Written by AbangNara | December 14th, 2010

yuna dan hana tajima

Yuna confirmlah korang semua kenal kan? Tapi siapa itu Hana Tajima? Kalau anda seorang perempuan dan gilakan fesyen bertudung yang cantik menarik kau memang da bom, sudah tentu anda akan kenal Hana Tajima. Kalau anda tak kenal, mungkin boleh pergi ke website Hana Tajima untuk mengenalinya. Untuk makluman, Hana Tajima sudah kawin ye. So jangan gegatal berniat nak ngorat dia.

Lagi gambar Yunalis Zarai dan Hana Tajima di event Maysaa semalam. Terima kasih kepada Eman, photographer tak rasmi kami. Kalau anda nak kawin dan tak ada photographer lagi, boleh check out gambar hasil tangkapan Eman di Facebooknya. Memang marvelous.

 
Written by AbangNara | May 4th, 2010

yuna terima kasih beautifulnara

Oh ~~~~ Terharunya rasa hati ini. Semalam ada seorang pembaca BeautifulNara yang komen bagitau Yunalis Zarai ada cakap terima kasih kat BeautifulNara di Facebook dia sempena kemenangan dia di AIM 17 semalam.. Terus dengan pantas kami pun pergi ushar. Terus bergenang sebentar air mata kami tanda keharuan yang amat sangat sebab memang ada nama BeautifulNara di situ. Tak caya? Tengok kat nombor 20 tue.

yuna terima kasih beautifulnara

Buat Yuna, terima kasih banyak-banyak. Selama ini kami support anda sebab kami tahu anda super berbakat dan sangat down to earth punya orang. Dan kami akan terus menyokong anda. Teruskan dengan apa yang anda lakukan sekarang ini. Sesungguhnya dunia muzik Malaysia perlukan nafas-nafas baru seperti anda. Semoga terus maju jaya ~~~

Buat semua pembaca BeautifulNara, tanpa anda, perkara ini tak akan berlaku. Terima kasih atas sokongan anda. Teruskan membaca BeautifulNara dan teruskan bergosip secara berhemah.

Written by AbangNara | January 13th, 2010

yuna and the band

Wahhhhhhhhhhh ~~ Baru je menang tempat kedua AJL 24 minggu lalu, tiba-tiba terdengar satu lagi berita baik tentang Yunalis Zarai, penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya nie. Khabarnya Yuna dah pun dilamar oleh sebuah syarikat rakaman antarabangsa di Amerika Syarikat. Walaupun masih dalam tahap perbincangan, rasanya tak salah kalau nak dikatakan bakat Yuna bukan sahaja dihargai di Malaysia tetapi jugak di luar negara.

Oh ya kami ada terbaca tentang pertanyaan di sebuah forum mengenai status Yuna. Bukan status single atau dah berpunya. Tapi status sama ada Yuna ini penyanyi solo ataupun ada bandnya tersendiri. Tak silap kami Yuna nie memang bergerak dengan band dia. Kalau ada show mana-mana pun memang dia angkut sekali band dia tue.

Itu yang kalau anda perasaan time AJL 24 ada beberapa orang lain di atas pentas bersama dengan Yuna. Itulah band yang dimaksudkan. Tak silap kami salah seorang daripada ahli band Yuna namanya Paan. Gambar kat atas tue pun adalah gambar Yuna bersama ahli-ahli band dia.

Buat Yuna, jutaan TAHNIAH (silap tulis tadi) atas kejayaan anda merangkul tempat kedua dalam AJL24. Dan sebenarnya persembahan anda semasa Anugerah Juara Lagu 24 amat-amat mengkagumkan bagi kami. Simple tapi cukup breathtaking. Semoga terus maju dan cemerlang di masa hadapan.

P.S: Camner Yuna boleh keluarkan suara yang mantap gile sedangkan mulut dia terbukak skit jer? Sungguh misteri.

Written by AbangNara | October 29th, 2009

yunalis zarai

Congratulation, congratulation, congratulation (baca ikut nada sesuka hati anda). Tahniah beribu-ribu lemon kepada Yunalis Zarai yang telah pun ber”konvo” pada hari Selasa yang lalu. Anda memang bukan sahaja berbakat dalam menyanyi, tapi kini dah memegang segulung sijil. Buat mereka-mereka yang tak tahu dan tak nak amik tau, Yuna nie dia amik “law” kat UITM Shah Alam.

Ini yang kami mahukan daripada artis-artis Malaysia. Bukan setakat tau menyanyi dan berlakon ajer, tapi at least berpendidikan la jugak. Sayangnya realiti dunia hiburan kat Malaysia nie, dah la menyanyi suara sumbang, berlakon pun macam patung, belajar pun setakat lepas SPM je. Semuanya mengharapkan muka yang cun melecun je. Asal muka lawa, mesti boleh jadi artis. Asal muka hensem, boleh jadi artis. Tue yang kalau bagi skrip ada bahasa omputih sikit tergagap-gagap nak membaca.

Tapi Yuna memberikan satu nasihat dan pandangan yang boleh direnung bersama tentang artis yang tak berpelajaran nie:-

[note]Saya memang sentiasa meletakkan keutamaan terhadap pendidikan. Bagi saya, ilmu memang amat penting bagi setiap manusia. Tetapi saya berharap, masyarakat boleh menukar persepsi tentang artis yang tidak belajar sehingga di peringkat universiti. Jangan labelkan artis itu tidak pandai hanya kerana dia tidak mempunyai ijazah atau bukan berkelulusan tingi. Ilmu boleh dikutip di mana-mana saja sebenarnya sepanjang hidup kita. Adakalanya, ‘street smarts’ lebih bagus daripada ‘book smarts. [/note]

Apa-apa pun, buat Yuna dan keluarga, sekalung tahniah kami ucapkan atas konvo anda. Oh ye buat anda yang berminat nak jumpa Yuna nie, try la jenguk-jenguk kedai baju Yunalis di Seksyen 15 Subang Jaya. Kadang-kadang Yuna ada gak terpancul kat situ. Hari tue kami dapat jumpa dia kat kedai tue.