Haqiem yang dilabelkan sebagai seorang yang berlagak. Tuduhan yang dibuat di akaun Twitter itu menjadi bualan hangat netizen dan timbul lagi pelbagai spekulasi liar.

Menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada dirinya, Haqiem memberitahu beliau sebagai manusia biasa yang tidak sempurna mungkin ada melakukan kesilapan. Namun, adakah kesilapan itu terlalu besar sehingga beliau dihakimi serta dihukum dengan teruk. Haqiem tidak mahu netizen terus meghinanya lagi.

Terdahulu, Haqiem menerusi akaun Instagramnya  seakan memberikan bayangan mahu berhenti menyanyi dan mengalami kemurungan sejak awal tahun ini.  Namun, segalanya masih dalam pertimbangannya dan akan membuat keputusan mengenai kariernya itu pada Julai ini.