Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

7 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Izara Aishah

Izara Aishah. Memang orangnya secantik nama. Sejak menjadi naib johan Dewi Remaja 2010, populariti Izara meningkat naik seperti roket terbang ke bulan. Dan semalam Abang Nara berjaya mendapatkan interview sempoi dengan Izara untuk dimuatkan di dalam blog ini. Sebenarnya, ada 7 perkara yang berkemungkinan besar anda tidak tahu tentang insan yang bernama Izara Aishah ini:-

izara aishah

1. Izara sebenarnya lebih meminati bidang tarian berbanding lakonan. Untuk makluman, Izara mengetahui pelbagai jenis tarian yang semuanya dipelajari sendiri. Apabila diberi peluang untuk berlakon, Izara pun mengambilnya kerana bidang lakonan merupakan pilihan kedua selepas bidang tarian.

Advertisement

2. Tidak gemar memakai selipar yang flat. Jika terpakai, Izara akan berasa pelik dan tidak selesa. Nasib baiklah zaman sekarang sudah ada wedges. Banyak sikit pilihan kasut untuk Izara pakai.

3. Izara pernah belajar Muay Thai ketika berumur 16 tahun. Sayangnya aktiviti tersebut telah terhenti akibat tiada masa untuk ke gym. Berkemungkinan besar Izara akan aktif ber”Muay Thai” semula di masa akan datang. Jadi hati-hati kalau berjumpa Izara. Takut di”Muay Thai”kannya nanti. Hehehe.

izara

4. Izara tidak boleh bawa motor. Izara pernah bawak sekali dan akhirnya kena langgar di depan rumah. Akibat Izara tak boleh jalan dan terpaksa guna tongkat. Kini Izara fobia dengan motor. Jadi kalau nak ajak dating, pastikan anda ada kereta. Hehehe.

5. Izara tidak boleh minum air kosong atau pun air mineral (ini bahaya, sila jangan tiru). Air yang diminum oleh Izara kena ada warna. Paling pelik, jika Izara minum air suam, dia akan terasa nak muntah. Tambah memelikkan, apabila Izara minum milo dia tak boleh tidur. Namun kalau minum kopi, akan terus mengantuk. Misteri sungguh kan?

Advertisement

izara aishah

6. Sehingga hari ini, Izara masih menari setiap hari. Bila sedih, happy, penat, stress atau ada problem, Izara akan menari sampai tak boleh bangun. Ini ialah salah satu cara untuk Izara lepaskan segala tekanan. Senang cerita, menari ialah passion Izara.

7. Dan fakta yang paling menarik ialah, rambut Izara sebenarnya kerinting macam Maggi. Tak percaya? Sila tengok gambar di bawah.

izara

Untuk mengenali Izara lebih lanjut, anda boleh follow Twitter Izara Aishah dan Facebook Izara Aishah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

90 Comments

  1. mira

    June 2, 2012 at 8:55 pm

    ha,x boleh minum air putih dan air suam,cepat la ko kena kencing manis :p minum kopi terus mengantuk..misteri betul budak ni

  2. sukatiakula

    May 21, 2012 at 4:15 pm

    Izara mmg cantik,natural beauty..x mekap pun mmg da ckup cantik..&brbakat…ni baru pakej! Ada artis yg nk kena mekap tebal baru nmpk cantik….yg penting Izara seribu kali cantik dr Erra Fzira ok….;)

    hrap Izara jge imej,maruah…jgn jd artis sbb nk kejar VIP ye..jd artis yg ikhlas&brmaruah! Baru rezki dbrkati…all da best Izara!

  3. bebelsorang

    March 22, 2012 at 9:03 am

    Alamak, saya ada EX5 je..cmne nk ajak Izara dating ni…aduuuiii haha

  4. Terbakor

    February 26, 2012 at 1:21 am

    sweetnyer die ni.. memang cantik la die dalam cite vanilla coklat tu

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top