Written by AbangNara | December 2nd, 2013

Shila Amzah, Johan As’ari dan Lana Nordin adalah 3 nama yang sedang hangat dibicarakan dalam dunia hiburan tempatan. Ramai peminat yang kecewa kerana hubungan Shila dan Johan tidak menjadi kenyataan apabila Johan mengakui mencintai Lana Nordin secara tiba-tiba. Mana tidaknya, sebelum ini Johan dan Shila seringkali dilihat bergambar bersama-sama dan menunjukkan kemesraan seolah-olah pasangan bercinta.

shila amzah dan johan

Malah sebelum ini Johan As’ari juga pernah memberi “hint” seolah-olah sudah tangkap cinta dengan Shila Amzah. Namun menerusi MalaysianDigest baru-baru ini, Johan menafikan mereka adalah kekasih sebaliknya hanya sebagai sahabat. Kata Johan:-

Setiap ujian yang Allah bagi tu, Dia tahu yang kita mampu atasi ujian itu. Saya tidak pernah berkawan dengan sesiapa semata-mata saya ada agenda. Saya berkawan dengan tulus. Saya sayang Shila. Dia sahabat saya. Dia muda lagi. Kerjayanya tengah memuncak. Semua orang bangga dengan dia.

Tapi kami tak pernah bercinta. Kalau dia kata dia tertipu… dia cakap tu pada saya ker? Bagi saya, dia baru melalui fasa kehidupan yang kita sendiri kena faham. Dia pun ada sejarah dia. Kita kena jadi pemaaf dan jangan biarkan diri kita selalu dimaafkan. Saya dan Shila, kami sahabat sampai bila-bila

lana nordin dan shila

Johan juga turut menafikan hubungannya dengan Lana Nordin ditentang oleh ibunya sendiri. Ini susulan beberapa gambar yang dikongsikan oleh ibu Johan di Instagram yang seolah-olah kecewa dengan keputusan anaknya. Tambah Johan lagi:-

Tidak ditentang. Mak mana yang tak sayangkan anak. Mak mana yang nak tengok anak dia gagal dalam perkahwinan. Mak saya tetap no.1 dan mak saya tetap sempurna. Semua ini pasti ada hikmahnya. Jadi saya yakin mudah-mudahan hati ibu tu akan terima. Terpulang pada kami untuk buktikan.

Tapi sekarang ni tidak bermakna Lana perlu memikat hati ibu saya. Sebaliknya lebih kepada memikat hati dia sendiri untuk dia berubah. Apabila dia benar-benar nak melakukan perubahan, itu lebih baik. Cuba tengok macam hari ni, dia sopan dan dah tak pakai pewarna kuku. Kita semua sepatutnya bersyukur dengan perubahan dia ni.

Nasihat Abang Nara kepada Shila, let’s move on dan jangan kecewa dengan orang yang tidak menghargai dan tidak mencintai kita. Anda pun masih muda lagi. Baru 23 tahun. Hidup anda masih panjang. Selepas ini pasti ada lelaki yang lebih baik, sempurna dan matang akan hadir di sisi anda. Jangan tangisi pemergian Johan. Yakinlah pada ketentuan daripadaNya. Tak gitu?
fareeda

P.S: Cantik-cantik sungguh tudung terbaru dari Fareeda nie. Pelbagai warna dan corak untuk dipilih. Boleh kelabu mata nak buat pilihan. Jom dapatkan segera paten terbaru Fareeda Aisya nie. Yang penting kesemuanya berkualiti tinggi dan pasti memuaskan hati si pembeli. Jom layari Facebook Fareeda Nyata Jelita untuk tempahan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

113 responses to Saya Dan Shila Amzah Tidak Pernah Bercinta – Johan As’ari

  1. Anonymous says:

    Cuba bandingkan gambar Johan dengan Shila dan gambar Johan dengan Lana? Kalau tunjukan pada bakal mertua , agaknya yang mana mereka pilih ?

