Written by AbangNara | October 16th, 2013

Sehubungan dengan kontroversi pernikahan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang melanda dunia hiburan baru-baru ini, banyak pihak yang tertanya-tanya apakah hukum nikah 2 kali seperti yang telah dilakukan oleh pasangan ini. Ada yang berkata boleh dan dibenarkan, namun ada yang menyatakan ia tidak boleh dilakukan.

wawa zainal dan aeril

Menariknya terdapat percanggahan pendapat daripada 2 ahli agama terkenal Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus dan Datuk Noh Gadut yang merupakan penasihat agama Johor. Di dalam satu video ceramahnya, Ustaz Azhar Idrus menyatakan tiada masalah untuk bernikah 2 kali asalkan segala syarat sah nikah diikuti. Ikuti videonya di bawah:-

Namun menurut Datuk Noh Gadut, istilah nikah 2 kali tidak wujud dan boleh menimbulkan persoalan terhadap orang ramai. Kata beliau kepada Harian Metro baru-baru ini:-

Perlu diingatkan apabila sudah bernikah tanpa mengikut undang-undang negara misalnya bernikah di luar negara, pasangan terbabit perlu melakukan ‘isbat nikah’ iaitu mensabitkan pernikahan mereka dengan pihak berkuasa di negara kita.

Mereka perlu mengemukakan semua saksi termasuk wali dan bukti mengatakan mereka sudah bernikah tahun lalu (seperti dilaporkan media) di pejabat agama. Ia bertujuan memastikan pernikahan itu dilakukan mengikut hukum syarak dan jika tiada masalah, pernikahan mereka boleh disahkan tanpa perlu bernikah sekali lagi.

Bagaimanapun dalam hal ini, tindakan mereka bernikah kali kedua itu boleh menimbulkan pandangan seolah-olah tidak mengiktiraf pernikahan yang pertama. Kita tidak tahu sejauh mana perkahwinan pertama (tanpa mengikut undang-undang negara) itu sah mengikut hukum syarak.

Jika sah, Alhamdulillah, tapi jika sebaliknya, hubungan yang dijalinkan selama ini boleh dianggap zina, manakala anak yang dikandung atau dilahirkan boleh dikategorikan sebagai anak luar nikah. Dalam hal ini, mereka hanya perlu melakukan sedemikian, sekiranya mahkamah memutuskan pernikahan pertama mereka itu tidak sah

wawa zainalMalah menurut penceramah bebas Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani, perkahwinan sembunyi-sembunyi yang dilakukan oleh pasangan ini adalah tidak beradab dan tidak berakhlak lebih-lebih lagi memikirkan status mereka sebagai selebriti. Kata Ustaz Ahmad Dasuki:-

Walaupun sah dari segi agama, perkahwinan ‘sembunyi-sembunyi’ mereka itu tetap dianggap tidak beradab dan berakhlak. Ini kerana dalam Islam sendiri perkahwinan itu bertujuan menghebahkan kepada masyarakat akan status hubungan suami isteri antara seorang lelaki dan wanita.

Ia bertujuan mengelak timbulnya sangka buruk dan pandangan serong orang ramai seperti yang berlaku kepada mereka (Aeril dan Wawa). Apatah lagi melibatkan golongan selebriti yang dikenali ramai, pasangan ini sepatutnya memberi contoh baik kerana setiap tindakan mereka boleh menjadi ikutan peminat.

Bukanlah bermakna setiap pasangan yang berkahwin perlu membuat majlis atau kenduri besar-besaran, cukup sekadar memaklumkan perkahwinan mereka kepada umum. Dalam hal ini (perkahwinan), paling penting, kita menjaga Allah dan hukumnya, bukannya orang termasuk majikan sehingga kita sanggup melakukan perkara yang tidak sepatutnya

wawa

Semoga dengan penjelasan ini, maka akan terjawablah segala persoalan di minda pembaca BeautifulNara semua. Apa pun, kontroversi ini seharusnya dijadikan pengajaran buat kita semua terutamanya jika anda bergelar seorang selebriti. Apa pun marilah kita doakan agar kehidupan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sekeluarga lebih tenang selepas tamatnya kontroversi ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

111 responses to Penjelasan Daripada Pakar Agama Tentang Isu Nikah 2 Kali Aeril Dan Wawa

  1. Kak Pon says:

    Logik ke x logik ape yg nk sibuk sgt
    Bkn sepupu sepapat kowang pun

    Doakan je la kebahagiaan dowang

  2. Mak Jah says:

    Mak Jah bukan haper yer…
    Tp kalau bab agama ni Mak Jah memang rasa satu kewajipan nak bercakap….
    Jangan main2 yer…
    Hal dunia akhirat nih!

    Ustaz Noh Gadut adalah MUFTI Johor dan memang mempunyai kelulusan serta pengetahuan agama yang sahih…..diikhtiraf tempat pengajiannya dan secara akademiknya jauh lebih tinggi dari UAI yang cuma SPM?STPM je kot….pastuh mengaji pondok yang kita pon tak tahu berapa grade dia dapat kalau ada exam kt pondok tuh kan…sah2x laa takde…sah2x takde graduation day….
    Takde sapa pon evaluate UAI ni mmg layak menjadi ustaz ke tidak….
    Apatah lagi nk buat statement yang bercanggah dgn seseorang yang bertaraf MUFTI…
    Agak dangkal laaa Mak Jah fikirkan…

    Mak Jah tak rasa dia layak untuk membahaskan isu agama secara mendalam….
    Dia kalau bercakap ngn mat2 rempit boleh kot…
    Pasal ada ‘dara’ ke tak….
    “perut keras katanya kalau tak ada dara”..
    Kalau budak tu atlit? Sit up? Perut flat sb muscle kuat kat perut? Takde dara?
    Pfffftttttttttttttttt….

