August 29th, 2016

Kurang daripada sebulan lagi, pelakon Saharul Ridzwan bakal bergelar suami kepada Deena Emir. Saharul akui beliau tidak boleh tidur lena dan berdebar menguruskan persiapan perkahwinan beliau yang bakal berlangsung pada 16 September ini.

Menurut Saharul, beliau merencana untuk mengadakan dua buah majlis perkahwinan dimana satu adalah untuk keluarganya serta sahabatnya di Dewan Sri Siantan, Presint 3, manakala sebuah majlis lagi akan diadakan khas buat peminat beliau dan rakan media.

Ini bukan perkara main-main dan tidak keterlaluan untuk saya katakan, debarannya melebihi dari memikirkan untuk majlis akad nikah.

InsyaAllah, saya merancang untuk adakan dua buah majlis di mana untuk majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrjaya akan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat, manakala sebuah lagi majlis saya adakan khas untuk peminat dan rakan media di sebuah lokasi yang akan saya umumkan kelak.

Pada masa yang sama, Saharul memberitahu beliau tidak akan meninggalkan dunia lakonan meskipun sudah berkahwin nanti. Walaubagaimanapun, Saharul akui beliau ingin mula melangkah dalam bidang perniagaan pula selepas ini.

Berhenti berlakon itu tidak kerana ia menjadi keghairahan saya namun saya mempunyai perancangan untuk lebih aktif dalam lapangan perniagaan selepas ini seperti mengusahakan perniagaan berkonsepkan pemakanan atau protein, namun semuanya itu masih dalam perancangan.

Bukan mudah untuk menguruskan persiapan perkahwinan tetapi segala penat lelah itu akan hilang selepas sah diijabkabulkan. Tidak sabar untuk melihat Saharul dan pasangannya bersading di atas pelamin, harap segalanya berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : mStar Online

August 9th, 2016

Saharul Ridzwan nama yang agak popular didalam industri lakonan tanah air dan tentu sekali ada beberapa pihak tampil untuk menaja perkahwinan beliau dengan Deena Emir yang bakal berlangsung pada 16 September depan.

Walaubagaimanapun, Saharul mendedahkan beliau sudah  menolak beberapa tajaan besar secara baik dan lebih selesa untuk menggunakan wang beliau sendiri buat majlis perkahwinannya nanti.

Saharul mahu mengadakan satu majlis yang sederhana sahaja tetapi pada masa yang sama beliau dan sanak saudara tetap dapat merasakan kemeriahannya.

Alhamdulillah ada beberapa tajaan utama yang saya terima untuk majlis saya nanti namun saya menolak secara baik kerana ingin merasai nikmat persiapan majlis itu tanpa terlalu bergantung kepada pihak lain.

Seperti kita tahu besar pahalanya memberi makan kepada orang lain dan saya mahu hidangan yang disediakan pada majlis itu nanti adalah daripada hasil titik peluh saya sendiri.

Majlis itu nanti bukanlah secara besar-besaran dan ikut sekadar kemampuan saya sahaja dan paling penting baik meraikan bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Berbicara mengenai tarikh perkahwinannya itu yang jatuh pada hari Jumaat, Saharul sebenarnya tidak pernah merancang apa-apa. Ia cuma satu kebetulan dan beliau ingin mengambil keberkatan penghulu segala hari itu.

Pada masa yang sama, Saharul memberitahu beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami meskipun hatinya ada sedikit berdebar menanti saat untuk diijabkabulkan bersama Deena Emir.

Pada tahap sekarang banyak persiapan mental dan jasmani yang saya lakukan sebelum melangkah ke alam perkahwinan kerana ia bukan mudah sebenarnya. Besar tanggungjawab saya dan perlu bersiap sedia selain masih banyak perkara yang perlu saya pelajari.

Melangkah ke alam perkahwinan memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat selain perlu memupuk hati dengan penuh kesabaran. Kami doakan agar Saharul Ridzwan dan Deena Emir kekal bahagia sehingga ke anak cucu. InshaAllah.

Sumber Berita : mStar Online

August 8th, 2016

Akhirnya, setelah sekian lama menanti, empunya badan, Saharul Ridzwan telah tampil membuat pengesahan tentang desas-desus tarikh perkahwinannya dengan Qaabila Deena Amir. Seperti yang pernah Abang Nara tulis dahulu, Saharul dan Qaabila bakal diijabkabulkan pada 16 September ini di sebuah masjid di Putrajaya secara tertutup . Berita gembira ini telah dimaklumkan oleh Saharul di dalam satu sidang media sebentar tadi.

saharul ridzwa qaabila deena emir

Untuk anda yang tidak tahu, Qaabila Deena Amir merupakan merupakan pemilik butik Wrap yang menjual pakaian muslimah. Kalau tak silap, Qaabila Deenar juga merupakan seorang model pakaian muslimah. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan. Saharul memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran kerana berasakan ianya merupakan sesuatu yang cukup sentimental kepada mereka. Kepada para peminat Saharul, satu majlis resepsi khas akan dilakukan pada 18/9/2016 di sebuah lokasi yang akan diumumkan kemudian.

saharul ridzwa qaabila deena emir

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Saharul Ridzwan dan Qaabila Deena Amir. Semoga segala persiapan akan berjalan dengan lancar. Lagi beberapa gambar Qaabila Deena Amir dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

saharul ridzwa qaabila deena emir

saharul ridzwa qaabila deena emir
saharul ridzwa qaabila deena emir

saharul ridzwa qaabila deena emir
saharul ridzwa qaabila deena emir
saharul ridzwa qaabila deena emir
saharul ridzwa qaabila deena emir
saharul ridzwa qaabila deena emir