  2. lalala says:

    wei…johan ko ni…kena pham..bila seorang lelaki rapat ngan seorang perempuan…opcos lah si perempuan akan rasa lain…especially org yg baik mcm ko (kononlah..hahaha jaat aku)ok nevermind, tp ko tu dah tu secara tak langsung dah bagi harapan kat shila lalala tu…wpun ko xder niat…ni lumrah dunia dek non

  3. anonymous says:

    Siapa pun kita atas muka bumi ni sama. Hamba Allah. Jgn mngutuk, jgn mngata, jgn menghina. Setiap antara kita akan dihitung dosa pahala. Buat LN, maaf sekira nya sebelum ni mengata anda gadis lotar yg seksi, buat JA pula, selamat menimba ilmu utk menjadi ketua keluarga. Buat SH pula all d best.

  4. Intan says:

    Kesimpulanye ada lah, kita semua tak tahu apa yang terjadi dari mula hingga akhir. Yang kita tahu Shila mcm syiok sendiri and Johan nye pulak mengaku yang dia tk bercinta dengan Shila. Itu pengakuan yang mereka buat dalam media tapi sebalik nye kita peminat semua tak tahu so tak boleh lah kita serkap jarang.

  5. Nenek kau pakai T shirt cap LEMBU says:

    Dari TATAPAN dan renungan aku bila tengok gambo2 gandingan SHILA dan LANA.
    Mmg SAH senyuman JOHAN , ada sikit MELEBAR Bila pose dgn LANA NORDIN.

    Kalau dgn Shila muka JOHAN ada sikit control ..mcm tertelan Asam jawa sikit.hahahha

    Kesimpulan nya .. Da mmg SAH SHILA HAMZAH ni PERASAN kot .
    Dan jgk da tak sabor nk berlaki agoknya.

  6. Nera says:

    ape yg direbutkan mamat ni. . .dah la juling air. . .tak handsome pun. . .

  7. Mia says:

    Alahai Johan ni dr dulu cakap mcm round-a-bout..dok cakap pusing2..dahla suka hati depala..tulisla cerita lain Abg Nara..dah bosan dah dgn statement2 dr Johan..poyo je..hari ni cakap lain, esok cakap lain..

  8. apaapaje says:

    Hmm.. Jantan memang sama. Bila kantoi mulalah gunakan nama Allah untuk cover, tunjuk diri tu alim sgt. Johan ni alim kambing je kot. Kalau tak takkanlah setiap kali berlakon asyik nak himpit poppuan je. Dulu dgn Izreen dia kantoi dgn Fasha, siap melancong gitu..pastu dgn Nabila, berpeluk gila2 kat set.. kalau kononnya dia nak ubahkan si Lana ni kenapa dia tak pernah pun ubahkan Nabila dulu.. lu pikirlah sendiri..

  9. playboy says:

    supaya xbyk lg hati yg terluka
    johan n lana sila kwen cpt2
    aku suker sgt!!!

  10. Kokoi says:

    Macam setuju je ngan apaapaje

  11. sunbreeze says:

    kat melodi johan kate tak tahan tengok lana, tu pasai nak cara halal..nampak sangat ikut nafsu…sok lusa bila dah bosan, ditinggal2kan pula…nak2 dapat buah yang dah ditebuk tupai!

  12. KT Pari says:

    Memanglah kamu tak pernah bercinta Johan, sebab tu lah gambar2 kamu berdua dgn shila tu banyak dlm blog ni. Baguslah Shila tak bersama dgn si Johan ni sb dia ni cepat sngt jatuh cinta. Dah berapa org…. Hari tu dgn Nabila pun bukan main bersungguh2 lagi. Forget about him Shila, berlambak lagi lelaki yg lebih baik dari si Johan tak hensem ni…

  13. Anonymous says:

    tapi bila dipikirkan semula, pnah ka dia ajak TTM dia semua tu kawin?
    or memang cuma lana nordin ja yang dia ajak kawin?

