Written by AbangNara | January 17th, 2013

Pasti ramai peminat Kpop yang kecewa tidak dapat menghadiri majlis gilang-gemilang, Golden Disk Awards yang telah pun berakhir semalam. Abang Nara dengar cerita memang happening betul persembahan yang diberikan oleh artis-artis yang hadir.

kpop

Antara pemenang besar untuk Golden Disk Awards yang ke 27 ini ialah Big Bang dan Psy yang dinobatkan dengan anugerah Song of The Year menerusi lagu Oppa Gangnam Style. Berikut ialah keputusan penuh untuk tatapan anda semua.

Song of the Year
Psy

Golden Disk Award Song Division
T-ARA, SISTAR, 2NE1, Big Bang, K.Will, Secret, G-Dragon, PSY

New Rising K-Pop Star
B.A.P, Lee Hi, Ai Lee

Single Album of the Year
Teen Top

Best HIP HOP Star
Epik High

MSN International Award
Big Bang

Galaxy Star Award
SISTAR

CeCi Popularity Award
G-Dragon (Big Bang)

InStyle Fashionista Award
Lee Hongki

ALBUM OF THE YEAR
Sexy, Free and Single by SUPER JUNIOR

GOLDEN DISK AWARD ALBUM DIVISION
INFINITE, B1A4, CN Blue, 4Minute, BEAST, KARA, Super Junior, SHINee

NEW RISING K-POP STAR
EXO-K dan Juniel

MSN SOUTHEAST ASIA AWARD
Super Junior

JTBC BEST ARTISTE
BEAST

MALAYSIA’S MOST FAVORITE
CN Blue dan KARA

NEXT GENERATION STAR
BTOB

MOST POPULAR STAR
SHINee

PRODUCER OF THE YEAR
FNC Entertainment

BEST DANCE PERFORMANCE
‘TroubleMaker’ (HyunA & Hyun Seung)

BEST GROUP PERFORMANCE
INFINITE

kpop

Dengar ceritanya lagi ramai jejaka-jejaka yang terlopong mulut melihat kecantikan dan keseksian kumpulan-kumpulan penyanyi wanita Korea membuat persembahan. Jangan lepas ini ada yang cuba mencari gadis Korea untuk dijadikan awek/bini sudahlah. Kang tak pasal-pasal saham gadis Melayu menurun pulak.

kpop

Mungkinkah tahun depan Golden Disk Awards ini akan diadakan sekali lagi di Malaysia? Siapa tahu kan? Lebih-lebih lagi dengan sambutan meriah yang ditunjukkan oleh peminat Kpop Malaysia. Namun Abang Nara sebenarnya lebih teruja menanti kehadiran Running Man ke Malaysia berbanding artis-artis Korea yang lain. Kalau Running Man datang, confirm Abang Nara akan tunggu di KLIA.
kpop88 lagi gambar sekitar Golden Disk Awards yang ke 27 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar MSN Malaysia.

 
Written by AbangNara | January 9th, 2013

Oh yeah ~~~~~ Berita baik kepada semua Kpop lovers. Ini adalah peluang sekali seumur hidup anda untuk memenangi tiket ke majlis gilang-gemilang Golden Disk Awards ke 27 di mana Samsung adalah penaja utama yang bakal berlangsung pada 15 & 16 Januari ini di Sepang International Circuit.

samsung galaxy gda

Abang Nara memang super excited sebab nak jumpa member lama iaitu tak lain tak bukan G-Dragon. Dah lama tak jumpa berborak dengan dia. Dulu selalu lepak kat kedai makan sama-sama lepas dia habis show. Rindu pulak kat si G-Dragon nie. Abang Nara pasti korang pun nak tahu cara nak dapatkan tiket bernilai RM688 secara percuma kan?

samsung galaxy gda

Meh sini Abang Nara bagi contoh. Abang Nara nak upload video Kpop memanglah tak reti kan. Jadi Abang Nara ushar-ushar Samsung K-pop Facebook App dan tengok video mana yang paling menarik hati. Jadi kat video itu, kita kena bagi komen yang membina kepada mereka. Bagi semangatlah senang cerita.

samsung galaxy gda

Senang je kan? Takkanlah untuk dapatkan tiket bernilai RM688 pun korang tak boleh lakukan benda senang nie. Takkan korang nak lepaskan peluang menghadiri majlis anugerah industri hiburan Korea yang paling besar? Hampir kesemua nama-nama besar akan turun padang berkumpul di Malaysia buat pertama kalinya.

samsung galaxy gda

Abang Nara dah buat dah kesemuanya. Kalau Abang Nara menang, bolehlah melepaskan kerinduan melihat tarian hebat artis-artis Kpop. Dah lama rasanya tidak melihat kehebatan tarian dan nyanyian artis-artis Korea secara live. Showmanship mereka pasti akan sangat awesome lebih-lebih lagi si G-Dragon tue.

samsung galaxy gdaJumpa anda di Golden Disk Awards nanti!!!