    Mak Jah bukan haper yer….
    tp dari pemerhatian Mak Jah…
    UAI nih kalau bab2 malam pertama…..hal2 dalam kain….
    memang suka dia bincangkan dalam ceramah terbuka dan FB dia..
    bila tgk cara pemikiran dia ni….
    Mmg mat rempit suker laa kan….
    (Jgn semua pakat tgk perut gf lembut ke keras sudahhhhhhh)…

    Mak Jah rasa…..
    Tak payah laa nk konpius2 pasal pendapat UAI bercanggah ngn Mufti Johor; Ustaz Noh Gadut yang memang dah sah2 MUFTI ok…..bukan “Ustaz carik makan”…

    Bab agama jgn nk main2 yer….
    Sapa suka UAI terpulang laaa….
    Ok la tu kan…..
    Daripada suka yg bukan2…
    Cuma Mak Jah rasa….
    Kalau isu mat rempit bo laa bagi kat dia…
    Hal yang lebih tinggi…..refer kat MUFTI dah laaa….
    Lebih layak dibuat rujukan….

    Sekian….

  3. Lihatdarimatahati says:

    Apa2 pun aku masih terbanyang2 betapa angkuh dan berlagaknya wartawan2 kat press conf diaorg..ramai sgt konon ada dendam kesumat, tak puas hati la gamaknya macam la si Airil & Wawa ada buat jenayah berat yg tak boleh diampunkan..gila lah berani & hebat betul wartawanMalaysia maki hamun siap tenking suruh diam..perghhh macam pengetua nk marah murid..ni sesi press conf artis & wartawan je kot..tapi mcm diadili oleh Majlis Raja-raja..hebat2..kalau nk tunjuk tahap professional wartawan mmg kena mcm tuh eh? Tak payah nk hurai kesalahan A&W..satu malaysia tahu..tapi aku nk pertikai etika wartawan malaysia yg nak disembah dipuja kononnya 20tahun menghadapi artis…hebatnya!!!

  4. Din says:

    hanya Allah saja yg tahu kisah sbnarnya.

  5. aku says:

    sakit gak hati yg wartawan duk jerit penipu penipu kat wawa n aeril..ape mslh n dendam kesumat wartawan2 yg g pc tu ek…diaorg dah ngaku ok le…tp mmg menyampah ngan wartawan hiburan msia ni..mcm la diaorg suci sgt..kalau suci xde caci maki,selidik hal dalam kain org…sesekali mereka ni yg menambah perasa dalam sesuatu hal…

  6. Anonymous says:

    aku pening ngan kenyataan diorang ni. wlpn kawin kt siam sekalipun, masih ade sijil nikah. kt sna sama je cm kt malaysia cm beza xleceh sgt nk isi byk borang mcm kt cni. tp blik malaysia blh je daftar cm kn denda la. ala mcm kn saman polis ngan jpj. nasihat buat aeril & wawa, kami bkn nk mghina tp pastikan betul2 status anak tu sbb bila anda nikah kali ke 2, umpama anda xyakin dgn kesahihan nikah prtama. tkt pernikahan xsah. semua org xsempurna tp nasihat peminat ada logiknya. jgn amik mudah dgn hal agama ni. amik iktibar dgn ape yg trjd. slpas ni dalami lg ilmu agama. tny pd yg pakar. kdg2 ibu bapa ade yg jahil agama. xblh trlalu brgantung pd diorang semata2. aku doakn korang bahagia st family…

  7. batrisia tahi ayam melecet says:

    sebenarnya belum bernikah lg diaorg ni. dah mengentot sampai kembung create story kata akad nikah kali kedua. kalau betul anda berada dipihak yang benar tunjukkan sijil nikah yg pertama habis cerita.

  8. Che Ta Tong Gas says:

    mai pakat2 beli tong gas che ta.. beli 3 percuma 1 tong gas!

  9. Abg Long says:

    Harap peminat semua reda lah ya, yang sudah tu sudah lah. Benar atau salah x payah dipertikaikan lagi..mereka pun dah pun membuat pengakuan. Mana yg baik atau x baik biarlah mereka sendiri yang tahu dan tanggung. Allah maha Mengetahui..doakan mereka bahagia.

  10. […] Penjelasan Daripada Pakar Agama Tentang Isu Nikah 2 Kali Aeril Dan Wawa (108) […]

  11. […] Penjelasan Daripada Pakar Agama Tentang Isu Nikah 2 Kali Aeril Dan Wawa (109) […]

  12. ntah pape ntah... says:

    asalkan sah disisi syarak sudah ler… yang penting sah di sisi Allah… sah disisi undang2 negara jatuh no. ntah ke berapa… dpd derang buat maksiat bercinta bagai, bagus lg kawin ni elak dosa maksiat… yang penting pandangan Allah, bukan pandangan manusia…

    nak nikah berapa kali pn takper… janji yang pertama tu dah sah hukum syarak…