  14. saja saja says:

    eeeii macam TUT jer gaya family shila ni nk menangkan kerjaya shila ni. Boleh pulak depa pi publish movie lagu Aku Masih CInta yang sedaaaappp sangat tu time time ni? permainan apa dierang ni???? cam ape jer. Heh

  15. keypochi says:

    ak pelik gak ngn johan ni…dulu kes ngn izreen asminda ke pe ntah nama dia…izreen tu siap tnjuk sms,tp still x ngaku jgk…siap kuar2 ayat2 Al-quran lg nk menafikan….ni kes ngn si shila ni plak….ak rasa klu dia layan mcm kwn,xde kot dua2 org ni nk prasan lebih2…. yg penting,ak x suka si johan ni…blakon mcm kayu.tmbah2 dlm surat dr langit biru.plz la…ak mcm nk hempuk tv ja bla drama ni mnang kt anugerah skrin…yekkkk

  16. Dahlia says:

    jodoh pertemuan itu kan sudah ditentukan Allah, jadi, kita sebagai makhluknya yang diberi akal dan fikiran perlulah menerimanya dengan seikhlas mungkin dan bijak serta berhati-hati dalam mengambil langkah. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu dilabel sbg ‘public figure’…dengan kemajuan teknologi sekarang,berita itu sungguh cepat tersebar, fitnah,gossip,cerita2 yang kurang enak pun cepat tersebar, Oleh itu, sedarlah betapa bahayanya laman-laman sosial ni…
    Kita juga perlulah mencuba untuk terima segala ketentuan dan takdir…Sebab, kadang2, apa yg kita rasa terbaik untuk kita atau untuk seseorang tu, tak semestinya yang terbaik, Sesungguhnya, Allah tahu segala yang nyata dan tersembunyi…Pasti ada hikmahnya…
    Kita belajarlah daripada kesilapan, para peminat pula tak perlulah nak terlampau sibuk dengan urusan para artis ni, mereka juga punya kehidupan sendiri yang ada kalanya mahukan privasi…kenalah hormat, ini tidak, tak cukup dengan melemparkan kata2 yg kurang enak, lepas tu, suka benar melabelkan orang itu ini…jom,kita lihat dan cermin diri dulu…
    Peace No War, Salam Ukhwah :)

  17. doubleA says:

    Johan adalah “sweet talker”. Dia bagi harapan kat pompuan2,pastu dah jumpa yg lain dibiarkan je. Tak caya? Tgklah camna dia buat kat si izreen dulu,selamba dia jer deny. Kalau aku jd dorang,mmg cukup2 mamat ni kena.

  18. mailey sairus says:

    Johan bagi laluan dgn sharnaaz tu. Sharnaaz msi suka dkt shila rasanya coz dlm IG sharnaaz, pic mrk berdua msi ada n x d delete.

  19. mokcik... says:

    lelaki..semua sama..klu dah jemu..macam-macam hadis yang keluar..macamana ni lah..klu dah kaki pompuan tu..tatap lah…sampai bila bila….hello Incik Johan…kita nak tgk kebimbingan awak tu..mudah mudahan ..berterusan..

  20. ieu says:

    johan ni cinta mudah beralih arah. susah nak stick dgn seseorang, mudah berubah hati, mudah jemu. mungkin ‘krisis identiti’ remajanya belum berakhir thats why selalu keliru apa yang dimahu. kalu gitu johan, baiklah carik dulu diri you sendiri, then lepas tu insya allah awak akan lebih jelas pompuan bagaimana yang awak nak.

  21. Leo says:

    senang kan lelaki ni punye jawapan… dah jumpe lain, terus bertukar..dulu penah nak pinang shila tp family shila cakap kene tunggu 3 tahun lagi.. tp si johan dah plan nak bertunang dengan seseorang hujung tahun ni.. sasaran dia kena pada si lana ni la…

  22. Abg Jeff Fahi says:

    Salam semua, kalau ikutkan abg jeff pun, abg pilih lana nordin, tetek besar, pinggul kembang, shila apa ada, body flat, tetek kecik.
    Syabas Johan, saya menyokong kamu memilih lana! tahniah dari saya.

  23. Anonymous says:

    Nasib baik la Shila dengan Johan tak bercinta. Johan ni bukan nya jenis orang yang setia bila bercinta. Dia cepat jatuh cinta , cepat bosan dan cepat cari yang lain. Biar la dia dengan Lana . Sesuai bebenor. Satu playboy sorang lagi playgirl. Dua2 tak hansome dan tak cantik.

  24. awex cun says:

    lempang laju2 mau .

  25. […] Saya Dan Shila Amzah Tidak Pernah Bercinta – Johan As’ari (111) […]

  26. […] Saya Dan Shila Amzah Tidak Pernah Bercinta – Johan As’ari (112) […]