November 6th, 2012

Kesian sungguh insan bernama Rozita Che Wan ini. Tak habis-habis kena gosip. Yang terbaru, Che Ta dikatakan telah pergi bercuti ke London bersama seorang bekas menteri. Gosip ini telah ditulis oleh seorang wartawan pada hari Ahad yang lepas.

rcw baru

Menurut wartawan tersebut, tiket penerbangan ke London Che Ta telah disponsor sepenuhnya oleh bekas menteri itu. Malah kehadiran Ayu Raudhah sekadar untuk “cover line” sahaja. Namun Che Ta yang dihubungi Sinar Harian ternyata tidak tahu bekas menteri manakah yang dimaksudkan.

Bekas menteri mana pula ni? Dari mana pula cerita ini timbul? Saya tak faham lah dengan individu yang suka sangat kaitkan saya dengan pelbagai cerita tidak betul ni. Saya sendiri tak tahu menteri mana yang dikaitkan dengan saya kali ini. Sejujurnya, saya dah lali dengan situasi seperti ini.

Mungkin Rozita Che Wan kena berkahwin barulah segala cerita ini akan berhenti. Kalau Abang Nara jadi Che Ta, confirm dah meroyan mendengar cerita yang tak habis-habis nie. Apa pun respek kepada Che Ta kerana sentiasa cool dan rileks ajer melayan gosip-gosip murahan ini.

P.S: Bata yang diperbuat daripada darah.

October 4th, 2012

Terasa macam iklan jual kereta terpakai pulak. Untuk yang tidak mengetahui, Rozita Che Wan selama ini memandu sebuah kereta BMW. Sudah 3 tahun kereta tersebut menemani RCW ke mana-mana sahaja. Kini, RCW ingin menjual kereta tersebut dan mendapatkan sebuah kereta yang lebih awesome lagi.

rcw bmw

Menurut portal Murai, harga jualan yang dicari oleh Rozita Che Wan untuk BMW miliknya itu ialah sekitar RM170,000. Harga yang agak berbaloi pada pandangan Abang Nara. Pastinya kereta tersebut terjaga rapi memandangkan pemiliknya adalah RCW yang mementingkan kesempurnaan. Kalau anda berminat, bolehlah cuba nasib dengan menghantar mesej ke Facebook Rozita Che Wan.

rcw bmw

P.S: Abadikan detik-detik indah anda bersama yang tersayang dengan frame gambar daripada PelangiBonda. Sebarang pertanyaan mengenai tempah sila email ke [email protected] atau anda boleh LIKE Facebook PelangiBonda.

May 2nd, 2012

Pastinya ramai akan teruja apabila Rozita Che Wan menghiasi mana-mana muka hadapan majalah. Dan kali ini, untuk majalah GLAM Mei 2012, Rozita Che Wan membuat penggambaran khas di India semata-mata untuk pembaca majalah GLAM. Hasilnya sudah tentu akan memukau anda semua.

rcw

Kepada peminat Rozita Che Wan, anda pastinya tidak akan kecewa kerana terdapat 42 halaman ekslusif memaparkan Rozita dengan pelbagai fesyen terkini. Jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan majalah GLAM Mei 2012 di pasaran sekarang jugak. 6 lagi gambar Rozita Che Wan dengan membaca entri ini sepenuhnya.

rcw
rcw
rcw
rcw
rcw
rcw

August 19th, 2011

Abang Nara bukanlah seorang wartawan hiburan. Abang Nara respek sangat-sangat dengan wartawan hiburan di Malaysia yang sentiasa memberikan info terkini lagi sensasi kepada kita semua. Namun begitu, Abang Nara nak buat suatu permintaan daripada wartawan-wartawan hiburan Malaysia. Tolonglah jangan tanya artis kita tentang isu tudung lagi. Makin lama makin pelik jawapan yang keluar.

rozita che wan

Semasa majlis berbuka puasa Astro, Wartawan Mstar telah bertanya kepada Rozita Che Wan sama ada ingin meneruskan imej bertudung yang dipakainya malam tersebut. Dan jawapan Rozita Che Wan ialah:-

Memang saya teringin untuk bertudung. Cuma memandangkan saya sudah terikat dengan beberapa komitmen lakonan, imej bertudung ini akan membataskan karakter dan watak yang saya lakonkan pula. Insya-Allah saya akan bertudung selepas berkahwin nanti. Masalahnya, masih tiada calon suami.

Kadang-kadang tak boleh salahkan artis yang terpaksa menjawap mengenai isu tudung. Dan tak boleh juga salahkan wartawan yang curious nak tahu sama ada artis-artis sudah bertukar imej. Kesimpulannya, kalau boleh, janganlah tanya bab-bab tudung nie. Makin lama makin pelik jawapan yang keluar dari mulut para artis.

Ini sekadar pendapat Abang Nara. Kalau ada yang terasa hati, Abang Nara memohon ampun dan maaf. Sekian.