July 30th, 2012

Pasangan ini sememangnya serasi dan mempunyai kumpulan peminat sendiri. Mungkin sebab itu juga kedua-duanya telah terpilih untuk menjadi Rakan Selebriti bagi gedung beli-belah barangan peribadi Watsons. Pasangan ini sudah menjadi rakan selebriti Watsons sejak beberapa minggu lepas. Ini pula gambar-gambar belakang tabir Scha dan Awal untuk penggambaran iklan / katalog Watsons.


Photobucket
Photobucket

Photobucket

Photobucket

PhotobucketTerserlah kemesraan antara mereka berdua dan memang bijak keputusan Watsons mengambil pasangan serasi ini yang baru melangsungkan perkahwinan sekitar awal Mei tahun ini sebagai rakan selebriti. Kredit gambar Facebook Watsons Malaysia.

October 14th, 2009

hinss hinss kembang lubang idung kami bila dapat email jemputan dari Astro untuk hadir Press Conference Sehati Berdansa semalam. Yelah, kami kan peminat susah mati Scha Al-Yahya, so apalagi sanggup tu pegi conference tu semata-mata nak amik gambar Scha.

Gambar-gambar korang tengok ni eksklusif tau, semuanya gambar amik sendiri. Wpon kamera kami muncungnya tak setebal cameraman lain yg pro, kami berjaya gak dapat amik gambar ngan Scha after tunggu lamaaaaaa~

Sehati Berdansa musim ke 3 dah weh, korang penah tengok ke? masa p/c semalam havoc gila ngan Kak Didie Alias – anak dah 6 pon badan bergetah gituuw. Sapa pasangan Sehati Berdansa Musim ke 3 ni? Jeng Jeng Jeng~~

Apa kata korang senaraikan dgn tgk gambar aja? Cuba kita tengok skit..samada korang ni betul2 kenal artis ke sekadar belasah baca gosip aja! yeahhh mari mari mari…ada 10 pasangan yer.

Oklah kami kasi satu hint dulu laaa..

1. Didie ALias & Suami Nor Isham
2.
3.
…………………..

p/s: gambar eksklusif Scha – tungguuuuuuu~~~

October 8th, 2009

Awal dah keluarkan statement kata dia tidak terlibat dengan cinta tiga segi antara Scha dan Fahrin. Tatau macam mana kuar gosip pasal dia bercinta ngan Scha, mungkin taktik je nak menghangatkan lagi Sehati Berdansa.

Rupanya Awal dah ada pilihan sendiri yang BUKAN artis, tapi dengarnya bekerja dalam bidang seni gak. Haa baguslah, mungkin lebih memahami kerjaya Awal. akdelah kalau Awal balik kol 3 pagi kena baling pinggan pulak….Deorang cadang nak kawin dalam 2 tahun lagi. Tapi sementara tengah bercinta ni takmau kecoh-kecoh nanti tak jadi pulak.

ha betul jugak, kang dah kecoh ramai pulak member2 lama call balik, xBf call pulak..yolah dah gelemer dating artis… apa pon Bang Nara adalah tu can nak ngorat Scha haha.

September 15th, 2009

scha host sehati berdansa

Murah rezeki betul artis kegemaran kami nie. Dah confirm Scha Al Yahya akan jadi host rancangan Sehati Berdansa bersama dengan pakwenya Fahrin Ahmad dan Awal Ashaari. Nampaknya Linda Onn dah ditolak ke tepi dan digantikan dengan Scha yang lebih hot dan mengancam. Lagipun kan lagi elok kalau Fahrin diapit dengan Scha berbanding dengan Linda Onn time program tue nanti.

Tapi sebenarnya kami risau jugak dengan kemampuan Scha nie. Dia tak pernah jadi pengacara rasanya. Mampu ke dia nak hos rancangan Sehati Berdansa nie? Harap-harap sebelum dipilih dah dibuat uji bakat terlebih dulu la. Kalau setakat nak guna kepopularitian percintaan Scha ngan Fahrin untuk femeskan program nie memang kami amat-amat tak setuju. Harap-harap Scha dapatlah bersedia. Kang nanti kena kutuk pulak.

Buat Fahrin, bagilah tunjuk ajar kat awek anda tue. Time nie la nak tunjuk macho. Masa nie la nak guna ilmu yang ada di dada untuk dikongsi bersama dengan si dia. Baru makin naik saham nanti. Buat Scha, all the best. Kami yakin anda boleh buat. Chaiyok-chaiyok.

P.S: Terkejut kami baca tajuk ruangan hiburan Berita Harian semalam pasal Scha dan Fahrin putus kasih. Baca punya baca rupa-rupanya Scha mintak orang jangan asyik citer pasal gosip bercinta dia jer. Dia nak orang judge dia berdasarkan mutu lakonan dia. Bukan sebab percintaan dia dengan Fahrin. Bagus betul la budak Scha nie.