March 14th, 2019

Insiden pencemaran dari pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor cukup kritikal sekarang ini. Ramai yang menjadi mangsa akibat terhidu gas beracun sehingga mengalami sesak nafas, muntah,pening dan loya. Kandungan gas metana yang terlalu tinggi dalam udara juga boleh membawa maut.

Dikala rakyat Malaysia sedang bimbang dengan situasi darurat tersebut, Suhaimi Saad sekali lagi mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi.

Umum mengetahui kebanyakkan mangsa pencemaran gas beracun itu adalah pelajar sekolah, kata Suhaimi, sudah terbukti bahawa suntikan vaksin tidak dapat mengurangkan penyebaran penyakit.

Kenyataan itu sekali lagi mengundang kecaman netizen, mereka tidak faham mengapa Suhaimi terus hendak mencetuskan provokasi kerana bahan kimia tiada kaitan langsung dengan suntikan vaksin.

Pada mereka, Suhaimi sangat tidak sensitif dengan perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden di Pasir Gudang. Tidak elok untuk mengeluarkan kata-kata mengarut seperti itu dikala ramai yang sedang bersedih.

Kalau tiada perkara baik yang hendak diperkatakan, lebih baik diam. Sepatutnya dalam keadaan seperti ini, kita harus mendoakan keselamatan mereka yang terlibat dalam insiden tersebut.


67 responses to “Suhaimi Saad Persenda Vaksin Tidak ‘Kebal’, Tetap Terkena Kesan Gas Metana”

  1. Mak_Jemah says:

    Bangkitlah Ina. Perjuangkan anak2 ko tu Ina. Kesian anak2 ko tak bersekolah tak divaksinkan. Rumah ko takda peti sejuk takda mesin basin. Klu mcm ni elok je kome dok hutan anak beranak kwn dgn beruk.

    • Suesuu says:

      Laki Dia ni mesti org tabligh…. Bukan nk mengata… Yg baik 2 ada ramai jugak jmpa yg baik…. Yg x baik pun ada…. Isap ganja, ice DLL…. Yg penting rumah depa x da TV(sebb TV melalaikan) ni lgi teruk Dari 2 mesin basuh dengan peti pun x de….. Ko dah kenapa SS…. Bengkak hati aku pasal SS sial ni…

  2. Diamemangbangang says:

    Korang sume tlgla jgn lyan org bodoh plus ego mcm ni.. dr zman bljr msalah otak bodoh dia tahap Diva.. skang ni mgkn dh smpai tahap supernova kot..

    Biarkan dia.. xde yg layan.. nant senyap la tu.. slagi ada yg mlyan, slagi tu la galak dia ngan idea2 bodoh dia tu..

    Tahap bodoh yg melampau.. cmna dia boleh nak bandingkan harga emas tulin ngan tembaga?
    Harap xdela anak dia waris otak bp dia ni.. terlalu memalukan klrga.. mengaibkn ms dpn ank2 ngan isteri dia.. tu pn dia msh blh tndng jari org lain yg salah..
    Patut dia ngan sorang nama apa dinzley smthng jd kwn rapat.. mgkn ms tu cell2 otak deorg akan berhubung ngan baik..

  3. bbb says:

    Mybe bukan skrg Allah nk tunjuk ank2 n wife ss sakit n perlukan usaha n rawatan di hosp. jgn cakap besar nanti malu dgn kata2 sndr

Loading...