January 23rd, 2014

Alhamdulillah. Lega hati Abang Nara mendengar kesediaan Yana Samsudin untuk menamatkan zaman gadisnya dan melangkah ke alam perkahwinan. Takut jugak kot-kot Yana masih trauma selepas putus cinta dengan Abang Nara satu ketika dahulu. Manalah tahu sehingga sekarang Yana masih tidak dapat melupakan kenangan indah kami bersama. Hehehe.

yana samsudin

Siapakah jejaka yang bertuah dapat memikat hati Yana Samsudin yang kini berusia 29 tahun? Sebelum ini Yana pernah digosipkan dengan adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari. Memang kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Kata Yana kepada MalaysianDigest:-

Tahun ini, tahun 2014 saya dah buka hati saya untuk berkahwin. Kalau dulu ibu saya selalu bertanya bila saya nak berkahwin, tapi ketika itu saya katakan padanya yang saya belum bersedia. Sekarang ni saya dah terfikir dah. InsyaAllah saya dah sedia bergelar isteri.

Kami macam biasa. Dah lima tahun kami berkawan. Saya perempuan, tak boleh lah nak cakap lebih-lebih. Lebih baik tanyakan pada dia (Fadzil)

yana dan fadzil

Kalau Abang Nara jadi Fadzil, memang cepat-cepat masuk meminang. Yana dah bagi “green light” dah tue. Ayat pun nampak macam bagi “hint” je. Sebagai seorang lelaki kacak, ayat-ayat “hint” sebegini harus diambil berat. Jangan lambat ambil tindakan, takut terlepas ke tangan orang lain. Tak gitu?

P.S: Hyundai Veloster Turbo dijumpai di Putrajaya

June 26th, 2013

Apabila umur sudah mencecah 29 tahun, pastinya ramai orang tertanya-tanya bilakah anda akan mendirikan rumahtangga. Agaknya itulah yang terjadi kepada Yana Samsudin sehingga khabar angin dirinya sudah bertiup kencang dihebohkan. Ternyata khabar angin itu adalah palsu semata-mata.
yana samsudin dan tunangKhabar angin itu tersebar apabila Yana dan jejaka di dalam gambar di atas hadir bersama-sama ke sebuah majlis korporat di Shah Alam baru-baru ini. Yana yang dihubungi Harian Metro melahirkan rasa peliknya bagaimana cerita tersebut boleh timbul. Kata Yana:-

Belum ada sesiapa pun datang merisik atau menghantar tanda pada keluarga saya. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana cerita itu timbul. Saya antara artis yang diundang untuk memeriahkan majlis berkenaan. Saya sendiri tidak tahu menahu mana orang dapat cerita saya ada hubungan dengan lelaki dalam gambar itu.

Kami tidak ada apa-apa hubu­ngan istimewa seperti yang digosipkan orang itu. Saya juga tidak ada apa-apa lagi nak komen mengenai perkara itu. Insya-Allah, kalau ada apa-apa cerita saya nak bertunang atau berkahwin, pasti saya mengundang pihak media untuk merakamkan detik bersejarah itu nanti

yana samsudin dan tunang

Biasalah kalau gadis cantik menarik tertarik macam Yana pasti akan timbul gosip-gosip sebegini. Anggap sahaja itu sebagai doa buat Yana untuk cepat-cepat menamatkan zaman bujang. Pasti ramai yang ternanti-nanti pertunangan dan perkahwinan sebenar anda. Sama-samalah kita doakan.
ephyraP.S: Mahukan kulit jadi lebih halus, cerah dan berseri? Inginkan badan yang lebih bertenaga? Impikan rambut yang lebih kuat dan lembut? Anda boleh dapatkan kesemuanya dengan supplemen Ephyra ini. Terbukti berkesan seawal 10 hari. Untuk tempahan dan pertanyaan, anda boleh LIKE Facebook Ocean2U, layari www.oceanlife2u.com, email ke [email protected] atau telefon terus ke 03-4141-7889.