Written by AbangNara | December 26th, 2013

Lana Nordin ialah seorang wanita yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Respek dan kagum Abang Nara dengan Lana yang akan meneruskan hasratnya untuk berubah menjadi seorang muslimah yang baik walaupun perhubungannya dengan Johan As’ari sudah tamat. Ternyata, Lana bukan mahu berubah kerana Johan, tetapi kerana kemahuannya sendiri. Tahniah Lana!!!

lana nordin berubah

Berkata kepada Mstar Online, Lana menerangkan yang hasrat ingin berubah sudah pun tersemai di hatinya sebelum bertemu Johan. Kata Lana:-

Sebenarnya saya mahu berubah ke jalan yang diredhai Allah sebelum mengenali Johan lagi dan saya beritahu hasrat itu kepada Lisdawaty. Jadi, apabila Johan bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya, terus saya anggap dialah yang akan membimbing saya. Tetapi apabila keadaan sudah berubah (putus cinta), saya tetap akan teruskan niat untuk menjadi muslimah yang baik

lana bertudung

Alhamdulillah. Abang Nara pasti hasrat Lana Nordin pasti disenangi orang ramai dan akan dipermudahkan. Entah-entah di kala sedang berubah, akan ada hati lelaki yang terpikat pada dirinya. Dan mana tahu lelaki tersebut benar-benar jujur dan ikhlas mahu membimbing Lana. Sama-samalah kita doakan. Teruskan perubahan anda wahai Lana Nordin.
lana bertudung

P.S: Abang Nara suka sangat dengan koleksi pakaian daripada www.misclaire.com. Bukan apa, walaupun berbadan besar, anda akan tetap nampak elegan dan bergaya dengan fesyen mereka. Saiz paling besar dijual sehingga 8XL. Malah MisClaire siap ada buat “outdoor shooting” untuk tunjukkan bagamana pembeli boleh gayakan pakaian mereka ketika di luar. Jangan lupa follow Facebook Misclaire dan Instagram Misclaire untuk mengetahui produk terbaru dan promosi terkini mereka.

Written by AbangNara | December 2nd, 2013

Shila Amzah, Johan As’ari dan Lana Nordin adalah 3 nama yang sedang hangat dibicarakan dalam dunia hiburan tempatan. Ramai peminat yang kecewa kerana hubungan Shila dan Johan tidak menjadi kenyataan apabila Johan mengakui mencintai Lana Nordin secara tiba-tiba. Mana tidaknya, sebelum ini Johan dan Shila seringkali dilihat bergambar bersama-sama dan menunjukkan kemesraan seolah-olah pasangan bercinta.

shila amzah dan johan

Malah sebelum ini Johan As’ari juga pernah memberi “hint” seolah-olah sudah tangkap cinta dengan Shila Amzah. Namun menerusi MalaysianDigest baru-baru ini, Johan menafikan mereka adalah kekasih sebaliknya hanya sebagai sahabat. Kata Johan:-

Setiap ujian yang Allah bagi tu, Dia tahu yang kita mampu atasi ujian itu. Saya tidak pernah berkawan dengan sesiapa semata-mata saya ada agenda. Saya berkawan dengan tulus. Saya sayang Shila. Dia sahabat saya. Dia muda lagi. Kerjayanya tengah memuncak. Semua orang bangga dengan dia.

Tapi kami tak pernah bercinta. Kalau dia kata dia tertipu… dia cakap tu pada saya ker? Bagi saya, dia baru melalui fasa kehidupan yang kita sendiri kena faham. Dia pun ada sejarah dia. Kita kena jadi pemaaf dan jangan biarkan diri kita selalu dimaafkan. Saya dan Shila, kami sahabat sampai bila-bila

lana nordin dan shila

Johan juga turut menafikan hubungannya dengan Lana Nordin ditentang oleh ibunya sendiri. Ini susulan beberapa gambar yang dikongsikan oleh ibu Johan di Instagram yang seolah-olah kecewa dengan keputusan anaknya. Tambah Johan lagi:-

Tidak ditentang. Mak mana yang tak sayangkan anak. Mak mana yang nak tengok anak dia gagal dalam perkahwinan. Mak saya tetap no.1 dan mak saya tetap sempurna. Semua ini pasti ada hikmahnya. Jadi saya yakin mudah-mudahan hati ibu tu akan terima. Terpulang pada kami untuk buktikan.

Tapi sekarang ni tidak bermakna Lana perlu memikat hati ibu saya. Sebaliknya lebih kepada memikat hati dia sendiri untuk dia berubah. Apabila dia benar-benar nak melakukan perubahan, itu lebih baik. Cuba tengok macam hari ni, dia sopan dan dah tak pakai pewarna kuku. Kita semua sepatutnya bersyukur dengan perubahan dia ni.

Nasihat Abang Nara kepada Shila, let’s move on dan jangan kecewa dengan orang yang tidak menghargai dan tidak mencintai kita. Anda pun masih muda lagi. Baru 23 tahun. Hidup anda masih panjang. Selepas ini pasti ada lelaki yang lebih baik, sempurna dan matang akan hadir di sisi anda. Jangan tangisi pemergian Johan. Yakinlah pada ketentuan daripadaNya. Tak gitu?
fareeda

P.S: Cantik-cantik sungguh tudung terbaru dari Fareeda nie. Pelbagai warna dan corak untuk dipilih. Boleh kelabu mata nak buat pilihan. Jom dapatkan segera paten terbaru Fareeda Aisya nie. Yang penting kesemuanya berkualiti tinggi dan pasti memuaskan hati si pembeli. Jom layari Facebook Fareeda Nyata Jelita untuk tempahan.

