Written by AbangNara | December 16th, 2013

Terkesima, terkagum dan tidak berkelip mata Abang Nara melihat gambar-gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Perhiasan yang digunakan untuk majlis ini memang sangat-sangat awesome. Secara jujur, perkataan pertama yang terkeluar daripada mulut Abang Nara ialah ketika melihatn gambar majlis resepsi pengantin baru ini ialah “wow, cun gila“.

gambar majlis resepsi rozita che wan

Pasangan mempelai ini memang kelihat sangat berseri-seri dan bahagia sangat-sangat di hari bahagia mereka. Abang Nara doakan agar kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Selamat melayari bahtera rumah tangga. Banyakkan bersabar. Kalau nak gaduh pun, gaduhlah secara manja-manja. Moga cepat dikurniakan cahaya mata.

gambar majlis resepsi rozita che wan

Lagi 50 keping gambar sekitar majlis resepsi Rozita Che Wan dan Zain Saidin dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook FotoCantikStudio, Instagram AnnasEaskey, Instagram CarlosNizam dan dunia Internet. Tahniah sekali lagi buat anda berdua!!!

 
Written by AbangNara | December 12th, 2013

“Wedding of the year” gelaran diberi, Rozita dan Zain tampak berseri, semoga perkahwinan kekal abadi, hingga ke syurga bersama nanti. Amboi, hebat juga Abang Nara berpantun kan? Hehehe. Ada sesiapa yang berani nak jawab? Secara ikhlas, memang nampak gah, meriah dan cantik sangat majlis pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang telah berlangsung semalam. Perhiasan yang digunakan memang first class sangat!!!

gambar perkahwinan rozita che wan

Apa pun yang penting kedua-duanya telah sah menjadi suami isteri. Semoga selepas ini, Zain dan Che Ta hidup bahagia sebagai pasangan pengantin tanpa diselubungi sebarang gosip lagi. Zain pasti teruja dapat bergelar suami kepada Che Ta. Semoga kehidupan pasangan ini dirahmati olehNya.

gambar perkahwinan rozita che wan

Lagi beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram AnnasEaskey, AyuRaudhah dan dunia Internet.