June 9th, 2013

Selaku aktivis yang turut membantu kemenangan Pakatan Rakyat (PR), pelakon Hairie Othman betul-betul rasa kecewa apabila dirinya tidak dipedulikan lagi apabila selesai Pilihan Raya Umum Ke-13 5 Mei lalu.

Beliau mengakui sudah sebulan tidak menerima apa-apa panggilan atau jemputan ceramah dari mana-mana pihak dalam PR. Ujarnya dengan nada kesal:

Tidak ada jemputan bermakna saya tidak ada pendapatan.

Baru-baru ini di akhbar Warta Perdana, pelakon Hairie Othman mendakwa sebelum pilihanraya, dia rancak dipanggil oleh mereka untuk memberikan ceramah tentang PR kepada umum lantas memberinya peluang pendapatan.

Sejak menyertai PAS dia tidak lagi dipanggil berlakon dan meninggalkan lakonan yang menjadi sumber pendapatannya sebelum ini dan menumpukan kepada membantu PR memenangi pilihanraya.

Sejak menyertai PAS, Hairie meninggalkan bidang lakonan yang menjadi sumber pendapatan selama ini kerana memberi tumpuan membantu PR menghadapi PRU 13. Sebagai ketua keluarga, berkata dia mempunyai tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak dan isteri seperti membeli keperluan dapur bayar ansuran kereta dan sebagainya dan semua keperluan itu dapat dipenuhi apabila sering dipanggil berceramah oleh PR.

Mengaku tidak menang tangan dibawa menjelajah ke seluruh pelosok tanah air membantu ceramah PR, pendapatannya ketika itu mampu menyara keluarga. Namun kata Hairie:

Saya pelik sebaik selesai PRU 13, PR tidak lagi hubungi saya, padahal mereka diberi mandat memerintah Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Dia berkata dia tidak boleh berterusan begini sebaliknya perlu melakukan sesuatu demi kelangsungan hidup keluarganya. Katanya:-

Saya berharap kerajaan PR perlu mengotakan segala janjinya sepanjang berkempen dahulu untuk membantu rakyat dan memberi peluang pekerjaan kepada saya mengendalikan apa jua program kerajaan di Selangor.

Kata Hairie lagi, kerajaan PR perlu beri beliau peluang menjalankan apa-apa projek seperti tender potong rumput atau apa saja kerja yang boleh mendatangkan punca pendapatan.

Malah menurutnya, sejak menjadi penceramah tetap PR Hairie seolah-olah disenarai hitamkan dalam bidang seni dan sejak itu tidak menerima sebarang tawaran berlakon dari mana-mana penerbit.

Beliau sanggup mengambil risiko meninggalkan bidang seni yang menjadi sumber pendapatannya selama ini kerana yakin dengan kekuatan PAS dan PR mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Sangkaan saya meleset sama sekali, BN masih diterima rakyat pada PRU13 lalu. Harapan saya cuma minta kerajaan PR berikan sesuatu job pada saya.

Hairie mula berkempen membantu jentera pilihanraya PR sebaik menyertai PAS pada 2011 dan kemuncaknya pada kempen PRU13 beliau diberi tugasan berceramah empat kali sehari.

Sebagai aktivis Pakatan, saya di hantar berceramah dan berkempen di seluruh negara bagi membantu calon PR, tidak kira PAS, DAP atau PKR. Saya berkempen dua tempat pada waktu siang dan dua tempat pada waktu malam, berlarutan sehingga ke pagi.

Sewaktu berkempen beliau tidak mendapat tidur secukupnya demi membantu kemenangan calon PR.

Tetapi apabila mereka sudah menang dan berjaya membentuk tiga kerajaan negeri di Selangor,Kelantan dan Pulau Pinang,diri saya seolah-olah tidak dipedulikan lagi.

Secara sinis Hairie berkata,siapalah dirinya, hanya aktivis PR sahaja, bukannya wakil ADUN atau wakil Ahli Parlimen.

