Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Takkan Nak Amik Gambar Pun Kena Tanya Manager Kot Nasha Aziz?

nak sign

Terkejut beruk kami membaca luahan hati Redmummy tentang peristiwanya bersama Nasha Aziz. Tak sangka yang Nasha Aziz ini seorang yang sombong. Takkanlah nak mintak amik gambar dia sorang pun kena tanya kat manager kot? Kami rasa Nasha Aziz tengah mengalami stress yang terlampau. Itu yang habis dibebelnya Redmummy yang nak mintak amik gambar Nasha buat kenang-kenangan tue.

Advertisement

Rasanya ramai lagi peminat-peminat artis di luar sana yang pernah mengalami kejadian yang lebih kurang. Beria-ria nak mintak sign atau nak ambil gambar, tup-tup kena reject begitu sahaja. Tebal muka 14 inci dibuatnya. Mungkin artis-artis Malaysia nie perasan diorang gah sangat kot.

Nasihat kami ialah walaupun mood anda tengah tak baik ataupun tengah bengang sebab gaduh ngan boyfren dan girlfren, kalau ada peminat nak mintak autograph tue layankan ajer. Itulah harga yang terpaksa anda bayar apabila menjadi seorang selebriti. Ingatlah tanpa peminat siapalah anda.

Kalau korang ada cerita yang lebih kurang boleh share-sharekan ngan kitoarang. Mana tau korang pun pernah dimalukan oleh artis Malaysia.

P.S: Ada sedikit pembetulan telah dilakukan. Kak Red nak mintak amik gambar Nasha bukan nak mintak sign sebenarnya. Maafkan kami.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top