September 11th, 2013

Ini satu berita sedih buat industri filem tanah air. Bukan semua orang berbakat sehebat Syamsul Yusof. Abang Nara memahami betapa kecewanya Syamsul Yusof apabila hasil karyanya iaitu KL Gangster 2 disebarkan kepada umum sebelum tarikh tayangan. Penat lelah selama ini terasa tidak berbaloi langsung.

syamsul yusof retired

Berita ini telah disampaikan oleh Syamsul sendiri iaitu Datuk Yusof Haslam ketika malam gala tayangan filem KL Gangster 2. Kata Datuk Yusof Haslam:-

Dia kecewa sangat. Dia kata, dia tak boleh terima apa yang berlaku ni. Saya faham perasaan dia. Sebagai anak muda tentunya dia sukar berdepan dengan situasi begini. Sebab itu hari ni dia tak boleh datang. Sebelum saya ke sini tadi, saya ada katakan pada dia supaya cekalkan hati. Saya akan terus menyokong dia walau apa pun yang berlaku.

Tapi yang saya risau, dia kata dia nak tarik diri daripada industri filem. Dia dah tak mahu mengarah lagi. Syamsul ni jenis degil, kalau dia kata dia nak buat sesuatu tu, dia akan buat. Ini yang cukup membimbangkan saya. Sebenarnya saya juga jadi tak keruan gara-gara isu filem ini disabotaj. Tapi saya yang berusia 60 tahun ni kena tunjukkan yang saya kuat semangat di hadapan dia yang baru berusia 29 tahun. Iyalah, budak muda ni kadang-kadang mereka ni tak cekal

yusof haslam

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pelaburan sebanyak RM4.5 juta untuk menghasilkan KL Gangster 2 berkemungkinan tidak mendatangkan hasil apabila perkara ketirisan sebegini berlaku. Abang Nara yakin banyak fikiran negatif berlegar di kepala Syamsul sekarang. Nasihat Abang Nara, percayalah kepada ketentuan dariNya. Rezeki itu dari Allah. Perkara yang sudah terjadi adalah di luar kawalan kita. Banyakkan berdoa. Sesungguhnya Allah mendengar doa orang yang teraniaya.
nona
P.S: Mahu membaca majalah Nona di smartphone atau tablet anda? Dapatkan edisi terbaru dengan harga yang lebih murah hanya di Emall Karangkraf. Banyak sangat pilihan yang ada di sana. Silalah pergi lihat.

June 19th, 2013

Bulan lalu, pertemuan Syamsul Yusof dan Ammar Alfian telah pun didedahkan menerusi sebuah suratkhabar terkemuka. Namun begitu, sehingga ke hari ini Syamsul tidak pernah membuat pengakuan mengenai perkara tersebut. Hari ini menerusi Kosmo, Syamsul mengakui yang pertemuan tersebut memang berlaku.

syamsul yusof dan ammar

Namun Syamsul ternyata kesal kerana pertemuan tersebut telah didedahkan kepada umum. Kata Syamsul Yusof:-

Sebenarnya saya mahu selesaikan permasalahan yang timbul antara kami berdua secara baik. Kalau boleh, saya tidak mahu lagi isu ini terus berpanjangan dan itu yang membuatkan saya bersemuka dengannya. Dalam pertemuan itu, kami sepakat untuk berdamai memandangkan ia merupakan langkah yang terbaik. Cuma saya agak kesal berhubung pendedahan mengenai perkara tersebut.

syamsul yusof

Berkata kepada Mstar Online, Syamsul memberitahu yang dia akan mengambil langkah berjaga-jaga di masa hadapan mengenai sebarang kenyataan yang akan dikeluarkan.

Sekarang ini saya mengambil langkah berjaga-jaga dalam setiap kenyataan yang diberi. Ataupun saya hanya perlu membuat kenyataan di laman sosial agar memudahkan kerja semua pihak selain tidak perlu menjawab pertanyaan sama berulang kali.

Saya hormat semua pihak media kerana saya faham masing-masing mempunyai tujuan kerja yang dilakukan. Antara media dan artis kita saling memerlukan. Tetapi kadang-kala saya kecewa dengan gaya penulisan yang disampaikan dalam berita yang dipaparkan. Malah ada yang tidak patut ditulis pun mereka tulis. Saya tak kata semua. Tetapi adalah individu yang berbuat demikian

Apa pun Abang Nara respek dengan ketenangan yang ditunjukkan oleh Syamsul Yusof. Biasalah sesetengah perkara akan dikontroversikan untuk menghangatkan lagi suasana. Apa pun Abang Nara tak sabar nak menunggu kemunculan KL Gangster 2 yang akhirnya sudah selesai penyuntingan. Semoga cepat dapat ditayangkan di pawagam!!!

ronasutraP.S: Kulit anda kusam? Mahukan penyelesaian segera? Tampil menawan dengan mineral makeup Ronasutra. Hanya perlu 5 minit sahaja untul tampil jelita terutamanya ketika menghadiri majlis keramaian. Tunggu apa lagi? LIKE Facebook Ronasutra dan lawati www.ronasutra.com untuk melihat pilihan yang anda.

