Written by Bella | March 15th, 2019

Penyampai radio Hot FM menerusi segmen Geng Pagi Hot yang dikendalikan oleh Shuk, Fizie dan Shuib Sepahtu semalam menerima kritikan ramai apabila didakwa mengeluarkan kenyataan tidak sensitif mengenai isu pencemaran kimia di Pasir Gudang, Johor Bahru.

Ketika menemubual Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkaitan kes pencemaran kimia di Sungai Kim Kim yang semakin kritikal sehingga mengakibatkan 111 buah sekolah diarah tutup serta-merta, salah seorang penyampai telah berjenaka tentang perkara itu.

Antara kata-katanya berbunyi Kenapalah konti kita bukan dekat Johor. Kalau tak mesti dah cuti.”

Tentu sekali  ia membangkitkan kemarahan netizen, kenapa musibah yang berlaku dijadikan bahan lawak pula. Seolah-olah mempersendakan kejadian yang mengancam nyawa itu.

Susulan itu, stesen radio Hot FM menerusi akaun Twitternya membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kata-kata penyampainya itu.  Pihak Hot FM mengambil serius dan menghargai setiap teguran daripada pendengar yang prihatin berkenaan isu tersebut.

Hot FM juga mendoakan agar semua yang terkesan akibat musibah berkenaan berada dalam keadaan selamat dan tabah menghadapi dugaan itu.

Written by Bella | March 14th, 2019

Insiden pencemaran dari pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor cukup kritikal sekarang ini. Ramai yang menjadi mangsa akibat terhidu gas beracun sehingga mengalami sesak nafas, muntah,pening dan loya. Kandungan gas metana yang terlalu tinggi dalam udara juga boleh membawa maut.

Dikala rakyat Malaysia sedang bimbang dengan situasi darurat tersebut, Suhaimi Saad sekali lagi mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi.

Umum mengetahui kebanyakkan mangsa pencemaran gas beracun itu adalah pelajar sekolah, kata Suhaimi, sudah terbukti bahawa suntikan vaksin tidak dapat mengurangkan penyebaran penyakit.

Kenyataan itu sekali lagi mengundang kecaman netizen, mereka tidak faham mengapa Suhaimi terus hendak mencetuskan provokasi kerana bahan kimia tiada kaitan langsung dengan suntikan vaksin.

Pada mereka, Suhaimi sangat tidak sensitif dengan perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden di Pasir Gudang. Tidak elok untuk mengeluarkan kata-kata mengarut seperti itu dikala ramai yang sedang bersedih.

Kalau tiada perkara baik yang hendak diperkatakan, lebih baik diam. Sepatutnya dalam keadaan seperti ini, kita harus mendoakan keselamatan mereka yang terlibat dalam insiden tersebut.