Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Diam & Kaku Ketika Konsert GV5, Peti Suara Zamani Koyak

Ramai yang terkejut apabila Zamani gagal melontarkan suaranya semalam di Konsert Gegarvaganza minggu ke 5. Penyanyi kumpulan Slam ini sepatutnya menyanyikan lagu ‘Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta’ namun hanya diam dan kaku di atas pentas. Susulan itu, Zamani seharusnya tersingkir namun penaja GV5 iaitu Datuk Aliff Syukri telah pun menggunakan kuasa imuniti miliknya untuk mengekalkan penyanyi tersebut.

zamani gv5

Advertisement

Pasti ramai yang tertanya-tanya punca sebenar Zamani gagal menyampaikan tugasannya semalam. Perkara sebenar telah pun dijelaskan oleh juri tetap, Datuk Ramli MS. Menurut Datuk Ramli MS, Zamani telah pun menunjukkan masalah suara ketika malam latihan. Kata beliau:-

Zamani memang sudah sakit dan peti suara dia betul-betul dah koyak sebelum malam sesi latihan lagi. Saya dah cuba turunkan not lagu tersebut namun dia masih tidak boleh menyanyi. Malam ni dia memang tak boleh langsung tapi dia tetap mahu meneruskan persembahan. Sebab itu bila dia cuba nak menyanyi, suara dah tak keluar sebab semakin teruk

Kekecohan semakin hangat apabila pengurus Zamani iaitu Johan Aziz telah memuatnaik satu status di Facebooknya yang menyatakan penyanyi tersebut ingin menarik diri namun tidak diendahkan oleh pihak produksi Gegarvaganza.

zamani gv5

Apa pun, kita doakan agar peti suara Zamani akan semakin pulih untuk persembahan minggu hadapan. Kalau benar-benar tak mampu, cubalah berbincang sekali lagi dengan pihak produksi. Kegagalan membuat persembahan pastinya sedikit sebanyak memberi impak kepada nama ‘legend’ Zamani. Sama-sama kita doakan yang terbaik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

108 Comments

  1. Anonymous

    October 30, 2018 at 1:43 pm

    abg kene sihat semula & bersemangat…pastu wat comeback dgn slam, buat lagu baru sedap2….pastu wat konsert…insyaallah peminat sentiasa menunggu…harap semangat abg kuat kembali berisi & sihat…jgn lupa sentiasa redha & ingat allah…

    skrg ni abg belum btul2 ready, kesihatan abg sgt2 menggangu konsentrasi abg, nmpk abg xley fokus…harap abg dgrla nasihat kami ni…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top