May 27th, 2013

Wow. Memang agak terkejut Abang Nara membaca artikel Berita Harian semalam. Mana tidaknya, Syamsul Yusof dan Ammar Alfian dilaporkan hampir bertumbuk di dalam satu pertemuan di Publika pada 18 Mei lalu. Puncanya? Tidak lain tidak bukan mengenai Puteri Sarah Liyana.

puteri sarah liyana

Umum mengetahui Ammar Alfian sebelum ini menuduh Syamsul Yusof mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana. Namun begitu, Syamsul Yusof menafikan perkara tersebut menerusi satu kenyataan di Facebooknya. Pertemuan di Publika ini telah dirancang oleh Syamsul untuk menyelesaikan permasalahan dan persengketaan yang wujud di antara mereka berdua kerana Puteri Sarah.

puteri sarah

Ketika pertemuan tersebut, Ammar Alfian tidak dapat mengawal sikap panas barannya dan hampir sahaja menumbuk kerana Syamsul tidak mengakui yang dirinya bercinta dengan Puteri Sarah. Namun keadaan tegang itu berjaya diredakan oleh sepupu Syamsul Yusof dan wartawan Berita Harian, Zubir yang turut berada di situ.

syamsul

Syamsul Yusof dan Ammar Alfian akhirnya berdamai apabila Syamsul mengakui yang dia sedang berkawan dengan Puteri Sarah. Syamsul turut sama menghulurkan tangan untuk bersalaman tanda pendamaian. Ammar menerima salam tersebut dan mengakui kesilapannya menyerang Syamsul dan Sarah menerusi Twitter. Kedua-duanya turut bersetuju untuk tidak memanjangkan kontroversi ini.

ammar

Agak memalukan juga sebenarnya jika Syamsul dan Ammar benar-benar bergaduh kerana Puteri Sarah. Tidak berbaloi di mata Abang Nara untuk cedera hanya kerana seorang wanita. Nasib baiklah kesemuanya berakhir dengan baik. Semoga selepas ini Syamsul dan Ammar akan menjalani kehidupan dengan tenang. Jangan hanya kerana seorang wanita, maruah seorang lelaki boleh jatuh. Tak gitu?
ffc

P.S: Dah banyak mencuba produk penjagaan kulit tetapi masih tidak berjaya mendapatkan wajah berseri? Cubalah FCC skincare yang pasti memberikan anda kulit yang “Bright, Beautiful, Clear, Confident“. Dijamin halal dan terbukti sudah berkesan kepada ribuan pengguna. LIKE Facebook FCC sekarang untuk informasi lanjut.

February 25th, 2013

Semalam Abang Nara membaca tulisan Syamsul Yusof menerusi BiPop dan memang bergenang juga air mata ini. Mana taknya, Syamsul menceritakan detik-detik dia memohon kemaafan daripada ayahnya, Yusof Haslam dengan begitu terperinci sekali.

syamsul yusof dan yusof haslamDengan tajuk artikel “Papa, maafkan aku“, air mata Syamsul turun mencurah-curah ketika memegang tangan kanan ayahnya. Sebab Syamsul tidak terkata menatap wajah ayahnya yang semakin dimamah usia. Apa pun, hari ini menerusi Harian Metro, Yusof Haslam memuji tindakan anaknya yang dianggap matang. Kata Yusof Haslam:-

Ia pengakuan ikhlas anak terhadap ibu bapa dan saya menghormati tindakan beraninya itu. Segalanya sudah selesai dan mungkin apa yang berlaku selama ini hanya perselisihan faham. Saya gembira kenyataannya menjelaskan tiada lagi masalah antara kami.

syamsul yusof dan yusof haslam

Semoga selepas ini, hubungan Syamsul dan Yusof Haslam akan bertambah erat dan terus bergabung menghasilkan filem-filem berkualiti tinggi. Kepada Syamsul, Abang Nara respek anda kerana berjaya membuang ego dan memohon maaf kepada ayah anda. Anda memang macho!!!

edzP.S: Berjalan penuh yakin dengan maxi dress bercorak leopard berpotongan princess cut yang menawan. Design puff di bahagian bahu dapat menyembunyikan saiz lengan yang besar. Pergelangan tangan juga kelihatan lebih slim dengan kain berwarna gelap yang dapat memberi ilusi lengan lebih slim. Klik www.edz.com.my sekarang.