July 13th, 2012

Kalau lihatkan rupa, Nasha Aziz merupakan salah seorang wanita idaman jejaka Malaya. Namun sehingga ke hari ini, masih tiada jejaka yang berjaya mencuri hati si dara ini. Sudah pun berumur 41 tahun, Nasha masih tampak muda, masih solo dan masih mencari si Adam yang boleh mengisi hatinya.

nasha aziz

Rasanya suatu ketika dahulu Nasha pernah dikatakan bercinta hangat dengan seorang jejaka Nur Iman Tang. Namun nampaknya cinta mereka sudah tamat. Ada peluanglah untuk kaum Adam di luar sana mengorat Nasha. Kata Nasha:-

Masih solo. Tak mengenali, mengenali pun. Penat lah nak kenal-kenal (gelak). Lagipun banyak benda yang kita perlu mengenali, kan. Saya serahkan pada-Nya. Saya harus bersyukur. Saya tak nak demand, tak nak merungut kenapa sampai sekarang saya belum bertemu jodoh. Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat. Lambat atau cepat, saya percaya pada kentetuan-Nya. Mungkin bagi sesetengah wanita, apatahlagi bila dah berumur, mereka akan risau kalau masih belum berkahwin. Mereka mungkin malu. Tapi bagi saya, tak perlu rasa malu. Bukankah setiap kita dah di janjikan akan ada adam atau hawa untuk kita semua. Maknanya ada lah Adam saya, satu hari nanti.

Nampaknya selepas Ella, pastinya perkahwinan Nasha Aziz yang ditunggu ramai. Abang Nara doakan agar Nasha cepat-cepat bertemu jodoh. Makin tua nanti sukar pulak untuk menimang cahaya mata sendiri. Lagi 6 keping gambar Nasha Aziz yang terbaru dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit info Malaysian Digest.

nasha aziz

P.S: Mak Abang Nara setiap tahun membekalkan serunding daging dan ayam daripada Kampung Laut, Kelantan untuk menghadapi bulan puasa. Kepada anda yang berminat untuk menjadi dealer, boleh hubungi 017-2688-341. Ini peluang untuk anda buat extra income sempena raya yang bakal menjelma tiba. Harga sangat-sangat berpatutan.

nasha aziz
nasha aziz
nasha aziz
nasha aziz
nasha aziz
nasha aziz

August 2nd, 2010

nak sign

Terkejut beruk kami membaca luahan hati Redmummy tentang peristiwanya bersama Nasha Aziz. Tak sangka yang Nasha Aziz ini seorang yang sombong. Takkanlah nak mintak amik gambar dia sorang pun kena tanya kat manager kot? Kami rasa Nasha Aziz tengah mengalami stress yang terlampau. Itu yang habis dibebelnya Redmummy yang nak mintak amik gambar Nasha buat kenang-kenangan tue.

Rasanya ramai lagi peminat-peminat artis di luar sana yang pernah mengalami kejadian yang lebih kurang. Beria-ria nak mintak sign atau nak ambil gambar, tup-tup kena reject begitu sahaja. Tebal muka 14 inci dibuatnya. Mungkin artis-artis Malaysia nie perasan diorang gah sangat kot.

Nasihat kami ialah walaupun mood anda tengah tak baik ataupun tengah bengang sebab gaduh ngan boyfren dan girlfren, kalau ada peminat nak mintak autograph tue layankan ajer. Itulah harga yang terpaksa anda bayar apabila menjadi seorang selebriti. Ingatlah tanpa peminat siapalah anda.

Kalau korang ada cerita yang lebih kurang boleh share-sharekan ngan kitoarang. Mana tau korang pun pernah dimalukan oleh artis Malaysia.

P.S: Ada sedikit pembetulan telah dilakukan. Kak Red nak mintak amik gambar Nasha bukan nak mintak sign sebenarnya. Maafkan kami.