May 13th, 2015

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Berita gembira ini telah disahkan oleh Wawa Zainal sendiri. Untuk makluman, cahaya mata pertama mereka ialah seorang anak lelaki bernama Ahmad Fakharuddin Attar yang telah pun berusia 10 bulan.

wawa zainal hamil

Seperti pasangan lain, Wawa Zainal kali ini mengimpikan cahaya mata perempuan. Insya Allah kalau dimurahkan rezeki pasti dapat apa yang diimpikan. Dapat sepasang lelaki dan perempuan pasti akan tambah kemeriahan keluarga. Apa pun yang paling penting ialah bayi dalam kandungan sihat sejahtera sehingga hari kelahiran. Kata Wawa:-

Kandungan saya masih di peringkat awal. Keadaan kesihatan saya sekarang juga tidak menentu. Jadi, doakan saja semoga semuanya selamat hingga saya bersalin nanti. Harapnya kali ini perempuan. Kalau dapat sepasang, seronok juga.

wawa zainal hamil

Memiliki seorang anak perempuan (setakat ini), Abang Nara akui yang baby girl banyak berbeza dengan baby boy. Selain daripada perangai, keseronokan menghias anak dengan riben, baju dress dan macam-macam lagi aksesori memang menyeronokkan. Semoga Aeril dan Wawa dapat anak perempuan seperti yang diimpikan. Sama-sama kita doakan. Amin.

October 16th, 2013

Sehubungan dengan kontroversi pernikahan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang melanda dunia hiburan baru-baru ini, banyak pihak yang tertanya-tanya apakah hukum nikah 2 kali seperti yang telah dilakukan oleh pasangan ini. Ada yang berkata boleh dan dibenarkan, namun ada yang menyatakan ia tidak boleh dilakukan.

wawa zainal dan aeril

Menariknya terdapat percanggahan pendapat daripada 2 ahli agama terkenal Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus dan Datuk Noh Gadut yang merupakan penasihat agama Johor. Di dalam satu video ceramahnya, Ustaz Azhar Idrus menyatakan tiada masalah untuk bernikah 2 kali asalkan segala syarat sah nikah diikuti. Ikuti videonya di bawah:-

Namun menurut Datuk Noh Gadut, istilah nikah 2 kali tidak wujud dan boleh menimbulkan persoalan terhadap orang ramai. Kata beliau kepada Harian Metro baru-baru ini:-

Perlu diingatkan apabila sudah bernikah tanpa mengikut undang-undang negara misalnya bernikah di luar negara, pasangan terbabit perlu melakukan ‘isbat nikah’ iaitu mensabitkan pernikahan mereka dengan pihak berkuasa di negara kita.

Mereka perlu mengemukakan semua saksi termasuk wali dan bukti mengatakan mereka sudah bernikah tahun lalu (seperti dilaporkan media) di pejabat agama. Ia bertujuan memastikan pernikahan itu dilakukan mengikut hukum syarak dan jika tiada masalah, pernikahan mereka boleh disahkan tanpa perlu bernikah sekali lagi.

Bagaimanapun dalam hal ini, tindakan mereka bernikah kali kedua itu boleh menimbulkan pandangan seolah-olah tidak mengiktiraf pernikahan yang pertama. Kita tidak tahu sejauh mana perkahwinan pertama (tanpa mengikut undang-undang negara) itu sah mengikut hukum syarak.

Jika sah, Alhamdulillah, tapi jika sebaliknya, hubungan yang dijalinkan selama ini boleh dianggap zina, manakala anak yang dikandung atau dilahirkan boleh dikategorikan sebagai anak luar nikah. Dalam hal ini, mereka hanya perlu melakukan sedemikian, sekiranya mahkamah memutuskan pernikahan pertama mereka itu tidak sah

wawa zainalMalah menurut penceramah bebas Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani, perkahwinan sembunyi-sembunyi yang dilakukan oleh pasangan ini adalah tidak beradab dan tidak berakhlak lebih-lebih lagi memikirkan status mereka sebagai selebriti. Kata Ustaz Ahmad Dasuki:-

Walaupun sah dari segi agama, perkahwinan ‘sembunyi-sembunyi’ mereka itu tetap dianggap tidak beradab dan berakhlak. Ini kerana dalam Islam sendiri perkahwinan itu bertujuan menghebahkan kepada masyarakat akan status hubungan suami isteri antara seorang lelaki dan wanita.

