June 6th, 2013

Semakin murah nampaknya rezeki si kecil molek Izara Aishah ini. Baru-baru ini, Izara telah pun dilantik sebagai duta produk  BRAND’s InnerShine iaitu BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu. Memang padanan yang amat sesuai pada pendapat Abang Nara.

izara aishah

Patutlah wajah Izara Aishah makin berseri-seri sejak kebelakangan ini. Inilah rahsia Izara rupanya. Abang Nara pasti ramai yang akan mengikut jejak langkah Izara dan mengamalkan BRAND’S® InnerShine Pati Prun Dengan Camu Camu selepas ini.

izara aishah

Abang Nara akan kongsikan kelebihan Camu-Camu di dalam entri yang lain. Buat masa ini, layankan 8 lagi gambar si cantik Izara Aishah dengan membaca entri ini sepenuhnya.
ronasutra

P.S: Untuk menambahkan lagi kecantikan dan keserian wajah anda, apa kata cuba gunakan mineral makeup daripada Ronasutra ini? Ia dapat menyembunyikan garis-garis hitam di mata dengan begitu efektif sekali. Kalau dah cuba, baru anda akan percaya. Layari www.ronasutra.com untuk info lanjut dan jangan cuba LIKE Facebook Ronasutra untuk promosi terkini mereka.

izara aishah
izara aishah
izara aishah
izara aishah
izara aishah
izara aishah
izara aishah
izara aishah

October 16th, 2012

Sememangnya tahun 2012 merupakan tahun Izara Aishah meniti populariti. Kalau dulu kurang dikenali, kini nama si cantik manis ini meniti di bibir setiap peminat hiburan Malaysia. Ceria, menawan, sopan-santun dan paling penting, pandai menari tango (gurau je yang nie). Hehehe.

izara cosmopolitan

Apa pun Izara nampak awesome sangat menghiasi muka depan majalah Cosmopolitan yang terbaru. Memang sesuai warna ungu dengan Izara. Jangan lupa dapatkan majalah Cosmopolitan yang terbaru di kedai buku berhampiran anda untuk mengetahui perkembangan terkini Izara.

izara cosmopolitanP.S: Penghantaran percuma untuk jubah hitam ekslusif daripada Gudang.MY. Pasti anda akan kelihatan lebih cantik, menarik kau memang da bom. Ceriakan Hari Raya Haji anda dengan jubah hitam ini. Klik sini untuk membeli.

January 6th, 2012

Izara Aishah. Memang orangnya secantik nama. Sejak menjadi naib johan Dewi Remaja 2010, populariti Izara meningkat naik seperti roket terbang ke bulan. Dan semalam Abang Nara berjaya mendapatkan interview sempoi dengan Izara untuk dimuatkan di dalam blog ini. Sebenarnya, ada 7 perkara yang berkemungkinan besar anda tidak tahu tentang insan yang bernama Izara Aishah ini:-

izara aishah

1. Izara sebenarnya lebih meminati bidang tarian berbanding lakonan. Untuk makluman, Izara mengetahui pelbagai jenis tarian yang semuanya dipelajari sendiri. Apabila diberi peluang untuk berlakon, Izara pun mengambilnya kerana bidang lakonan merupakan pilihan kedua selepas bidang tarian.

2. Tidak gemar memakai selipar yang flat. Jika terpakai, Izara akan berasa pelik dan tidak selesa. Nasib baiklah zaman sekarang sudah ada wedges. Banyak sikit pilihan kasut untuk Izara pakai.

3. Izara pernah belajar Muay Thai ketika berumur 16 tahun. Sayangnya aktiviti tersebut telah terhenti akibat tiada masa untuk ke gym. Berkemungkinan besar Izara akan aktif ber”Muay Thai” semula di masa akan datang. Jadi hati-hati kalau berjumpa Izara. Takut di”Muay Thai”kannya nanti. Hehehe.

izara

4. Izara tidak boleh bawa motor. Izara pernah bawak sekali dan akhirnya kena langgar di depan rumah. Akibat Izara tak boleh jalan dan terpaksa guna tongkat. Kini Izara fobia dengan motor. Jadi kalau nak ajak dating, pastikan anda ada kereta. Hehehe.

5. Izara tidak boleh minum air kosong atau pun air mineral (ini bahaya, sila jangan tiru). Air yang diminum oleh Izara kena ada warna. Paling pelik, jika Izara minum air suam, dia akan terasa nak muntah. Tambah memelikkan, apabila Izara minum milo dia tak boleh tidur. Namun kalau minum kopi, akan terus mengantuk. Misteri sungguh kan?

izara aishah

6. Sehingga hari ini, Izara masih menari setiap hari. Bila sedih, happy, penat, stress atau ada problem, Izara akan menari sampai tak boleh bangun. Ini ialah salah satu cara untuk Izara lepaskan segala tekanan. Senang cerita, menari ialah passion Izara.

7. Dan fakta yang paling menarik ialah, rambut Izara sebenarnya kerinting macam Maggi. Tak percaya? Sila tengok gambar di bawah.

izara

Untuk mengenali Izara lebih lanjut, anda boleh follow Twitter Izara Aishah dan Facebook Izara Aishah.