Written by AbangNara | November 12th, 2013

Abang Nara baru sahaja lepas “stalk” gambar-gambar yang dikongsikan oleh Lana Nordin di Instagramnya. Fuh ~~~~~~~ Memang meletup. Baik punya!!! Kalau tak kahwin lagi mesti Abang Nara terus pergi mengorat Lana Nordin. Lebih-lebih lagi bila melihat gambar Lana Nordin ketika menghadiri Shout Awards, memang seksi!!!

lana nordin seksi

Oleh kerana gambar-gambar seumpama ini, banyak komen berunsur kritikan, teguran dan hinaan yang diterima oleh Lana Nordin. Malah ada komen yang berbaur unsur lucah. Bagi Abang Nara, logik juga perkara tersebut berlaku. Tengok gambar pun seksi. Jadi komen yang dikeluarkan oleh peminat Lana pun mestilah “seksi” jugak kan?

lana nordin seksi

Namun Lana Nordin baru-baru telah menyekat hampir 10,000 peminatnya di Instagram kerana komen mereka yang melampau. Kata Lana:-

Saya sekat 10,000 peminat di laman Instagram kerana mereka selalu memberikan komen yang seperti sengaja nak mengaibkan saya. Saya dah penat bila nampak komen-komen negatif yang dilemparkan. Ada yang bagi komen dengan kata-kata lucah. Saya tak mahu lah instagram saya sewenang-wenangnya jadi medan golongan ini untuk mengutuk dan mengaibkan saya. Niat saya hanyalah berkongsi aktiviti saya dengan peminat. Bila saya privasikan akaun saya, mereka kata saya sombong. Tapi bila saya kongsi, mereka kutuk saya macam-macam.

lana nordin seksi

Menerangkan kelantangannya yang mengamuk di Instagram baru-baru ini, Lana berkata:-

Tentang saya bersikap lantang pada peminat di Instagram tu, sebenarnya saya tak kisah pun orang nak komen. Nama pun laman sosial, jadi kita kenalah tahu macam mana nak bersosial. Kalau nak tegur tu boleh tapi janganlah sampai mengaibkan. Mak dan ayah saya pun kalau nak tegur salah saya, mereka akan panggil saya seorang dan bukan tegur saya depan adik – beradik saya.

Lagipun masa tu banyak komen yang lucah-lucah. Dan kalau saya diamkan tentu ianya berlarutan. Kalau tak suka, jangan lah follow saya. Kalau mereka rasa berdosa tengok gambar-gambar saya, jadi jangan lah tengok. Tutup mata. Tapi bila dah tengok, diam. Tak payah nak komen yang pelik-pelik.

Saya tak suka nak marah, marah. Cuma saya tak boleh terima kalau orang itu kurang ajar. Saya rasa dalam hal ini, bukan saya seorang saja artis yang yang bersuara lantang. Artis pun ada perasaan dan air muka, walaupun orang kata penampilan saya moden tapi kalau nak tegur tu, agak-agaklah. Jangan sampai memalukan orang

lana nordin seksi

Agak misteri juga macam mana peminat yang tidak mengenali Lana Nordin di dunia nyata ingin membuat teguran secara berdepan. Mungkin Instagram perlu wujudkan “direct message” seperti Twitter. Apa pun kalau nak menegur, mungkin guna ayat baik atau ayat sarkastik lebih baik dan berkesan. Kalau tegur “direct” mungkin hanya membangkitkan kemarahan orang. Tak gitu? Lagi beberapa gambar Lana Nordin di Shout Awards dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
de countoruP.S: Masalah berat badan? Masalah kulit? Rambut gugur? Mencari suppliment kesihatan terbaik? De’ countour adalah jawapannya. De’ contour mengandungi marine kolagen yang mampu mengatasi masalah kesihatan anda dan pada masa yang sama bertindak sebagai suppliment kesihatan. Ramai yang telah mencuba dan berpuashati dengan hasilnya Tak percaya? Cubalah sendirilah, dapatkan segera di www.azaleadenaturale.com

 
Written by AbangNara | July 1st, 2009

gambar seksi lana nordin

Sesungguhnya kami hairan dengan saiz aset Lana Nordin nie. Sekejap nampak besar tahap Kak Pah, sekejap nampak sedang-sedang jer, sekejap dah terus tak nampak dah. Mungkin dia masih jauh lagi untuk mencapai tahap Pamela Anderson yang sebenar.

Tapi dalam gambar terkini dan terbaru Lana Nordin nie, asetnya nampak tersergam megah dari pandangan sisi. Nampak tak logik sebab saiz badannya yang agak kecik. Jadi kami buat kesimpulan yang Pamela Anderson Malaysia nie memakai push up bra yang agak mahal.

Jadi kami ada satu kuiz mudah untuk wanita-wanita di luar sana. Anda rasa berapakah harga push up bra yang dibeli oleh Lana Nordin untuk memastikan asetnya hebat seperti gambar di atas?

Ada lagi gambar-gambar terbaru Lana Nordin dengan membaca artikel ini. Mungkin anda akan boleh membuat tekaan yang lebih tepat dengan melihat gambar-gambar tersebut.