(TAHNIAH)Yunalis Zarai Habis Belajar Jua Akhirnya

(TAHNIAH)Yunalis Zarai Habis Belajar Jua Akhirnya

yunalis zarai

Congratulation, congratulation, congratulation (baca ikut nada sesuka hati anda). Tahniah beribu-ribu lemon kepada Yunalis Zarai yang telah pun ber”konvo” pada hari Selasa yang lalu. Anda memang bukan sahaja berbakat dalam menyanyi, tapi kini dah memegang segulung sijil. Buat mereka-mereka yang tak tahu dan tak nak amik tau, Yuna nie dia amik “law” kat UITM Shah Alam.

Advertisement

Ini yang kami mahukan daripada artis-artis Malaysia. Bukan setakat tau menyanyi dan berlakon ajer, tapi at least berpendidikan la jugak. Sayangnya realiti dunia hiburan kat Malaysia nie, dah la menyanyi suara sumbang, berlakon pun macam patung, belajar pun setakat lepas SPM je. Semuanya mengharapkan muka yang cun melecun je. Asal muka lawa, mesti boleh jadi artis. Asal muka hensem, boleh jadi artis. Tue yang kalau bagi skrip ada bahasa omputih sikit tergagap-gagap nak membaca.

Tapi Yuna memberikan satu nasihat dan pandangan yang boleh direnung bersama tentang artis yang tak berpelajaran nie:-

[note]Saya memang sentiasa meletakkan keutamaan terhadap pendidikan. Bagi saya, ilmu memang amat penting bagi setiap manusia. Tetapi saya berharap, masyarakat boleh menukar persepsi tentang artis yang tidak belajar sehingga di peringkat universiti. Jangan labelkan artis itu tidak pandai hanya kerana dia tidak mempunyai ijazah atau bukan berkelulusan tingi. Ilmu boleh dikutip di mana-mana saja sebenarnya sepanjang hidup kita. Adakalanya, ‘street smarts’ lebih bagus daripada ‘book smarts. [/note]

Apa-apa pun, buat Yuna dan keluarga, sekalung tahniah kami ucapkan atas konvo anda. Oh ye buat anda yang berminat nak jumpa Yuna nie, try la jenguk-jenguk kedai baju Yunalis di Seksyen 15 Subang Jaya. Kadang-kadang Yuna ada gak terpancul kat situ. Hari tue kami dapat jumpa dia kat kedai tue.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...