September 30th, 2013

Kalau pertama kali bertemu Nur Fazura, pasti Abang Nara akan beranggapan umurnya sekitar 25 tahun. Masih tampak muda. Rupa-rupanya Fazura pada 27 September yang lalu telah menyambut hari jadinya yang ke 30. Selamat hari lahir dan semoga panjang umur Abang Nara ucapkan kepada pelakon yang masih maintain cantik menawan ini.

fazura kahwin

Abang Nara pasti Fazura turut tidak sabar untuk bergelar isteri kepada seseorang. Semoga cepat dipertemukan jodoh. Semoga berjumpa dengan lelaki yang benar-benar memahami diri anda. Abang Nara yakin ramai yang mahu memiliki Fazura secara sah, namun pilihan yang tepat harus dilakukan olehnya.

fazura kahwin

Semoga Fazura akan terus berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburinya. Kekalkan sikap mesra, merendah diri dan charming anda. Selamat hari Fazura. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Nur Fazura.

bbw world

P.S: Di kala harga barangan semua naik, BestBuyWorld Malaysia tetap mengekalkan harga yang jauh lebih murah berbanding pasarannya. Memang syurga membeli belah terutamanya untuk kaum wanita. Hampir kesemua barangan ada di jual di sini. Tak percaya? LIKE Facebook BestBuyWorld Malaysia dan layari www.my.bestbuy-world.com untuk menikmati harga ISTIMEWA hari ini juga.

fazura kahwin
fazura kahwin
fazura kahwin
fazura kahwin
fazura kahwin
fazura kahwin
fazura kahwin
fazura kahwin

February 2nd, 2013

Dalam dunia ini macam-macam jenis orang yang ada. Yang pelik seperti memakai kulit ular dan haiwan liar lain sebagai pakaian mereka pun ada jugak. Bersempena kempen “tinggalkan haiwan liar dari almari anda“, Fazura tampil eksotik sebagai duta baru PETA.
fazura peta
Walaupun memakaian pakaian lekap badan menyerupai kulit ular, Fazura tetap tampil elegan dan cantik. Abang Nara respek dengan usaha murni yang ditunjukkan oleh Fazura ini. Sebelum ini, Amber Chia turut sama menjadi duta PETA dengan berpakaian seperti harimau.
fazura peta
Umum mengetahui yang Fazura adalah seorang yang amat menggemari fesyen. Kata Fazura:-

Cinta saya pada dunia fesyen bukan satu rahsia. Tapi saya tidak merelakan penyeksaan terhadap ular dan haiwan lain. Kita semua boleh memberi penghormatan kepada tahun ular untuk tidak membenarkan haiwan yang sangat menarik ini menjadi sebahagian dari pakaian.

Semoga usaha murni Fazura ini akan memberi kesedaran kepada orang ramai sekaligus mengurangkan penggunaan kulit haiwan liar di dalam pakaian. Kepada Fazura, tahniah kerana terlibat dalam projek yang amat murni ini.

P.S: Motor Kawasaki Z250 yang amat awesome.

November 2nd, 2012

Walaupun sudah tidak menjadi duta Avon, Nur Fazura masih kekal sebagai duta produx Lux. Terbaru, Fazura telah menghadiri majlis perasmian pelancaran produk terbaru Lux yang diberi nama LUX White Impress.

lux fazura

Pemilihan Fazura sebagai duta LUX White Impress memang sesuai sangat. Kedua-duanya mempromosikan kecantikan, keeleganan dan kesegaran. Abang Nara terus terasa nak suruh wife mencuba Lux White Impress nie.

lux fazura

7 lagi gambar si cantik molek Nur Fazura di majlis pelancaran Lux White Impress dengan membaca entri ini sepenuhnya.

lux fazura
lux fazura
lux fazura
lux fazura
lux fazura
lux fazura

lux fazura

October 31st, 2012

Abang Nara memang perasan yang Nur Fazura jarang muncul di kaca TV dan di pawagam. Asyik-asyik pelakon yang sama je. Nak naik muak pun ada jugak. Rupa-rupanya Fazura lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti dalam bidang lakonannya.
fazura

Sesetengah pelakon main rembat je semua tawaran yang diberikan kerana takut tak ada job, namun Fazura mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Bagi Fazura, watak yang diberikan kepadanya haruslah tidak melibat adegan di ranjang seperti berlakondi katil, berpelukan dan berbaring.

Saya bukan jenis yang akan buat semua benda. Bagi saya, biarlah tawaran yang saya terima itu berkualiti kerana saya mementingkan kualiti daripada kuantiti. Saya bukan memilih, tapi saya sendiri sukakan watak seperti dalam filem itu (Pisau Cukur). Asalkan saya tidak disuruh untuk berlakon dia atas katil, berpelukan, berbaring , itu sudah cukup memuaskan hati saya.

fazura

Apa yang lebih mengkagumkan Abang Nara ialah Fazura tidak mengcondemn mana-mana pelakon yang memilih watak mempunyai adegan ranjang. Bagi Fazura, itu semua terpulang kepada individu masing-masing.

Bagi saya, pelakon yang merelakan diri memegang watak di atas katil berpelukan itu adalah pilihan mereka sendiri kerana ianya terpulang bagaimana untuk mereka membawa hala tuju atau mengatur kerjaya masing-masing di dalam industri ini. Seperti yang saya katakan tadi, ianya terpulang kepada hak individu itu sendiri. Kerana semua itu akan diingati ramai pihak dan menjadi reputasi mereka sampai bila-bila.

Ada betulnya kata Fazura kan? Kalau lebih ramai pelakon sebegini, sudah tentu penerbit-penerbit drama akan lebih akur dengan kehendak mereka. Yang pastinya, skrip drama dan filem akan bertambah baik dan tidak lagi memperbodohkan penonton. Semoga selepas ini lebih ramai yang akan mengambil langkah seperti Fazura ini. Info asal portal Murai.

ryaniez promo

P.S: Hanya dengan SEMURAH RM1,100 anda sudah boleh mendapatkan jurugambar hebat untuk majlis perkahwinan anda kelak. Hubungi mereka di Facebook Ryaniez Moments Photography untuk maklumat lanjut. Anda pasti akan berpuas hati dengan kualiti gambar di hari istimewa anda.