Penyampai radio Hot FM menerusi segmen Geng Pagi Hot yang dikendalikan oleh Shuk, Fizie dan Shuib Sepahtu semalam menerima kritikan ramai apabila didakwa mengeluarkan kenyataan tidak sensitif mengenai isu pencemaran kimia di Pasir Gudang, Johor Bahru.
Ketika menemubual Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkaitan kes pencemaran kimia di Sungai Kim Kim yang semakin kritikal sehingga mengakibatkan 111 buah sekolah diarah tutup serta-merta, salah seorang penyampai telah berjenaka tentang perkara itu.
Antara kata-katanya berbunyi “Kenapalah konti kita bukan dekat Johor. Kalau tak mesti dah cuti.”
Tentu sekali ia membangkitkan kemarahan netizen, kenapa musibah yang berlaku dijadikan bahan lawak pula. Seolah-olah mempersendakan kejadian yang mengancam nyawa itu.
Susulan itu, stesen radio Hot FM menerusi akaun Twitternya membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kata-kata penyampainya itu. Pihak Hot FM mengambil serius dan menghargai setiap teguran daripada pendengar yang prihatin berkenaan isu tersebut.
Hot FM juga mendoakan agar semua yang terkesan akibat musibah berkenaan berada dalam keadaan selamat dan tabah menghadapi dugaan itu.
Mia
March 16, 2019 at 1:15 am
Baik dgr lite & easy.. mmg fav radio station..
unknown
March 15, 2019 at 12:14 pm
baik dengar any english channel.. banyak information and knowledge bukan lawak semata2..
Anonymous
March 15, 2019 at 11:50 am
relevan lagi ke hot fm ni dahla buat lawak merapu2 pastu sendiri buat lawak yang ntah2apa sendiri ketawa padahal bende tu x kelakar kot. baik dgr best fm banyak info n penyampai nye pon byk bagitau update2 n info2 terkini, iklan pon kurang, takdelaa lagu asek yg same aje diulang2 mcm era fm. erghhh
siti kasimah buti
March 15, 2019 at 12:00 pm
Tu ah. macam dah tak relevant ja.memang la ikut statistik, pendengar Hot Fm paling tinggi, tapi statistik semua tu boleh dimanipulasi.
Hayrin Matahir
March 15, 2019 at 7:18 pm
KAN. LAGU BARU-BARU JUGA KAN..
Huhuhaha
March 15, 2019 at 11:27 am
Errr… Benda ni jd pg ni ke? Hari ni kan jumaat, johor cuti. Dia maksudkan akan cuti klu keja kat johor sbb hari jumaat. Bukan sbb kes pencemaran tu. Adoi la…. Apa ke hal sebsitip ikut kepala lutut ni… Klu xde kes tu pun jumaat mmg cuti kat johor…. Memalukan la org melompat sensitip x bertempat
Anonymous
March 15, 2019 at 11:41 am
benda ni cakap semalam daaa…ko tu uptodate sikit. sensitif sikit yer…jgn main komen jer.
faraj
March 15, 2019 at 10:40 am
Kalau ader Shuib, alamat berpecah belah lah nanti…tgk SEPAH sewbelom ni, saper yg buang Mamat…..Shuib kan…pastu Sepahtu sinar, merajuk konon dia lah Hebat dari JEP..kuar Sinar, konon org nk simpati..last2 ASTRO malasn nk layan ..masuk HOT FM….SYUK, kalau anda baca ni , saya nk pesan Berwaspada lah dgn si Pendek tu..(Perasan Bagus)…ok Syuk..(Hati2 dgn sipendek Shuib ni)….
kak milah
March 15, 2019 at 11:02 am
Mengapa kamu begitu membenci Shuib. apa salahnya dia kepada kamu. kata kata kamu hanya bersandarkan kepada agak-agak semata-mata. ini sangar tidak boleh diterima
Anonymous
March 15, 2019 at 11:10 am
minta maaf,tapi ada bukti ke cakap Shuib macam tu?macam pernah hidup dengan dia je komen macam tu