Ia bertujuan mengelak timbulnya sangka buruk dan pandangan serong orang ramai seperti yang berlaku kepada mereka (Aeril dan Wawa). Apatah lagi melibatkan golongan selebriti yang dikenali ramai, pasangan ini sepatutnya memberi contoh baik kerana setiap tindakan mereka boleh menjadi ikutan peminat.

Bukanlah bermakna setiap pasangan yang berkahwin perlu membuat majlis atau kenduri besar-besaran, cukup sekadar memaklumkan perkahwinan mereka kepada umum. Dalam hal ini (perkahwinan), paling penting, kita menjaga Allah dan hukumnya, bukannya orang termasuk majikan sehingga kita sanggup melakukan perkara yang tidak sepatutnya

wawa

Semoga dengan penjelasan ini, maka akan terjawablah segala persoalan di minda pembaca BeautifulNara semua. Apa pun, kontroversi ini seharusnya dijadikan pengajaran buat kita semua terutamanya jika anda bergelar seorang selebriti. Apa pun marilah kita doakan agar kehidupan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sekeluarga lebih tenang selepas tamatnya kontroversi ini.

April 22nd, 2013

Baru sahaja dinobatkan sebagai Artis Baru Wanita Popular di ABPBH2012, Wawa Zainal telah pun berkongsi cerita mengenai penyakit misteri yang menghantui dirinya. Seram jugak Abang Nara membaca kisah Wawa Zainal. Terasa macam membaca novel seram pulak.

wawa zainal

Sedikit sedutan kata-kata daripada Wawa Zainal mengenai penyakit misterinya yang dikeluarkan di BiPop semalam:-

Semuanya berpunca daripada kakak. Benda itu singgah sekejap dalam badan saya. Apabila benda itu masuk dalam badan, saya bercakap atau berinteraksi menggunakan suara orang lain. Saya sendiri tak tahu apa benda yang masuk dalam badan saya itu, ada yang cakap keturunan. Adik beradik yang lain kena sekejap-sekejap, cuma kakak saya yang sulung itu, dia paling lama terkena penyakit ni, lama dia menderita.

wawa zainal

Kalau ikut pengetahuan Abang Nara, mungkin benda itu dipanggil saka. Kesian Wawa Zainal. Sampai tak ada selera makan dan kurus kering dibuatnya. Nasib baiklah sudah semakin pulih selepas berubat dengan ustaz. Yang seramnya kalau benda itu ada dalam badan Wawa, suara yang keluar seolah-olah suara bayi, suara makcik atau suara pakcik. Takut kan?

wawa zainal

Semoga satu hari nanti benda itu akan hilang dan tidak menganggu Wawa Zainal lagi. Abang Nara tengok Wawa pun dah makin ceria. Siap boleh video Gwiyomi lagi. Comel sangat!!!

Teruskan keceriaan anda dan semoga karier anda akan terus berkembang maju selepas ini.

P.S: Ada Cara Berhenti Merokok Paling Mudah?? KLIK GAMBAR INI

October 2nd, 2012

Ramai yang menyatakan Wawa Zainal bakal menggantikan Lisa Surihani sebagai “Malaysia Sweetheart”. Bakal terjadi atau tidak, itu terpulang kepada peminat-peminat hiburan Malaysia. Daripada segi pakej, memang Wawa ada ciri-ciri untuk menakluk dunia hiburan Malaysia suatu hari nanti.

wawa zainal

Kepada peminat Wawa Zainal, jangan lupa dapatkan majalah Lisa keluaran bulan Oktober 2012. Si kecil molek ini tampil menghiasi muka depan dan berkongsi kisah-kisah menariknya bersama editor Lisa. Agaknya siapa yang membenci Wawa? Dapatkan majalah Lisa sekarang juga untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan ini.