Written by AbangNara | November 11th, 2014

Mula-mula Abang Nara ingatkan awek manalah yang berselindung di sebalik jilbab dan dikeliling oleh ‘bodyguard’ ala-ala Mesir ini. Nora Danish rupanya. Ini bukanlah perubahan imej atau gaya terbaru pelakon comel ini. Sebaliknya Nora Danish tampil sebegini rupa ketika majlis perlantikan dirinya sebagai duta Safi Rania Gold. Ala-ala tuan puteri daripada Mesir la nie. Memang ‘stailo’ juga konsepnya.

nora danish safi rania gold

Kalau tak silap Abang Nara, duta Safi Rania Gold sebelum ini ialah Rozita Che Wan. Pemilihan Nora Danish sebagai duta baru adalah amat tepat dan bersesuaian sekali. Dengan jumlah pengikut Instagram Nora Danish yang melebihi 1 juta, pastinya impak yang akan diterima amatlah tinggi. Kecantikan dan kemulusan kulit Nora Danish juga tidak perlu dipertikaikan lagi. Memang sesuai sangatlah padanan ini.

nora danish safi rania gold

Tahniah diucapkan kepada Nora Danish atas perlantikan ini. Makin murah rezeki pelakon ini sejak kebelakangan ini. Semoga terus maju jaya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | March 20th, 2013

Masih ingat lagi entri gambar Nora Danish berjalan-jalan di Jepun? Abang Nara ingatkan Nora Danish pergi makan angin namun rupa-rupanya ada photoshoot untuk Uniqlo di sana. Jutaan tahniah diucapkan buat Nora Danish yang telah pun dilantik menjadi duta Uniqlo Malaysia.

nora danish uniqlo malaysia

Memang amat sesuai dan tepat sekali pilihan Uniqlo Malaysia untuk menjadikan Nora Danish sebagai duta mereka. Nora memang cantik, manis, cute, comel serta menawan dan memang bersesuaian dengan variasi pakaian yang dikeluarkan oleh Uniqlo. Pasti lebih ramai yang akan mencuba untuk membeli belah di Uniqlo selepas ini.

nora danish uniqlo malaysia

Jutaan tahniah sekali lagi kepada Nora Danish atas perlantikan ini. Lagi 5 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Uniqlo Malaysia.
aura whiteP.S: Sekiranya anda mengalami mana-mana masalah yang tertera di atas, bolehlah cuba mengambil Aura White sebagai langkah penyelesaian. Ramai yang sudah berpuas hati dengan kesan yang ditunjukkan. LIKE Facebook CantikNara untuk info lanjut.

 
Written by AbangNara | January 22nd, 2013

Untungnya menjadi insan bernama Nora Danish. Seringkali dapat pergi berjalan-jalan ke luar negara. Kalau bulan lepas Nora Danish bercuti ke Dubai, kali ini Nora berkongsi menerusi Instagram gambarnya berjalan-jalan di sekitar Jepun pula.

nora danish jepun

Tidak diketahui pula tujuan Nora Danish ke Jepun. Kemungkinan besar ada photoshoot kerana tidak terlalu ramai yang mengikuti trip ini. Yang pasti, mesti ramai orang ingat Nora Danish orang Jepun kerana kecantikannya yang setanding dengan wanita-wanita di sana.

nora danish jepun

14 lagi gambar Nora Danish berjalan-jalan di sekitar Jepun dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Nora Danish.

 
Written by AbangNara | October 19th, 2012

Ramai betul yang mahukan lebih banyak gambar si comel Nora Danish ketika menghadiri sidang media Anugerah Skrin 2012. Mentang-mentanglah Nora Danish nampak macam “Snow White” dengan dress serba putihnya. Pasti peminat Nora Danish suka tak ingat.

nora danish

Diharap pada malam Anugerah Skrin 2012 yang akan berlangsung pada 9 November kelak, Nora Danish akan tampil menyerupai Tinkerbell daripada Peter Pan pulak. Pasti lebih super duper cute. Confirm akan menang best dress punya. Tak gitu?

P.S: Wajah-wajah ketakutan nampak hantu. Serius takut gila kot.

nora danish

6 lagi gambar Nora Danish di Sidang Media Anugerah Skrin 2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada BuahMulut.