October 29th, 2018

Ramai yang terkejut apabila Zamani gagal melontarkan suaranya semalam di Konsert Gegarvaganza minggu ke 5. Penyanyi kumpulan Slam ini sepatutnya menyanyikan lagu¬†‘Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta’ namun hanya diam dan kaku di atas pentas. Susulan itu, Zamani seharusnya tersingkir namun penaja GV5 iaitu Datuk Aliff Syukri telah pun menggunakan kuasa imuniti miliknya untuk mengekalkan penyanyi tersebut.

zamani gv5

Pasti ramai yang tertanya-tanya punca sebenar Zamani gagal menyampaikan tugasannya semalam. Perkara sebenar telah pun dijelaskan oleh juri tetap, Datuk Ramli MS. Menurut Datuk Ramli MS, Zamani telah pun menunjukkan masalah suara ketika malam latihan. Kata beliau:-

Zamani memang sudah sakit dan peti suara dia betul-betul dah koyak sebelum malam sesi latihan lagi. Saya dah cuba turunkan not lagu tersebut namun dia masih tidak boleh menyanyi. Malam ni dia memang tak boleh langsung tapi dia tetap mahu meneruskan persembahan. Sebab itu bila dia cuba nak menyanyi, suara dah tak keluar sebab semakin teruk

Kekecohan semakin hangat apabila pengurus Zamani iaitu Johan Aziz telah memuatnaik satu status di Facebooknya yang menyatakan penyanyi tersebut ingin menarik diri namun tidak diendahkan oleh pihak produksi Gegarvaganza.

zamani gv5

Apa pun, kita doakan agar peti suara Zamani akan semakin pulih untuk persembahan minggu hadapan. Kalau benar-benar tak mampu, cubalah berbincang sekali lagi dengan pihak produksi. Kegagalan membuat persembahan pastinya sedikit sebanyak memberi impak kepada nama ‘legend’ Zamani. Sama-sama kita doakan yang terbaik.

Advertisement
September 19th, 2018

Seperti biasa setiap tahun pasti ramai yang menantikan program Gegar Vaganza, pada awalnya ada juga yang tertanya kenapa tahun ini promosinya tidak sehangat seperti tahun-tahun sebelum ini? Peminat tegar mula kecewa mungkinkah musim seterusnya tidak akan diteruskan?

Setelah sekian lama menanti, akhirnya hari ini pihak Astro mengumumkan Gegar Vaganza akan kembali untuk musim kelima.

Bakal bersiaran bermula 30 September ini, senarai peserta yang terlibat untuk GV 5 boleh tahan hebatnya. Buat pertama kali juga, program itu menampilkan kelainan apabila mengetengahkan penyanyi berkumpulan sebagai peserta iaitu Elite, Forteen dan duo, Billy Zulkarnain yang pastinya akan memberikan persaingan yang hebat terhadap peserta solo.

Antara artis lain yang bakal menggegarkan pentas GV 5 ialah Hetty Sarlene, Farahwahida, Noryn Aziz, Dia Fadila, Safura Yaacob, Maya Matahari ,Amelina,  Zamani (Slam) serta Shafie (Rio). Memang bukan calang-calang kesemuanya.

Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih kekal sebagai pengacara manakala Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap.

Wow, memang teruja betul kami ingin melihat persembahan daripada kesemua peserta, korang pula macam mana? Siapa peserta kegemaran korang?

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : Astro Gempak & Hlive

Advertisement