Sebab itulah saya tidak dipedulikan.

Pada pendapat kami, Hairie patut melakukan sesuatu untuk mendapatkan sumber pendapatan tanpa perlu bergantung harap pada PR. Apa pendapat anda?

November 27th, 2012

Dalam kesenyapan, rupa-rupanya Hairie Othman sudah pun berkahwin dengan gadis pilihan hatinya, Dalia Diyana. Terima kasih kepada seorang pembaca yang sudi berkongsi info ini dengan Abang Nara. Kedua-dua mempelai nampak sama cantik dan sama padan.

gambar kahwin Hairie Othman

Semoga masjid yang dibina ini akan berkekalan sehingga ke hujung hayat. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Hairie dan Dalia. Pasti seronok hidup berdua lebih-lebih lagi di kala musim hujan ini. Tak ke gitu?

gambar kahwin hairie othman

7 keping lagi gambar perkahwinan Hairie Othman dan Dalia Diyana dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Momentlicious Photography.

P.S: Terowong rahsia ke Gaza dibina semula.

gambar kahwin Hairie Othman
gambar kahwin Hairie Othman
gambar kahwin Hairie Othman
gambar kahwin Hairie Othman
gambar kahwin Hairie Othman

gambar kahwin Hairie Othman

September 15th, 2012

Susulan kenyataan yang agak keras daripada Zed Zaidi tentang artis yang dibayar lumayan untuk memburukkan kerajaan, Hairie Othman tampil membalas kata-kata yang dikeluarkan oleh Presiden Seniman itu. Menurut Hairie Othman, Zed Zaidi seperti menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri. Kalau anda tak faham peribahasa ini, silalah tanya cikgu Bahasa Melayu anda.

hairie othman

Kata Hairie Othman:-

Dia cakap macam itu sebab dia melihat diri dia sendiri agaknya dan dia fikir semua orang berfikiran sama macam dia. Kalau tidak, masakan dia mengakui, artis tidak akan membuat sesuatu dengan percuma. Kalau artis atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Seniman contohnya hendak menyebelahi Umno, tak apa pula, tetapi bila ada yang sokong pihak lain tak bolehkah? Seniman sendiri juga digunakan Umno, tetapi itu pendirian Seniman.

Bagi Abang Nara senang je. Kedua-dua mereka ini ada pendapat dan pegangan mereka sendiri. Selagi rasa betul, go on jerlah dengan apa-apa yang anda hendak lakukan. Jangan sampai menyusahkan rakyat marhaen seperti Abang Nara ini sudahlah. Tak ke gitu? Kredit info Selangor2U.

P.S: Gambar sekitar protes terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina Islam

July 26th, 2010

hairie othman

Lama betul tak dengar cerita Hairie Othman nie kan? Tup-tup minggu lepas Abang Nara dapat satu email daripada seorang pembaca yang sudi berkongsikan gambar Hairie bersama seorang gadis. Meh Abang Nara copy pastekan email yang ditulis:-

[note]Saya terjumpa gambar ini semasa melawat facebook kawan cousin saya.. gambar seorg wanita bersama Hairie Othman masa birthday partynya tahun ni.. nama wanita tuh Dalia Diyana.. dan mengikut caption gambar2 lain hairie dipanggil Mr. Grumpy sebagai nama manja.. tp tak pasti betul ke tidak.. just nak sharing2… sharing is caring.. :)[/note]

Abang Nara sebenarnya tak berapa ingat sama ada Hairie Othman nie dah kahwin ke belum. Lagipun lama sangat tak dengar khabar berita pasal dia. Kalau belum kahwin dan kalau betullah gambar di atas adalah gambar kekasihnya, Abang Nara doakan kebahagiaan buat mereka berdua.

Tak ada gosip yang hangat pun dalam artikel ini, cuma sekadar berkongsi sesuatu yang mungkin adalah kegembiraan yang tak terhingga buat Hairie Othman.

Lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

hairie othman

hairie othman