Written by Bella | March 27th, 2018

Spekulasi cinta Datuk Hans Isaac dan Neelofa beberapa hari lepas hangat dibicarakan di media sosial gara-gara foto pertemuan mereka di Genting Highlands. Tidak mahu netizen terus salah faham, Hans mengatakan perkara itu cuma kebetulan sahaja.

Bagaimanapun, Hans akui beliau dan Neelofa sering keluar bersama sebagai seorang kawan dan hanya atas dasar kerja.

Video yang tular itu berlaku sebelum konsert berlangsung. Kami bertemu di restoran yang sama dan kebetulan meja penuh. Disebabkan mahu cepat, kami pun berkongsi meja. Gambar yang tersebar itu diambil oleh seorang teman, bukannya daripada telefon kami.

Apa yang berlaku hanyalah salah faham. Jujurnya, kami memang selalu keluar bersama.Kadang-kadang kami berbincang pasal kerja. Cuma orang tak tahu yang kami berjumpa atas dasar kerja dan menganggap saya dan Lofa keluar ‘dating’.

Walau apapun yang berlaku antara saya dan Lofa sebelum ini, kami tetap berkawan baik. Bukan dengan Lofa saja, tetapi mana-mana wanita yang pernah dikaitkan dengan saya sebelum ini, kecuali seorang. Saya tahu macam mana dirinya dan saya kenal hati budi Lofa.

Bukan mudah untuk bekas kekasih menjadi kawan baik bukan? Mungkin Hans dan Neelofa boleh jadi contoh kepada orang lain diluar sana untuk tidak terus bersengketa dan “move on” dengan percintaan lalu.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | March 22nd, 2018

Gara-gara tersebarnya foto Neelofa dan Datuk Hans Isaac menikmati makan malam bersama rakan mereka di Genting Highlands , mereka berdua sekali lagi digosipkan menyambung semula percintaan mereka selepas berpisah beberapa tahun lalu.

Netizen mula tertanya adakah perasaan cinta dalam hati masing-masing sudah kembali berputik ataupun sekadar teman tapi mesra? Apa komen Neelofa?

Bagaimana saya nak adakan benda yang tidak ada? Anda beritahu saya. Apa pun yang terjadi, saya dan Hans tetap berkawan. Dia kahwin ke, saya kahwin ke atau saya ada orang lain, kami tetap akan menjadi kawan sampai bila-bila.

Menjayakan projek bersama atau bekerja, itu akan selalu terjadi. Tetapi, saya dan Hans tahu bagaimana untuk meletakkan batas. Kawan dan keluarga menyaksikannya, malah mereka tahu perkara itu. Mereka menghormati persahabatan kami.

Tidak dinafikan mereka cukup sepadan sebagai pasangan kekasih. Namun, Hans sebelum ini ada memberitahu beliau belum bersedia dan memerlukan masa untuk merawat luka di hatinya selepas putus tunang dengan Gabriella Robinson . Apa-apa pun, soal jodoh tidak boleh diramal.

Sumber Berita : BH ONLINE